BAB 3

Romance Completed 10851

"adoyaiii, macam nak patah pinggang aku ni"Dania berkata sambil memegang pinggangnya. Lenguh pinggangnya apabila terpaksa terbongkok - bongkok menyapu lantai kantin.
Nasib baiklah hanya ada pekerja kantin sahaja ketika itu kerana waktu rehat belum tiba lagi. Hanya kedengaran bunyi dentingan sudip kuali saling berlaga. Mudah kerja pekerja kantin hari ni kerana ada tenaga tambahan. Tak perlulah ada yang bersihkan kantin kerana Dania sudah membantu.

Bunyi derap kaki dan suara - Sura yang saling berbual dan ketawa memecah kesepian ruangan kantin. Dania cepat - cepat memandang ke arah datangnya bunyi bising itu. "'mak aii, awal pulak senior form 5 ni keluar rehat...aduh..kalau Angah nampak aku kena denda macam mana?"monolognya. FYI, dia baru sahaja form 4.
"wow, guys..nampaknya 'mak cik kantin ada kuli baru"ujar satu suara sinis. Mengejeknya. 'kurang di ajar betul, suka hati ayam dia aje mengata aku..ada juga yang nak kena six one nine..nanti'Dania sudah mula panas. Bukan dia sensitif sangat, tapi dah sah - sah tiga ekor mangkuk hayun tu mengata dia..siap jeling - jeling dia lagi. Kalau nak mengata pun belakang - belakang lah.
Tanpa rasa gentar dan hormat pada senior, dia terus memandang mereka tajam. 'apa korang ingat korang senior aku takut, siapa bagi korang lesen hina aku'bebelnya lagi dalam hati.

"Camelia, dia pandang kitalah..tak puas hati nampak"ujar Marina atau Marie. Dia tahu Camelia panas dengan budak empat mata itu gara - gara Zariq, ketua pengawas yang digilai ramai memandang budak empat mata itu lama. Sedangkan Zariq tak pernah pun pandang Camelia. Walaupun bermacam - macam cara Camelia buat untuk tarik perhatian Mr. Hotstuff tu.
Kes cemburu buta bisu dan pekak rupanya.
Camelia lantas berjalan gaya catwalk diikuti Marie dan Zara. Camelia berpeluk tubuh dan berdiri tepat dihadapan Dania. "apasal kau tengok kitorang macam tu,tak puas hati ke?"soal Camelia mencabar.
Dania mengukir senyum. Lebih tepatnya senyum sinis. Walaupun hatinya yang tak seberapa nak sabar tu dah panas. Macam lava gunung berapi yang menggelegak. "oh..aku pandang korang ke, tapi sebenarnya aku pandang pokok kat belakang korang tu. lebih berfaedah"sinis kata - kata yang dilontarkan Dania.
"Kau..memang tak reti hormat senior ke?"Camelia sudah bertambah panas. Bertambah panas apabila melihat senyum sinis Dania. Nak aje dia lanyak - lanyak budak empat mata ni.
"aku..kurang ajar"Dania menunjuk dirinya sendiri. Sebelah tangannya masih memegang penyapu. Nak aje ditibainya tiga mangkuk hayun dihadapannya itu dengan penyapu. "habis tu, korang mengata aku tu tak kurang..ajaarlah. " tambah Dania lagi. Meleret suaranya. Dia mengukirkan senyum manis nan palsu.
"Kau...memang nak cari pasal"kali ini giliran Marie pulak membentak.
Dania memandang satu persatu tag nama ketiga - tiga mangkuk hayun di hadapannya itu. 'Camelia..Camel a k.a unta, Marie a.k.a biskut Marie dan Zara a.k.a tepung gomak. hmm ngam sangat' detik hati Dania.
"aku cari pasal ke korang yang cari pasal?" Dania jungkit kening. Mangkuk² hayun dihadapannya ini mengetap bibir. Geram tak hingat dunia akhirat.
"Aku ganyang juga kau ni, meh sini kau"Zara si tepung gomak mula meletup. Hahaha..'tau sakit hati. Dania ketawa dalam hati.
"sinilah aku tak takut. Ke kau yang takut, tepung gomak. Takut bedak tebal dekat muka kau yang mengalahkan opera Cina tu luntur"acah Dania. Terdengar suara ketawa daripada pelajar ². Penyibuk betul. Siap ketawa lagi. aku ada buat lawak ke?mental problem Dorang ni, fikir Dania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience