Bab 16

Romance Completed 10859

        Tidak seperti kemarin, hari ini Dania melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman manis yang terukir di bibir merah semula jadinya. 

        "Morningggg, korang!!"sapanya ceria. Dia melangkah ke tempat duduknya. Dia melabuhkan duduk di kerusinya. Beg galasnya yang tersangkut di bahu diletakkan di atas kerusi. 

       "Happy nampak?"tegur Fairah sambil tersengih - sengih.

      Dania masih setia dengan senyuman yang meniti di bibir munggilnya. "Of course,..sebab minggu depankan cuti!"sorak Dania gembira. 

      Yes, hari ni last Day dia datang ke sekolah. Sebab minggu depan dah mula SPM. Bermacam - macam aktiviti yang dia rangka sepanjang cuti dalam kepala otaknya. Excited pulak!

     "Cie..kau tak nak bagi kata - kata semangat kat tunang kau ke?"Fairah berkata mengusik, sambil menyenggol lengan Dania. Dania mencebik dengan wajah yang mula merona.

     "Yah!!Fairah Naziha! Kau ni buat kacau mood aku je!"bentak Dania marah. Pipinya dikembungkan dan kaca mata dibetulkan. 

    Fairah buat tak endah. Dia malah sakan menggelakkan bestie nya itu. Happy giler dapat kenakan Dania. Bukan senang nak buat Dania blushing..!

    

     Dania duduk di pondok tempat dia biasa melepak dengan Fairah. Fairah pula berada di kantin membeli makanan. Hari ni, dia tak ada selera nak makan. Perut penuh lagi. Sebab banyak sangat dia melantak waktu sarapan tadi pagi.

     "Danny!"panggil seseorang. Dania menoleh mencari suara yang memanggilnya. 

     Dia tersenyum apabila melihat Camelia, Marie dan Zara yang sedang berjalan mendekatinya. Selepas insiden kemarin, mereka dah berdamai. 

    "Hai, korang"sapa Dania. 

    "Sorang je ke?"soal Camelia. Dia duduk di kerusi berhadapan Dania. 

    "Haah, member aku kat kantin beli makanan"beritahunya.

    "Korang nak pergi mana ni?"soal Dania.  

      Zara tepuk dahi. "Ye lah, kitorang sebenarnya nak pergi library..kau tau lah kan next week nak SPM..ketaq kepala lutut aku"ujar Zara. Dania ketawa.

     "Kau gelak? Huh! Tunggulah nasib kau tahun depan, baru kau tahu rasa nervousnya aku"Zara muka masam.

     "Yalah..sorry. Mana tak ketaq, masa depan tu.."Dania buat peace.

     "Okeylah, kitorang kena Chaw dulu..nanti masa rehat tamat, tak sempat nak pergi library"Marie meminta diri. Dania mengangguk.

     Camelia, Zara dan Marie berlalu. "Good luck, guys!"ucap Dania. Dia melambaikan tangan kepada tiga seniornya. Tiga seniornya turut membalas lambaiannya. 

     

     "Aik, korang dah damai?"soal Fairah hairan. Dia yang baru tiba meletakkan makanannya di atas meja. 

     Dania ukir senyum. "Ya, peace no war.."Fairah mencebik sambil buat muka meluat.

     "Ye lah tu..jangan nak marah - marah lagi ye..seram"Fairah berkata setelah usai membaca doa makan. Dia menyuapkan sandwich ke dalam mulut. Dania sekadar menjongket bahu. 

     Dia mengeluarkan Ball pen dan buku nota mini daripada saku baju kurung sekolahnya. Dia mula melukis karikatur comel. Sengaja hilangkan bosan.

     "Fay, aku nak beli air dulu..haus lah pulak.."beritahunya. Fairah hanya mengangguk. Dania berlalu meninggalkan Fairah menuju kantin.

   Dania berjalan sambil menyanyi - nyanyi kecil di koridor menuju pondok Fairah menunggu. 

    Langkahnya terhenti. Matanya memandang lurus ke hadapan. Dia ukir senyum. "Hai, Ketua Pengawas" sapanya sambil melambai tangan, selamba. 

    Zariq hanya mengangguk. Tanda membalas sapaan. Dia melangkah mendekati gadis itu. 

   Dania mencebik. 'acah cool lah tu '.

   "Dari mana?"soal Zariq. Basa - basi. Entah sejak bila dia banyak soal.

   Dania angkat botol mineral di tangan. "Kantin. Beli air"jawabnya.

   Zariq mengangguk.

   Dania kekok. "Err..Aku pergi dulu lah, bye.."Zariq mengangguk. Dania berlalu.

  Selangkah. Dua langkah. Tiga langkah. Empat langkah. Dania berhenti. Dia menoleh ke belakang. Memandang Zariq yang sudah mula melangkah pergi.

     "Ketua Pengawas!"panggil Dania dengan nada yang tinggi sedikit.

     Zariq menoleh. Dia menjongket kening. Sebagai tanda tanya.

    "Good luck!"ucap Dania sambil tersenyum. Tangannya dikepal. Tanda sokongan.

   "Untuk apa?"tanya Zariq bingung. Wajah tampan yang selalu berekspresi datar itu berubah kepada ekspresi bingung.

   'neomu kyeopta..'detik hati Dania.

    "Good luck for SPM! Fighting!"ucap Dania semangat. Zariq tersenyum tipis.

    "Hmm..thanks.."ujar Zariq.

    "Okeylah, nak chaw dulu..bye!"Dania melambai tangan seraya berlalu dari situ.

    Zariq menggeleng pelan dengan senyum tipis yang masih terukir. "Wisya..Wisya.."gumamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience