BAB 5

Romance Completed 10853

Hari minggu merupakan hari yang sangat ditunggu - tunggu oleh Dania. Kerana...Dia dapat tidur sampai pukul berapa dia mahu. Asalkan sudah solat. Kalau tak, mahunya dia kena bebel oleh uminya sebab tinggalkan solat.
Tok..tok..tok.. Bunyi ketukan pada pintu mengganggu tidur Dania yang sedang enak berbungkus selimut tebal. "kacau betullah, lesap mimpi aku dapat candle light dinner dengan GD aku," gumamnya.
"Adik!! bangun!! breakfast!!"laung Damia kuat disebalik pintu yang bertutup rapat.
"ya..ya..ya!Adik bangun,"jerit Dania dengan suara parau. Dia lantas menyelak selimut. Terhitung - hayang dia berjalan menuju ke tandas yang terletak di dalam biliknya itu.

Dania menuruni anak tangga menuju ke meja makan yang berada di tingkat bawah. Dia hanya mengenakan T - shirt biru gelap panjang lengan dan seluar panjang berwarna hitam. Rambutnya diikat ponytail.
"Assalamualaikum, and good morning," sapa Dania ceria. Dia duduk di sebelah uminya, Puan Zakiah. Yang lain menyambut salam dalam hati.
Hidangan yang terhidang di atas meja membangkitkan selera Dania. Nasi lemak, sambal sotong, ayam goreng dan kuih muih.
Pinggan kosong di atas meja diisikan nasi dan lauk - pauk dalam kuantiti yang banyak. Dia makan dengan lahap sekali. Damia menggeleng. Dr. Ariff yang duduk di hujung meja menggeleng melihat tingkah anaknya. "Adik, makan perlahan - lahan. Jangan gelojoh. Nanti tersedak" tegur Dr. Ariff lembut. Dania tersengih sambil menggaru - garu kepalanya.
"nanti lepas makan, jumpa Abah dekat ruang tamu. Ada benda yang Abah nak bagitahu." tambah Dr. Ariff lagi. Puan Zakiah memandang suaminya dan mengukir senyuman. Dania beras tidak sedap hati apabila melihat senyuman aneh ibunya.
"o..key"jawab Dania ragu - ragu. Dia mengungkit bahu dan mengenyahkan berbagai spekulasi yang mula bermain - main di kepalanya. Dia melanjutkan kembali menjamu selera yang sempat tertunda sebentar tadi.

"apa yang Abah nak bagitahu Adik?" tanya Dania tidak sabar. Dia duduk di sofa moden berwarna coklat gelap. Wajahnya jelas memaparkan riak tidak sabar. Damia dan Puan Zakiah tersenyum simpul.
Dr. Ariff berdehem. Sudah tiba waktunya untuk Dania tahu, fikirnya. "sebenarnya, Adik dah bertunang."ucap Dr. Ariff dengan sekali lafaz.
Dania terpaku tergamam. Semua ter..lah. 'aku tak salah dengar ke? Betul ke aku dah tu..haish..confirm Abah bergurau ni'Dania sudah mula mengukir senyum. Dia yakin Abahnya bergurau.
Damia sudah berasa pelik apabila adiknya tiba - tiba senyum. Kena sampuk ke?
"hebatlah Abah bergurau. Terkena Adik." ujar Dania bersama - sama ketawa kecil.
"siapa cakap Abah bergurau. Abah serius sekarang ni Adik"kata Dr. Ariff lagi. Wajahnya jelas menampilkan riak serius. Bukan setakat serius je, duarius lagi.
Serta merta hilang terus senyuman di wajah Dania. Hilang serinya. Rasa macam kena tukul pun ada. "sejak bila lagi Adik bertunang?"tanya Dania. Wajahnya tanpa senyuman.
"sejak kamu 5 tahun lagi" kini Puan Zakiah pula ganti bersuara. Dania susah nak percaya.
"Angah dengan. Along tahu ke?"tanya Dania lagi. Damia mengangguk serba salah. Risau juga dia apabila melihat wajah Dania yang suram itu.
Dania tersenyum sinis. "So, Adik soranglah ni yang tak tahu. Wow, great." ucap Dania geram. Perkara penting macam ni dirahsiakan dari dia. Memang Hebat.
Damia tersenyum menenangkan adiknya. "chillah, dik. Jangan risau tunang Adik tu handsome..pandai, dan greatlah" ucap Damia.
"umur dia berapa?"tanya Dania. Nak juga dia tahu umur si tunang tu, takut pula dia nanti tua sangat. Tak hingin dia.
Senyuman di wajah Damia semakin mekar. "malam ni birthday tunang Adik. Nanti bila Adik jumpa dia malam ni, Adik tanyalah semua yang Adik nak tahu pasal dia. Okey."
Mata Dania melebar. WHAT!! Malam ni aku nak jumpa dia? Like seriously,jerit hatinya. Dia sudah mula gemuruh. Kaca matanya di betulkan. Reaksi khasnya apabila gemuruh.
"Adik, nak masuk bilik dulu"Dania meminta diri. Dia perlukan ruang untuk tenangkan diri. Jantungnya dah macam Speaker dekat konsert. Risau tahap babun dah dia ni.
Damia senyum dalam diam.


Dania merebahkan tubuhnya di atas katil. Smartphone jenama Samsung J5 miliknya yang terletak di atas meja kecil di sebelah kanan katilnya dicapai. Apps Joox di buka. Lagu Bigbang We like to Party dipasang dengan volume yang kuat. Sebagai pelepas stres dan gemuruh yang amat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience