EPILOG

Romance Completed 10851

      P/S: disarankan dengar lagu Beautiful, Crush. Ost Goblin.

Beberapa tahun kemudian,

 

Dania dan Zariq melangkah beriringan memasuki Ball room. Setiap derap langkah mereka berdua di atas karpet merah yang terbentang, diiringi lagu Beutiful, nyanyian Crush. Lagu yang pernah menjadi kegemarannya ketika berada di bangku sekolah menengah. 

        

Dia tersenyum haru. Matanya melirik jejaka tampan yang berada di sebelahnya. Jejaka tampan yang segak dengan Tuksedo itu tersenyum manis memandangnya. Senyuman manis yang mempesonakan nya.

       

"Wisya suka? Impian Wisya dah jadi realiti ke?"soal Zariq lembut, kepada gadis cantik dengan gaun pengantin muslimah berwarna putih yang berjalan beriringan dengannya.

       

Dania mendongak memandang jejaka yang sudah sah menjadi suaminya itu. Dia mengangguk sambil tersenyum bahagia. 

       

Ya, angan - tangannya telah jadi realiti. Angan - angan yang tidak pernah dia ceritakan kepada sesiapa. Semuanya menjadi realiti. 

       

Bermula dengan Ball room yang terhias cantik seperti yang pernah dia idamkan. Dan juga dekorasi pelamin yang pernah dia gambarkan dalam bentuk lukisan. Di tambah lagi dengan lagu Beautiful yang memang semenjak di bangku sekolah menengah lagi dia pernah berangan, ingin berjalan menuju pelamin bersama jejaka yang telah mengisi hatinya sambil diiringi lagu itu. Semuanya jadi kenyataan.

         

"Macam mana awak tau, Zariq..?" soalnya. Mereka masih melangkah beriringan. Para tetamu menfokuskan pandangan ke arah pasangan pengantin yang sama cantik, sama padan itu. 

       

"Mestilah, saya kan ketua pengawas awak, Wisya.."tutur Zariq dengan senyuman manis yang jarang diperlihatkan kepada orang lain.

       

Dania tersenyum. Wisya..nama panggilan khas yang Zariq berikan untuknya. Hanya Zariq sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. Apabila dia bertanya kenapa, Zariq mesti jawab dengan senyuman manis dia. "Sebab aku nak..aku sorang je yang panggil kau macam tu.."kata - kata Zariq itu terngiang - ngiang diingatannya. 

     

  "Thank's.."ucap Dania. Senyuman tidak lekang di bibir. 

        

"Sebab?"soal Zariq sepatah.

        

"Sebab dah realisasikan angan - angan saya.."jawab Dania.

          

"Hmm..thank's juga"ucap Zariq. Dania mendongak memandang Zariq dengan wajah bingungnya.

       

  "Sebab?"dia mengulangi soalan Zariq.

      

"Sebab sudi tunggu saya.."jawab Zariq dengan senyuman.

            

Dania tersenyum haru. Air mata bahagia menitis di pipinya. "Ketua Pengawas, Saranghae.."

Senyuman semanis gula dihadiahkan kepada Zariq, suaminya. Zariq menahan diri supaya tidak mencubit pipi isterinya yang tersenyum comel itu.

Dia ikut tersenyum. Kepala isterinya yang dilitupi shawl labuh itu dielus lembut. Perlakuannya berjaya membuat tetamu bersorak riang.

            

           Zariq Iz Rayyan..Ketua pengawas, tunang dan suami aku.  Jejaka dingin, pendiam dan kedekut senyuman itu, kini telah sah menjadi suami aku.Hanya satu doa ku, semoga ikatan kami kekal dan bahagia - Dania

        Darwisya Dania..budak pendek, kaki buat masalah dan juga gadis yang sudah sekian lama mendiami hati aku. Akhirnya, kini menjadi suri hidup aku.  Semoga Allah SWT merahmati ikatan kami yang baru terbina ini.. - Zariq

                     

 

                       ~ TAMAT ~

                

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience