CerPan [Farewell]

Romance Completed 10851

    Aku mengeluh panjang. Buku - buku tebal di atas meja, aku pandang bosan. 'stresssnyaaa!!'jerit hatiku. Takkan nak jerit betul - betul pulak, tak pasal - pasal kena tendang dari library. 

    Assignment yang pensyarah bagi tu bukan main susah. Aku kena buat satu manuskrip cerita yang bertemakan medic. Berapa banyak istilah medic aku kena baca. Haih! Kalau macam ni lebih baik aku ambik bidang medic.

   Buku medic itu aku baca. Naik berpinar mata aku ni tengok banyak istilah yang buat aku rasa mual. Macam nak Amaterasu aje buku ni, dek stress punya pasal.

   

   Tok..tok..bunyi ketukan pada meja membuatkan aku mengalihkan pandangan daripada buku tebal tu. Sapa pula yang kacau ni? Dah lah orang stress sekarang ni, ada juga yang nak kena pelempang.

   Aku memandang makhluk pengacau itu. Aik, apasal pulak mamat Hotstuff kat Kampus ni kat depan aku? Aku ada hutang dengan dia ke? Dia berdiri depan aku dengan senyuman manis yang mengalahkan gula Melaka. 

   "Ada apa?"soal ku padanya. 

   "Aku nak duduk kat sini boleh tak, bro?"soalnya ramah padaku. Senyuman tidak lekang dibibirnya. 

   Aku pandang dia tajam. Bro abah kau! Aku ni perempuan, yang dia nak ber bro - bro dengan aku tu apasal?

   "Bro, mangkuk kau! Aku pompuan lah"marahku dengan suara tertahan. Dia aku lihat terkejut beruk. Tapi, muka dia still handsome lah, tak macam beruk. 

   Dia mengusap belakang tengkuk. Nampak comel je, macam Chanyeol. "Sorry, ingatkan tadi lelaki..sebab.."dia tidak meneruskan bicara. Aku tahu apa dia nak cakap. Salah aku sendiri yang berpakaian macam lelaki. Rambut pun pendek macam lelaki.

    "Kau duduklah, tak lenguh ke kaki tu?" Aku menjemputnya duduk. Lagipun, aku ni bukannya kejam sangat. 

    Dia tersenyum. "Thanks, nama aku Izaryl Azraff..panggil Izz je"dia memperkenalkan diri beserta senyuman. 

   Aku membalas senyumannya. Tak balas nanti di cop sombong pulak. "Aizira Daniella, kawan - kawan sekelas aku panggil Daniel, tapi, aku lagi selesa kalau kau panggil aku Aiz.."

   "Okay, Aiz..nice to meet you. Mulai dari hari ni, kita jadi best friend"ujar Izz yang buat aku macam kena renjatan elektrik.      Tak betul ke dia ni? Kitorang baru aje berkenalan hari ni, terus jadi best friend. Biar benar?! Aku hanya jongket bahu tanda 'whatever'.

                            ~oOo~

Begitulah kisah awal perkenalan aku dan dia. Kini, dah tahun kedua aku dan dia berkawan. Aku berkawan dengan dia masa aku dan dia baru tahun pertama di Universiti.

 

Aku mengikat rambut ku yang sudah separas siku. Rambut ku aku ikat sanggul. Tak ada lagi rambut pendek, ala artis K-pop lelaki. Semuanya sebab mak aku. Dia bagi aku warning, kalau aku potong rambut aku lagi..dia tak mengaku aku anak dah. Kejam kan? Huh, apa boleh buat. 

 

Ball cap berwarna hitam aku pakai. Semenjak rambut aku dah panjang ni, Ball cap ni lah yang terus melekat atas kepala aku. Tak pernah tanggal kalau aku keluar rumah, macam BoBoiBoy pun ada. Tapi, aku tak delah macam BoBoiBoy yang sampai kat rumah pun kena pakai topi. 

Setelah melihat penampilan ku dicermin, aku terus mencapai beg galas ku berwarna hitam lalu keluar daripada bilik tidur ku. Aku menuruni tangga rumah teres dua tingkat milik keluarga ku. 

Aku terus menuju rak kasut lalu mengeluarkan kasut Vans ku daripada rak. Aku duduk di kerusi bersebelahan rak kasut. Aku menyarungkan kasut ke kaki. Of course lah kaki, takkan tangan pulak kan.

"Mak, orang gerak dulu.."beritahu ku dengan suara yang kuat. Ini bukan kes anak derhaka eh, tapi supaya mak aku dengar sebab mak aku kan kat dapur. Takut tak dengar pulak. Tak pasal - pasal nanti mak aku ingat anak dia yang Vogue ni kena culik. Ehem, jangan muntah ye. Aku menunggang skuter kesayangan ku meninggalkan perkarangan rumah dan menuju ke Universiti tempat aku menuntut.

"Wee..hayun, lambat kau sampai.. berjanggut aku tunggu kau" yang tak reti bagi salam, tak beradab ni ialah si mangkuk A.k.a BFF  aku, Izz.

"Tak reti bagi salam ke mangkuk? Main sembur aje..nasib baik tak tersembur air liur tu"sindir ku. Biar padan muka. 

  

Dia tersengih. "Jom pergi kafeteria, aku lapar..yang lain dah tunggu kat sana" ajaknya atau lebih tepatnya lagi memaksa. Dia heret tangan aku menuju kafeteria. Nasib baik berlapik, kalau tak..tahu lah nasib dia..

"Hai, guys!"sapaku. Aku duduk di kerusi berhadapan Fahin. Izz pula duduk di sebelah ku. Fahin, Nazim, dan Mikail hanya mengangguk sambil tersenyum bagi membalas sapaanku. Mereka bertiga sebenarnya BFF Izz sejak sekolah menengah lagi. Jadi apabila aku jadi BFF Izz, automatik aku jadi BFF dorang bertiga juga. Tu dorang yang declare. Aku ikut je.

Makanan aku dan Izz sudah terhidang di atas meja. Mereka bertiga yang pesankan. Baikkan dorang. Siap tunggu makan sama - sama lagi.

                            ~o0o~

"Aiz, temankan aku pergi kafeteria..aku laparlah"ajaknya atau lebih tepatnya memaksa. Dia sekarang ni menarik tangan kiri ku membuatkan aku terhuyung - hayang. Tangan kanan ku memegang topi ku agar tidak terlepas. 

Sempat juga mataku melihat beberapa pelajar perempuan yang berselisih dengan kami memandangku dengan pandangan tak puas hati. Aku tahu sebab apa. Sebab C.E.M.B.U.R.U. Ya lah, Izz, Fahin, Nazim dan Mikail kan Hotstuff kat sini. 

Aku memandang dia tajam. Suka - suka hati dia je pegang - pegang tangan aku. "Kau..suka hati ayam kau aje kan pegang tangan aku..bukan muhrim tau tak?!"aku meneguk Teh C special rakus. Panas ni...

Dia tersengih sambil menggaru kepala dia. Ada kutu ke,huh?! 

"Sorry..lah, aku terlupa yang kau tu pompuan.."ujarnya sambil tersengih comel. Ingat comel sangatlah..

Aku pandang dia tak percaya. Rasa nak meletup sekarang ni. Nak aje aku Shanaroo dia ni. Ada ke patut dia boleh lupa fakta bahawa aku ni perempuan. Selama ni dia anggap aku sejenis dengan dia. Ni yang nak sentap ni..

Pak..selamat fail aku mendarat atas kepala dia. Biar betul sikit otak dia tu. 

"Woii, hayun!sakitlah!"marahnya sambil menggosok kepalanya. Mukanya masam mencuka. Cih, manja!

"Aku nak repair otak kau tu, baru tak mudah lupa"ujar ku selamba. Tak ketaq dengan marah dia tu.

"Blahlah kau..!"dengusnya. Aku berdiri. Fail aku capai. 'Acah - acah nak tinggalkan dia.

"Eh..kau nak pergi mana pulak ni?"tanya nya kalut. Aku tersenyum sinis.

"Blah lah. Kau kan yang suruh tadi, kenapa dah lupa ke? Ke dah nyanyuk?"sindirku. Dia tersenyum manis. Nak memujuk lah tu.

"Alah..jangan lah sentap, kita dah dua tahun kot kawan..tu pun nak sentap ke?aku gurau je..eh, Bff"pujuknya sambil tersenyum.

Aku kembali duduk. "Tahu takut.."

"Aiz, kau tau..aku dah jatuh hati kat junior kita..Dia cantik, sopan - santun.."beritahunya sambil tersenyum - senyum. 

Duss..entah kenapa aku rasa macam ada berpuluh ribu kunai dan shuriken menancap kat jantung aku. Sakit sangat. 

Aku mencuba untuk bertenang. "Siapa nama dia?"

"Rania Zahira.."ucapnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir. 

"Kau tolong aku ek,?"dia memandang ku dengan pandangan memohon. 

Aku memutarkan bola mata. Ni yang kalah ni, kalau dah dia pasang muka 50 sen tu. "Apa?"soalku. Dia tersenyum ceria.

"Kau bagitahu dia..yang aku dah fall in love golek - golek kat dia..pleaseee"ujarnya meleret. Dan aku, hanya mampu mengangguk. Walaupun hati aku rasa sakit. Sangat - sangat.

                          ~o0o~

Aku memandang tepat Rania yang duduk di hadapan ku. Aku berdehem seketika. Okey, please stay strong! For you BFF! Aku memantapkan hati.

Setelah mengucapkan Bismillah, aku membuka kata. "Awak kenal Izaryl Azraf tak?". Dia mengangguk. Wajahnya tersipu - sipu apabila aku menyebut nama Izz.

"Dia dah jatuh hati dengan awak." ucapku. Dia diam tidak berkutik. Hanya merenung ku tidak percaya. Aku memetik jari di hadapannya. 

"Awak pasti ke? Bukan dia boyfriend awak?"soalnya padaku. Suaranya kedengaran lembut sekali. Patutlah Izz boleh jatuh cinta. Tak macam aku.

"Betul. Dan, wait..sejak bila pula saya couple dengan si mangkuk tu..kitorang BFF je lah"ucapku meyakinkannya. 

"So, awak terima dia ke?"tanyaku. Cepatlah jawab. Dia mengangguk malu. Dan, perasaan ku..antara gembira dan sedih.

Gembira sebab Izz diterima oleh cinta hatinya. Dan sedih, sebab aku kena lupakan perasaan aku yang dah lama wujud untuk Izz. 

"Thanks..kalau macam tu saya pergi dulu..mesti si mangkuk tu happy giler,bye"ucapku. Lalu meninggalkannya tergesa - gesa. Air mataku menitis tanpa dapat ku tahan. Topi aku turunkan ke bawah agar dapat menyembunyikan wajah ku sekaligus air mata ku.

                           ~o0o~

Aku duduk di bawah pondok kayu. Air mataku tak henti - henti mengalir. Berkali - kali ku seka tapi tetap juga mengalir. Sejak bila aku jadi cengeng ni? 

"Aiz.."aku terdengar namaku dipanggil. Cepat - cepat air mata aku seka. Aku memandang si pemanggil. 

"Ada apa, Fahin..? Duduklah"ujar ku pada Fahin si dingin. Fahin hanya mengangguk lalu duduk di hadapan ku. 

"Kau okey? Apasal kau sorang je ni? Izz mana?"soalnya. Mestilah dia hairan. Selalunya si Izz tu, nak mengekor aje aku pergi mana. Memanglah antara kami berlima BFF, si Izz tu paling manja. 

Aku membetulkan topi ku. "Dating dengan awek dia lah"ujarku seselamba yang boleh.

"And wait, wow..Fahin, sejak bila kau yang pendiam ni boleh banyak tanya ni?"aku mengangkat kening. Sengaja nak menyakat dia. Sekaligus cuba nak lupakan hati aku yang tengah berdrama sedih ni.

Fahin jongket bahu. "Kau..nangis tadi kan?"tanyanya. Aku menjadi salah tingkah. Alamak, terkantoi pula.

"Mana ada..kau ni, mata aku masuk habuk"sangkal ku dengan ayat cliche. 

Dia tersenyum sinis. Amboi, sinisnya senyuman."jawapan cliche"sindirnya. 

"Tak payah nak tipu aku, aku tau apa sebabnya..kau dah jatuh cinta dengan Izz kan.."tuturnya. Aku terkedu. Dia ni peramal ke apa? Semua benda dia tahu.

"Kau jangan nak tipu.."ujarnya sebelum sempat aku nak menyangkal. Mahu tak mahu, aku terpaksa mengangguk mengiyakan.

"Aku tak pandai nak nasihat kau..kau tahu sendiri lah kan, yang aku ni tak ada gf..Tapi, aku nak kau stay strong"ujarnya. Wow, first time dia bercakap punyalah panjang.

"Hei, sebab kau lah aku kena cakap panjang - panjang..so, aku nak kau belanja aku minum. Aku haus ni.."ujarnya lagi. Aku ketawa.

"Ya lah, Ice Prince.."

"Aiz.., mana Izz?"soal Nazim yang baru sahaja duduk di di sebelah ku. Ni lagi satu, tadi Mikail tanya, sekarang ni dia pulak.

"Korang ni, tak habis - habis tanya aku mana si mangkuk tu..ingat aku ni mak dia nak tahu semua perkembangan dia"aku mendengus. Kalau aku naga, confirm dah terbakar kafeteria ni.

Mikail dan Nazim tersengih. "Chill lah, kan ke Izz tu, dah macam ekor kau..kau pergi mana aje dia ikut..ras hairanlah, bila dia tak dengan kau"ujar Nazim.

Aku mengeluh. "Dia dating dengan Rania.." Nazim dan Mikail mengangguk. Fahin hanya berpeluk tubuh sambil memandangku. Entah apa lah yang dia fikir. 

"Hai, korang!"kalau yang tak pandai bagi salam ni, sapa lagi kalau bukan Izz. Baru aje disebut - sebut, terus muncul. 

Dia berdiri berdampingan dengan Rania. Nampak serasi. Macam pinang di belah kapak, eh salah..macam pinang di belah dua. Pengaruh Probe lah ni. Ish..Ish..

"Wee..mangkuk, tak reti ajak girl friend kau duduk ke?"ujar ku. Dia tersengih lalu menarik kerusi untuk Rania. Rania tersenyum lalu melabuhkan duduk. Izz duduk di sebelahnya. 

"Korang cerita pasal apa ni?"tanya Izz.

"Adalah..rahsia"ujar Nazim sambil mengangkat kening kepada ku. Nak sakat Izz, si manja lah tu. Aku turut mengangkat kening dan tersenyum.

"Apa ni main rahsia - rahsia pulak dengan aku, kata Bff.."dia sudah merajuk. Dah agak, mamat ni memang kuat merajuk.

"Merajuklah tu. Kau ni kuat sungguh merajuk, kesian Rania..ish..ish.."aku menyakat. Nazim dan Mikail sudah gelak tengok muka cemberut Izz. Dan Fahin si dingin tu hanya menggeleng. Fahin tu akan bercakap kalau kami berlima je, kalau ada orang lain..memang tak keluar langsung suara dia. Dia bercakap kalau ada benda penting je. 

"Nia..awak tengoklah dorang ni, dorang buli saya..terutama si hayun ni"adu Izz pada Rania. Hati aku remuk. Ni yang rasa nak nyanyi lagu Shila Amzah, Patah Seribu.

Dan..dan, masa ni juga lah aku nak nangis. Haish, cengeng betullah aku ni. 

Fahin pandang aku. Hanya dia je yang faham perasaan aku. 

"Aiz, jom ikut aku.."ajak Fahin tiba - tiba. Dia tahu aku dah tak dapat tahan air mata aku daripada mengalir. Aku mengangguk. Dia sudah berdiri lalu menarik lengan ku supaya mengikutinya. 

"Wee..korang nak pergi mana?"tanya Izz dengan suara yang agak kuat. Yalah, kami dah agak jauh dari dorang. Kafeteria pun tengah bising sekarang ni, maklumlah padat oleh pelajar.

"Dating.."Jawab Fahin sepatah. Aku memandangnya pelik. 

"Mereka couple ke?"sempat telinga ku mendengar soalan Rania. 

                             ~o0o~

"Aiz, kalau kau nak nangis..nangis lah..tak de sapa kat sini, kau dan aku je.."ujar Fahin. Dia duduk di sebelahku di bangku batu berhadapan tasik Universiti. 

Air mata ku mengalir. "Thanks, Fahin.."ucapku padanya dengan suara yang serak. 

Dia diam dan menatap lurus ke hadapan. "Hmm..kalau kau ada masalah, kau cerita je dengan aku..aku boleh tolong dengar.."

"Kalau kau ada apa - apa masalah, kau panggil aje Fahin Aizan..nanti tercongoklah aku kat depan kau.." selorohnya. Aku tergelak.

"Reti bergurau juga kau ek,Ice Prince.." aku tersenyum. Air mata aku seka. Aku sudah lega. Mataku memandang lurus ke hadapan. Memandang tasik. 

"Kau ingat aku ni suku sakat Elsa, Ice Princess, nak ber Ice Prince bagai.." Fahin mendengus. 

"Tu kan gelaran kau daripada fans kau.."

Mata ku terpejam dengan Earphone yang tersumbat di telinga. Lagu Sing For You menyapa gegendang telinga. Posisi ku berbaring di atas katil single milikku. 

Malas nak gerak pergi mana - mana. Nak rest aje kat rumah. Tiba - tiba, pintu bilikku di buka kasar dari luar. Aku bangun dari posisi baring menjadi duduk bersila di atas katil. Earphone yang tersumbat di telinga, aku tanggalkan segera. 

Mak aku tengah berdiri sambil tangan kanannya memegang tombol pintu dan tangan kirinya bercekak pinggang. 

"Ada apa mak?"soal ku. 

"Patutlah dari tadi mak panggil tak di dengarnya..rupanya..ini yang di buatnya, tengah hari macam ni bermalas-malasan - malasan kat katil..ingat sikit kamu tu anak dara..patutnya tolong mak masak.."fuh..mula dah sesi bebelan daripada mak aku. 

"Hmm..ye lah, mak. Orang mintak maaf.." aku bersuara bagi mengelakkan mak daripada memperpanjangkan bebelannya. 

"Ah, ya..kawan - kawan kamu ada kat bawah tu.."beritahu mak akhirnya. Aku terkejut bukan main. 

"Kenapa mak tak cakap awal - awal?"aku segera mencapai phone dan meninggalkan bilikku, tergesa - gesa. 

"Apasal datang tak cakap?"tegur ku kepada mereka. Tercungap-cungap - cungap aku menuruni tangga. Aku berjalan menghampiri mereka yang duduk di sofa di ruang tamu. 

Aku melabuhkan duduk di sofa berangkai satu. Mereka diam menatap ku.

"Hoii, apasal korang berempat ni? Dah bisu ke?"soal ku kepada mereka. Mereka berempat tersentak. Tidak lama kemudian, tawa Izz, Nazim dan Mikail meletus. Fahin pula hanya tersenyum geli sambil menggeleng kepala.

Dahi ku berkerut. "Apasal korang ni? Dah sewel ke? Kalau ye, mai sini aku hantar korang pegi Hospital Bahagia.."

"Hahaha..kau excited sangat ke nak jumpa kitorang sampai kau dah macam orang gila lari hospital sakit jiwa.."ujar Izz dengan ketawa yang tak henti - henti. Makin berkerut kening aku. Kureeeng punya budak!!

"Yaa..dengan rambut serabai, "Nazim turut gelak. Aku tersentak.

"Aiz, kemaskan lah rambut kau tu.."ujar Fahin. Aku diam. Getah rambut yang berada di pergelangan tangan aku gunakan untuk mengikat rambut ku. Aku mengikat rambut ku kasar. Tanda protes. Suka hati dorang aje gelakkan aku. Eeii, aku bagi pelempang sorang satu nanti kang baru diam.

"Amboi, marah ke?"Mikail bertanya mengusik. Aku mendengus kasar. 

"Aiz, kami datang ni saja je nak berkunjung..bosan lah dok rumah.."ujar Izz. 

"Cun..lepak lah kat sini, akupon bosan ni.."ujar ku. 

"Abah Ngan Adik lelaki kau mana?" tanya Izz. Matanya meliar ke segenap pelusuk ruang tamu. 

"Abah kerja..Adik aku pulak ada kelas tambahan..maklumlah nak dekat STPM.." jawabku. Remote Astro aku capai dari atas meja. Channel Animax menjadi pilihan. 

"Kau ni..anime juga yang kau tengok, tak de citer lain ke?"Izz dengan muka tak puas hatinya. Mikail, Nazim dan Fahin hanya diam. Malas nak melayan Izz lah tu. Masing - masing meminum minuman yang dihidangkan oleh mak aku.

"Hish, kau ni.."aku segera menukar channel. 

"Niella, Izz, Fahin, Mika, Nazim..mari sini makan"laung mak dari ruang makan. 

"Jomlah.."ajak ku.

"Wuu..Niella, tak sangka tu nama manja kau.."sakat Izz. Nak kena ketuk juga budak manja ni. Eeii!

                           ~o0o~

"Izz, apasal kau nak jumpa ni?"tanyaku kepadanya dengan suara yang sedikit kuat kerana suara hiruk - pikuk di restoran mamak tempat kami berlima biasanya melepak kalau ada masa free.

Wajahnya kelihatan tenang dan senyuman tidak lekang meniti di bibirnya. "Tunggu yang lain dulu.."

Aku hanya mampu diam dan menunggu dengan sabar.

"Ehmm..memandangkan semua dah ada, aku nak bagitau korang something" dia membuka bicara apabila kami berlima sudah lengkap. 

Aku menghirup teh tarik. "Aku nak bertunang"ucapan Izz yang tiba - tiba itu membuatkan aku tersedak.

"Uhuk..uhuk..uhuk.."cawan teh tarik itu aku letakkan di atas meja. Tangan kanan ku menepuk - nepuk dada. Bukan sebab tersedak, tapi semuanya sebab dadaku rasa sesak. Hatiku hancur remuk.

"Aiz, kau okey ke?"tanya Izz kalut apabila melihat aku tidak henti - henti menepuk dada. Aku hanya mengangguk. 

"Aku okey. Cuma terkejut je"aku memaksakan diri supaya tersenyum. Tak nak buat dia risau. Dia menghela nafas lega.

"Nanti korang datang tau. Wajib, korang semua kena datang awal pergi rumah aku, terutama kau Aiz.."beritahunya.

Aku mengukirkan senyum dan memandang Fahin, Nazim dan Mikail. "Of course lah, kitorang kena pergi. Budak manja kami nak bertunang kot, ye tak"ucapku sambil menjongket kening kearah Nazim dan Mikail.

Mikail mengangguk. "Yes, kami pergi... dijamin, kau jangan risau.."Mikail berkata dengan tenang. Dia menepuk bahu Izz yang duduk di sebelahnya. 

"Yey, sayang korang.."ujar Izz ceria dengan nada manjanya. 

Senyuman terukir di bibir ku. 'aku harap kau bahagia, Izz...'

Pakaian - pakaian ku yang sudah aku lipat kemas aku masukkan ke dalam beg pakaian besar. Setelah itu, aku beralih pula mengambil kotak besar yang berada di atas lantai berdekatan meja belajar ku. Aku mengeluh. 

Kotak itu aku letakkan di atas meja belajar . Buku - buku rujukan aku masukkan ke dalam kotak. Begitu juga dengan bingkai - bingkai gambar yang berada di atas meja. 

Tanganku mencapai bingkai gambar terakhir. Aku menatap lama gambar itu. Aku tersenyum sendiri. Gambar itu merupakan gambar aku, Izz, Fahin, Nazim dan Mikail. Gambar yang di ambil setahun lalu. Ketika aku mula bersahabat dengan mereka. Kami berlima berpose freestyle di sekitar hadapan tasik Universiti. 

Air mata mengalir di pipiku. Ingatanku menerawang pada dua hari lalu.

*

"Niella, Niell..kita pindah ke JB Sabtu ni.." bagitau abah kepada aku dan adik lelaki ku, Azril Daniel. Aku memandang abah. 

"Kenapa tiba - tiba abah? Macam mana dengan study kami kat sini?"soal ku kepada abah. Abah dan mak yang duduk di hadapan ku, aku pandang silih berganti.

Abah hanya tersenyum. "Abah naik pangkat. Dan, pasal study kamu..abah dah uruskan. Jadi kita cuma tinggal pindah je"beritahu abah tenang. 

Niell hanya diam. Aku mengeluh. "Hmm..kalau dah tak de apa - apa, Niella naik bilik dulu."aku meminta diri lalu meninggalkan ruang tamu.

*

Aku masih menatap gambar kami berlima. "Macam mana aku nak bagitau korang..aku tak nak tinggalkan korang.."

bisik ku. Tapi, apabila mengingat kata - kata Izz petang tadi, bahawa dia akan bertunang..aku rasa ada hikmah juga aku berpindah. Mungkin dengan cara tu, aku dapat lupakan dia. Ya..mungkin ni yang terbaik.

"Aku minta maaf, korang.."

    

                           ~oOo~

Skuter aku berhentikan di hadapan pagar rumah banglo mewah yang tertutup rapat. Seorang pengawal keselamatan mendekati. "Assalamualaikum..Pak cik Tam" ucapku. Pengawal keselamatan tu dah kenal sangat dengan aku. Seperti Izz yang selalu berkunjung ke rumah ku, aku pun selalu juga berkunjung ke rumahnya dengan Fahin, Mikail dan Nazim.

"Waalaikumsalam,tunggu kejap ye, Pak cik nak buka pagar". Tidak lama kemudian, pagar besar itu terbuka. Aku menunggang skuter ku memasuki perkarangan rumah. 

Ramai orang yang berkumpul di ruang tamu, lengkap berbaju Melayu bagi kaum lelaki dan baju kurung bagi kaum wanita. Saudara - mara Izz. 

Mama Izz, Puan Sri Azzah berjalan mendekati ku yang tercongok di hadapan pintu masuk. Aunty Azzah tersenyum kepadaku. 

"Dah sampai pun, Aiz. Ah, yang lain dah tunggu kat bilik Izz..jom Aunty hantarkan" ucap Aunty Azzah ramah. Aku mengikutinya. Bilik Izz berada di tingkat tiga. Nasib baik ada lif, kalau tak..jenuh juga lah aku nak menapak menaiki anak tangga. Tak pernah - pernah aku naik ke tingkat tiga ni.

Pintu bilik Izz di buka oleh Aunty Azzah. "Izz, Aiz dah sampai"beritahu Aunty Azzah. Aku masih berada di luar bilik Izz. 

"Hayun!!apasal lambat? Lama aku tunggu"rungut Izz. Aunty Azzah hanya mampu menggeleng. 

"Dah, mama turun dulu.."Aunty Azzah meminta diri.

Aku melabuhkan duduk di sofa di dalam bilik Izz. Fahin, Nazim dan Mikail pula duduk di birai katil. Izz pula tengah membetulkan sampin. Segak dia berbaju Melayu berwarna cream. 

"Fahin, tolong aku pakai sampin ni..asyik nak tercabut je,"pintanya dengan muka monyok. Aku tergelak kecil. Alahai, manja betullah Izz ni. Fahin bangun dan mendekati Izz. Dia membantu membetulkan sampin.

"Aih, Adik aku dah nak bertunang dah.." ujar Fahin. Dia menepuk - nepuk bahu Izz. Izz tersenyum. Dia terus memeluk Fahin. Bro hug. Nazim dan Mikail turut serta. Aku hanya tersenyum memandang mereka. Pasti aku akan rindukan mereka berlima. Phone aku keluarkan dari poket seluar. Aku menangkap gambar mereka yang masih berpelukan. Biarlah, buat kenang - kenangan aku.

"Korang, jom ambil gambar.."ajak ku apabila mereka sudah merungkai pelukan. Mereka mengangguk semangat kecuali Fahin yang hanya santai sahaja dengan gaya cool dia.

"Jom!!"Izz, Nazim dan Mikail berkata serentak. Aku sekali lagi hanya tergelak. Fahin buat muka bosan dengan perangai kekanakan mereka bertiga. 

                           ~oOo~

Aku hanya mampu melihat Aunty Azzah menyarungkan cincin pertunangan di jari Rania, di ambang pintu bilik Rania. 

Setelah itu, aku berlalu keluar dari rumah. Aku tersenyum, tapi..hati ku menangis. Aku berjalan mendekati sahabat - sahabat ku yang duduk di bawah kanopi yang terpacak di luar rumah.

"Tahniah, mangkuk..Rania dah sah jadi tunang kau.."aku tersenyum seraya melabuhkan duduk di kerusi plastik.

Izz tersenyum ceria. Dia menggosok belakang tengkuk nya. "thank's.."

"Korang.., ada benda sebenarnya yang aku nak bagitau.."aku berkata perlahan. Aku menunduk. Tidak berani memandang mereka berempat. 

"Kau nak bagitau apa? Macam serius je"Izz memandang ku. Aku mengangkat kepala dan memandang mereka sau persatu.

"Aku akan pindah ke JB hari ni.."ucap ku selafaz. Aku kembali menunduk, tidak berani memandang mereka. 

"Hayun..kau jangan nak bergurau, kenapa kau tak bagitau kitorang awal - awal?"Izz berkata dengan nada tegas.

"Aku tak bergurau. Memang aku nak bagitau korang, tapi..aku takut aku akan kacau mood happy kau.."jawabku.

"Bila kau nak pergi?"tanya Fahin.

"Lepas balik dari sini.."jawabku. Air mata bergenang di tubir mata ku.

"Kenapa kau kena pindah,Aiz?"tanya Nazim. Riak wajahnya keruh. Mikail memandangku ingin tahu.

"Abah aku kena naik pangkat, jadi kami ikutlah.."

"Jahatlah kau ni, Aiz..sampai hati kau tak bagitau kami awal - awal"Mikail pula bersuara.

"Sorry, guys.."

"Aku kena pergi sekarang.."aku berdiri. Bersedia untuk pergi.

"Mangkuk, aku harap kau bahagia dengan Rania. Fahin, Nazim..Mika, korang pun sama..jangan lupa aku tau, nanti kalau kita jumpa lagi..bye"aku melangkah pergi. 

Izz diam tidak memandang ku. Dia hanya duduk di kerusi plastik. Aku tahu dia marah. Fahin, Nazim dan Mikail mengikutiku ke tempat aku memarkir skuter ku.

"Bye.., korang bagitau Izz yang aku minta maaf. "Ujarku sebelum menunggang skuter ku meninggalkan perkarangan rumah Rania.

'farewell..., aku sayangkan korang. Izz aku harap Rania dapat bahagiakan kau.'

                     .  [ THE  END ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience