BAB 12 (2)

Romance Completed 10859

      Dania makan dengan penuh berselera. Tak tengok kiri kanan depan belakang. Lapar sangat dia rasa. Zariq sembunyi senyum. 'ai, kenapalah tunang aku ni pelahap?'

        Damia menolak piringnya yang masih tinggal banyak nasi ayam penyet. Dania yang menyedari hal itu memandang Damia. "Angah dah tak nak ke?"soal Dania. Damia menggeleng. 

       Dania menolak piringnya yang sudah licin. Piring Damia ditarik ke hadapannya. "Angah ni..patutlah kurus keding..makan pun tak habis. Cubalah makan banyak supaya tak kurus macam ni. Nanti orang² pikir yang Dr. Ariff dan Puan Zakiah tak cukup duit bagi anak dia makan"Dania start membebel. Damia menjuih bibir.

        "Habis tu, nak macam Adik pelahap.. nanti badan macam tong dram baru tahu"Damia membalas.

      Dania selamba. "Adik bukan pelahap..tapi, dah Angah tu tak reti habiskan makanan Angah jadi Adiklah yang habiskan..Adik tak nak membazir. Angah tak tengok ke iklan kat TV tu pasal pembaziran makanan. Entah, berapa ribu kanak² Malaysia ke sekolah kelaparan"Dania mula berceramah. Mukanya selamba membela diri. 

          Zariq hanya menggeleng. 'ada² jelah, budak pendek ni'desis hatinya.

        "Riq, Adik aku cakap dia suka kau.."ucap Damia tiba - tiba. Mata Dania membulat. 'angah!!!'Dania ketap bibir geram. Damia senyum nakal. Zariq pandang Dania yang geram.

          Yang lain sudah mula mengusik Dania dan Zariq. "I can smell love in the air"sakat Ayfa. Dania kembungkan pipi. 

        "Ma..na ada!! Ketua Pengawas, tak de..Angah ni dah mabuk.."Dania berkata kalut.

         Zariq ukir senyum nipis. Sangat tipis. "Oh..aku ingatkan betul tadi, baru je aku nak berbunga - bunga"ujar Zariq dengan nada datar. Spontan, yang lain memandang Zariq tidak percaya termasuk Dania.

        "Riq, betul ke kau ni? Atau, kau kena rasuk jembalang library tadi?"soal Qhairil dramatik. Zariq hanya bungkam. Dia meminum Coconut milk shake nya. 

         Dania mematung. Jantungnya berdegup bagai nak gila. Wajahnya membahang.  Dia menunduk. Zariq memandang Dania. Senyum nipis terukir dibibir merahnya. Dan, kerlipan flash kemera menandakan gambar berjaya ditangkap..

********************************

  Dania menekan - nekan punat pada kalkulator Saintifik itu. "Haish!!"jeritnya geram. Rambutnya yang diikat sanggul itu diramas kasar. Geram tahap babun. Dari tadi dia kira, masih juga dia tak dapat jawapan yang betul. 

     "Add maths ni, memang nak mintak kaki betullah!"marahnya lagi. Mechanical pencilnya dihentak di atas buku.

    "Stress nampak?"tegur Damia. Dia berdiri di ambang pintu.  Dania menoleh memandang Damia. 

    "Masuklah, yang tercegat lagi kat situ dah kenapa?"Dania bersuara lalu kembali menghadap buku latihannya. 

   "Adik, Angah nak pinjam phone kau..nak send pic tadi"pinta Damia. 

   "Ambillah kat atas katil tu.."putus Dania. 

   Damia mengambil smartphone Dania. Aplikasi Share it di buka. Sebuah senyuman nakal terukir di bibirnya.

*************************************

    "Danny, pinjam phone kau? Aku nak tengok MV BIGBANG"pinta Fairah. Dia kelip - kelip mata. 

    Dania buat muka hairan. "Apasal kau tetiba nak tengok MV BIGBANG ni, bukan kau minat EXO ke?" Soal Dania.

  "Aku bosan..kat dalam phone kau tu semua BIGBANG..apa boleh buat dah?"Fairah monyok. Dania menggeleng.

    "Sapa suruh tak bawa phone..dah jangan kacau aku nak study..shu..shu.."halau Dania. Buku rujukan Sejarah kembali menjadi perhatiannya. 

   Cuma mereka saja yang berada di dalam kelas kerana mereka berdua stay sampai petang. Dania sekali tunggu kakaknya balik, Fairah pula tunggu kakak sepupunya yang sekelas dengan kakak Dania. Biasalah form 5, ada kelas tambahan. So, kena stay back.

    "Danny, kau tak cakap pun yang kau keluar dengan abang - abang hotstuff sekolah kita.."Fairah tiba - tiba bersuara kalut. Smartphone Dania yang memaparkan gambar Dania bersama - sama kawan - kawan Damia di perpustakaan tempoh hari ditunjukkan kepada Dania. 

    "Ohh..aku temankan Angah aku. Dorang ada tugas nak buat."jawab Dania acuh tak acuh. Dia masih lagi menghadap buku rujukan. 

   Tiba - tiba lengannya digoncang kuat. Dania mengetap bibir geram. "Kau dah kenapa?!"tanya Dania geram. Pandangan tajamnya menikam tepat ke wajah Fairah yang menampilkan riak seakan tidak percaya.

   "Darwisya Dania, kau..couple dengan abang Zariq ke? Kenapa dia senyum dengan kau? Dia tak pernah pun senyum kat sapa - sapa. Kenapa kau blushing kat gambar ni?kenapa? Kenapa?"bertalu - talu soalan Fairah dan terkesan hampa. 

    Dania hairan. Tangannya pantas mengambil kembali smartphone nya. Dia terperangah tidak percaya. Gambar yang memperlihatkan Zariq tersenyum ke arahnya dan dia pulak menunduk.

   Dia tidak percaya. Matanya terpaku pada wajah Zariq yang tersenyum yang menampilkan sebaris giginya yang tersusun dan putih. Ada tak dia bagi tahu yang Zariq mirip dengan L infinite bahkan kalau dia nak cakap lebih handsome pun mesti yang lain akan setuju.

     "Danny, jawablah!!"gesa Fairah.

     "Mana ada..kau ni, ni kerja kak Ayfa lah ni..dahlah..jangan kacau aku"Dania kembali menghadap buku. Tetapi, jantungnya yang berdegup laju menganggu fokusnya.

     'aku dah kenapa ni? Haish!!'Dania seakan - akan ingin menghentak kepalanya di atas meja.

    

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience