BAB 6

Romance Completed 10859

"haish, kenapa pulak aku nak berdebar ni? bukannya ada apa pun. Nak attend birthday Party orang je"Dania berbicara dengan diri sendiri. Dah sasau ke cik kak, Oii?
Dania lantas bangun dari perbaringan dan duduk. Dia menggeleng laju. Rambutnya yang diikat ponytail bergoyang - goyang. "birthday Party tu, birthday Party tunang aku. TUNANG AKU! dahlah aku tak pernah jumpa dia...Arghh!!"bantal kecil ditekup dimuka ketika dia menjerit.
Selepas itu, bantal yang tidak berdosa itu ditumbuk - tumbuk tanpa rasa belas kasihan. Semua emosi dilepaskan pada bantal kecil yang tidak berdosa itu. Poor, bantal.

Tok..tok..tok.. Bunyi ketukan pada pintu menjedakan Dania. Dia mengeluh. "masuklah, tak kunci pun"laungnya kuat, memberi kebenaran tanpa bertanya siapakah gerangan si pengetuk pintu.
Pintu di buka daripada luar dan terjengullah Damia dari sebalik pintu. Damia melangkah mendekati Dania yang duduk di atas katilnya. Damia melabuhkan duduk di birai katil.
Cermin mata berbingkai nipis berwarna hitam milik Dania di capainya. Lantas cermin mata tersebut dikenakan. Wajah Dania memaparkan muka ketat tanpa senyuman. Hati jangan cakaplah, masih lagi berdebar. Entahlah kenapa?
"What the hal, sampai Angah tersesat masuk bilik Adik ni?"soal Dania bosan. Wajah Damia ditenung.
Damia mencebik. "Nak lepak bilik Adik sendiri pun kena ada cap mohor diraja dulu ke baru boleh masuk?"perli Damia. Adiknya dijeling sekilas. Dania jungkit bibir.
"jom.."ajak Damia tiba - tiba.
Dania kerut dahi. "tak ada angin, tak ada ribut, tiba - tiba ajak Adik ni apasal? Nak pergi mana?"soal Dania. Terasa lemah pulak kepala lututnya hendak pergi ke mana - mana.
"Shopping Mall, beli hadiah"jawab Damia semangat. Tangan Dania ditariknya memaksa Dania supaya bangun. "cepat siap Angah dengan Along tunggu kat bawah,"tambah Damia lagi.
"Along dah balik ke? tak dengar apa - apa pun"tanya Dania lagi.
"haah, Along dah balik. Dah..dah..dah, cepat siap. Jangan nak banyak tanya lagi"gesa Damia lagi. Bersemangat betul dia bila dah masuk bab - bab shopping.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience