BAB 7

Romance Completed 10853

Dania melirik sekilas penampilannya di cermin. "okey dah ni.."komennya dengan suara perlahan. Kaca matanya di betulkan. Sling bag berwarna hitam yang dipinjamnya daripada Damia dicapai. Dia mana ada beg - beg yang kaum hawa selalu pakai tu. Dia cuma ada beg sandang je. Dia pakai beg Angahnya pun sebab Angahnya yang paksa. Biar dia nampak bergaya kononnya. Smartphone dimasukkan ke dalam beg.
Dia berlalu keluar meninggalkan bilik tidurnya yang serba biru putih itu.
************************************
"Adik,menungkan apalagi tu?jomlah turun dah sampai,"tegur puan Zakiah. Pintu bahagian penumpang di belakang sudah terbuka. Dania yang mengelamun dari dalam perjalanan sampailah tiba di Banglo mewah dan moden itu, tersentak.
Dania tersenyum canggung. Kaca matanya dibetulkan. Dia memboloskan diri daripada perut kereta. Blouse biru lembut separas paha yang dikenakannya dibetulkan sedikit.
Dania mengeluh. Sungguh lah dia rasa sangat terpaksa untuk hadir ke majlis encik tunang yang tidak dikenalinya itu, dan juga rasa terpaksa apabila dipaksa memakai pakaian yang tidak kena dengan jiwanya. Dia yang selalunya hanya mengenakan T shirt long sleeves labuh, seluar jeans dan tudung bawal creap polos.
Kini, saat ini dia terpaksa memakai baju blouse, seluar jeans putih dan bawal satin berwarna senada dengan blousenya bercorak bunga - bunga. Ini semua disebabkan oleh Darwina Damia dan Dasyirah Diana, dua orang kakaknya yang super duper triple annoying!!!!!

****************************************
"Dah sampai pun, lama aku tunggu... risau aku"ucap Puan Sri Rayna. Wajahnya jelas menunjukkan riak gembira.

"maaflah,Ina. dua anak aku ni bersiap punyalah lama..tu yang lambat,"ujar Puan Zakiah. Damia dan Diana tersenyum malu. Dania tersenyum mengejek kakak²nya.
"Ina ni, tadi dah macam cacing kepanasan..tak sabar nak jumpa bakal menantulah katakan,"sindir Tan Sri Zahir. Puan Sri Rayna mencebik.
"Ina dah rindu sangat dengan menantu Ina, dah lama tak jumpa,"balas Puan Sri Rayna, tidak mahu kalah. Damia dan Diana sudah terbatuk - batuk kecil.Sengaja menyakat si bongsu.
Dania menunduk. 'aihh, malunya nak...'desis hatinya.
"Adik, Salam aunty Ina cepat.."arah Damia setelah dia selesai bersalaman dengan Puan Zakiah. Sempat lagi Adik mengkhayal depan - depan bakal mertua, 'desis hatinya.
Dania menghulur tangan bersalaman. Tiba - tiba dia dipeluk oleh Puan Sri Rayna, siap kedua belah pipinya dicium. "ah, menantu,mama. Nia, panggil mama, mama ya.. cantik menantu mama,"ucap Puan Sri Rayna. Rangkulannya di lepaskan.
Sempat lagi kembang hati Dania apabila dipuji cantik. 'cantik ke aku ni?alahai, baiknya Mak tunang aku ni..'Dania berkata dalam hati.
"Hah, Ina..Ian mana?"soal Puan Zakiah. Tidak sabar ingin melihat calon menantunya. Dia sering mendengar berita tentang calon menantunya melalui Damia.
"ya tak ya, pulak kan. Jomlah kita masuk..Ian ada kat dalam.."ajak Puan Sri Rayna yang baru teringat bahawa sejak tadi mereka bercerita di depan pintu utama.
"oh, ingatkan sampai besok kamu berdua nak berborak kat depan pintu ni,"Tan Sri Zahir memerli isterinya.

"betul tu, Zahir. Kaki aku ni pun dah lenguh juga..memanglah kalau kaum perempuan dah berborak sakan memang tak ingat benda lain dah"tambah Doktor Arif pula. Mereka berdua berlalu masuk ke dalam.

" kuat menyakat betul mereka tu, dari muda sampai ke tua..tak berubah perangai.."kata Puan Sri Rayna.
"biasalah tu,Ina. Kalau mereka berdua tu dah berjumpa, memang bergabung tenaga lah mereka nak menyakat"komen Puan Zakiah.
"betul tu, jom masuk,"
*********************************************

"mana Ian ni?"gumam Puan Sri Rayna. Matanya melilau mencari kelibat anak tunggalnya dalam kalangan para tetamu.
"ah, tu pun dia"katanya sendiri selepas berjaya mengenal-pasti kedudukan anaknya.
"Ian, mari sini"panggilnya lagi. Anak tunggalnya menoleh ke arahnya lalu berjalan ke arahnya.
"ada apa mama?"tanya anak tunggalnya itu.

"jom, your fiancee dah sampai.."ajaknya. Anak lelakinya itu sekadar menurut tanpa banyak soal.


"Zakiah, ni kenalkan anak aku..Zariq Iz Rayyan"Puan Sri Rayna memperkenalkan anaknya. Zariq sekadar menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Ekspresinya hanya dingin dan tenang.
Dania yang dari tadi bermain game Candy Crush di telefonnya pantas mengangkat kepala memandang si empunya nama yang sangat familiar di telinganya. Matanya terbelalak tidak percaya. Hampir dia terjerit.
"Ketua Pengawas...."ucapnya tanpa sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience