BAB 2

Romance Completed 10859

"handsome gila abang Zariq tu, baru tengok dari jauh..jantung aku dah macam nak keluar..kalau tengok dari dekat confirm boleh koma"pergh...macam peluru berpandu Fairah melontarkan pujian. Dan merapu juga. Adakah patut boleh koma? tak patut..tak patut.
Dania menggeleng - geleng. 'gedik pulak kawan aku ni, buat malu aje'desis hati Dania. Nasi lemak disuap ke mulut. Dia makan dengan lahap. Fairah pula menopang dagu sambil tersenyum - senyum. 'sah dah angau minah ni,' batin Dania.
"woi, Fairah..Kau makanlah. ngeri aku tengok kau sekarang ni, macam tersampuk jin..tersenyam - senyum."Dania berkata selamba. Dia menyuapkan lagi nasi lemak ke mulut. Bercakap - cakap juga, perut tu kena isi juga.
Fairah mencebik. "kacau daunlah kau ni, Danny"marah Fairah. Nasi lemak disuapkan ke dalam mulut.
"aik, aku pulak.."Dania tersengih. Penutup botol mineralnya dibuka. Air mineral di minum sampai setengah.
**********************************
Mulutnya begitu enak mengunyah chewing gum tanpa rasa bersalah kerana sudah melanggar peraturan. Memang peraturan di sekolah ini begitu mengada - ngada. Makan chewing gum pun tak boleh.
Dia duduk menopang dagu. Guru yang mengajar di depan tidak di beri perhatian. 'malas nak belajar,'fikirnya. Dia memandang ke luar kelas.
"DARWISYA DANIA!!"jerkah satu suara lantang. Macam nak terlepas jantung Dania. Dia terus berdiri, "jawapannya A, cikgu Fatty"ucapnya lancar kerana terkejut. Cikgu Fatinah membeliakkan mata. Dia bercekak pinggang.
"kamu berkhayal waktu kelas saya,ye. sejak bila saya tanya soalan. Kamu siap mengunyah chewing gum lagi, kamu tau tak yang mengunyah gula - gula getah adalah dilarang. kamu mengelamun atauun tidur setiap kali kelas saya. Kalau kamu dapat A subjek saya tak apalah, ini tak markah nyawa - nyawa ikan.."and blablabla..'gila panjang leteran cikgu Fatty hari ni, boleh cair taik telinga aku'getus hati Dania. Bebelan cikgu Fattinah tidak masuk langsung dalam otak. Dia hanya mengangguk buat - buat dengar.
"terangguk - angguk. dah, kamu pergi kemas kantin sekarang. Lepas tu, jumpa saya. Saya nak buat perhitungan dengan kamu,"arah Cikgu Fatinah garang. Dania buat muka minta simpati.
"alah cikgu. maafkanlah saya, saya janji tak buat lagi"Dania merayu siap buat muka seposen. Beberapa orang pelajar senyum mengejek kepadanya. Dania membeliakkan mata mengugut mereka. Pelajar yang senyum mengejeknya lantas tertunduk dan kembali menghadap papan tulis. Tidak berani menoleh ke belakang memandangnya.
'tau takut. Ingat aku tak nampak korang mengejek aku,'katanya dalam hati.
"dah jangan nak buat muka sangat, cepat pergi sebelum saya tambah lagi denda kamu"bentak Cikgu Fatty sambil menghentak meja kuat.
"kambing naik motor jatuh longkang"latah Dania. 'haish,cikg oku ni..main hentak - hentak pulak..buat jatuh saham aku aje melatah'bebelnya tidak puas hati dalam hati.
Dengan penuh keterpaksaan, Dania mengorak langkah menuju kantin. "Alangkah malangnya nasib ku, menjadi kuli batak"dia berkata sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience