BAB 1??

Romance Completed 10859

"Danny..Danny, bangunlah" ujar suara itu sambil badannya digoncang - goncang. 'Alamak aii, minah ni. Aku nak tidur pun tak senang, baru aje aku mimpi GD nyanyikan aku lagu Untitled..habis punah mimpi aku'bebelnya dalam hati. Dengan penuh keterpaksaan dia membuka mata.
" aku dah bangun, puas hati?"getusnya dengan suara parau. Maklumlah baru bangun tidur. Rasa geram terhadap si penghancur mimpinya masih bersisa. Sahabat dunia akhirat merangkap si pengacau daun datenya dengan GD dijeling tajam.
Fairah tersengih sambil menayang peace. "ala Danny, chillah. Aku bangunkan kau ni sebab aku sayangkan kau. Tadi kau kata kau laparkan, jom makan. Dah waktu rehat ni. Selamba badak aje kau tidur waktu cikgu Fatty mengajar. Nasib baiklah mood cikgu Fatty hari ni tengah baik jadi dia lepaskan kau."ujar Fairah panjang lebar.
Dania hanya jungkit bahu. Tudung sekolahnya dibetulkan. Dia menguap kecil. Kaca mata yang tergeletak di atas buku teks yang dibiarkan terbuka dicapai lalu dipakai. Buku dan alat tulis disimpan di dalam beg galas berwarna hitam.
"jomlah, aku lapar tahap tak hingat dah ni. Dah main segala genre muzik dah"kata Dania sedikit merapu. Fairah menurut. mereka berdua berjalan keluar daripada kelas dan menuju kantin sekolah.
????????????????
"wei, tutup lah mulut tu. lalat masuk baru tau. Jomlah pergi pondok, aku lapar ni. cepatlah," ujar Dania sedikit memaksa. Fairah sepertinya tidak mendengarkan apa yang dikatakan Dania, dia terpaku dan ternganga. Suara Dania seperti angin lalu sahaja baginya.
"sial lah kau, kau bluetick aku.."ucap Dania geram. Dia menepuk bahu Fairah kuat. Tersentak Fairah. Macam nak luruh jantungnya.' Kurang asam punya kawan, aku tengah syok usyar ketua Pengawas dia pergi kacau daun pulak' bebel Fairah tak puas hati.
"Kau ni, kacau lah. Aku tengah syok usyar abang Zariq kau pergi kacau pulak."ujar Fairah. Dia cemberut. Dania membelalakkan. mata.
"Kau ni, kau ingat tengok Ketua pengawas tu boleh kenyang. Dahlah aku lapar nak makan. jom blah"ajak Dania. Lebih tepatnya memaksa. Fairah diseret. kalau diikutkan sangat Dania tu, sampai ke sudah mereka tak makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience