BAB 13

Romance Completed 10859

"Danny, aku Chaw dulu..bye"Fairah melambai tangannya ke arah Dania yang sedang duduk di stesen bas. Fairah masuk ke perut kereta lalu kereta itu laju membelah jalan.
Dania mengeluh.'ala..macam mana ni, takkanlah aku nak balik naik bas sensorang, mana pernah aku naik bas sensorang ni..selalu dengan Angah..Angah ni, kenapalah nak sakit hari ni..kenapa bukan minggu depan ke..?minggu depan kan cuti..haish'panjang bebelan Dania walaupun cuma dalam hati. Kalau luah depan - depan, tak pasal - pasal dia kena bawa pergi rumah sakit jiwa. Cakap sorang-sorang.
Di stesen bas ada tiga orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki. Sama - sama menunggu bas. Jam tangannya di kerling. 'aduii, aku dah lapar ni..'keluh Dania lagi. Tangan kanannya mengusap perut.
Pip..Pip..Bunyi hon membingitkan telinga Dania. 'siapa pulak main hon ni..?'Dania menggerutu. Matanya memandang tepat ke sebuah kereta Toyota Camry berwarna putih yang terparkir tidak jauh dari situ. Dania tidak mengenali kereta itu. Dia mengalihkan pandangan daripada terus melihat kereta itu.
Tidak lama kemudian, bas sekolah sudah tiba dan sudah berhenti di hadapan stesen bas. Dania berdiri. Beg galasnya yang berwarna hitam di pakai. Dia bersama empat orang pelajar yang bersama - samanya menunggu berjalan menuju bas. Dua orang pelajar perempuan itu sudah terlebih dahulu naik ke dalam bas.
Baru sahaja dia ingin menjejakkan kakinya ke atas tangga bas, beg galasnya terasa ditarik kuat dari belakang. Tubuhnya turut terdorong ke belakang oleh kerana tarikan kuat pada begnya. Dia menoleh memandang si penarik beg yang kurang sivik itu.
"Ketua Pengawas..? Apa masalah ketua pengawas ni main tarik - tarik beg orang..?Ingat beg aku ni tali ke..?nasib baiklah tak koyak..Kalau koyak, ketua pengawas nak ganti ke..? Nak ganti..?"bebel Dania. Dia berpeluk tubuh. Tangan Zariq masih memegang beg galas Dania. Zariq seperti biasa dengan muka dingin nan datarnya itu. Beberapa orang pelajar yang berada di dalam bas sudah memfokuskan mata mereka pada dua hero dan heroin itu.
Bermacam - macam andaian dalam fikiran mereka. Berita panas ni..
Pip..Pip..Bunyi hon bas sudah dibunyikan. Isyarat supaya Dania cepat naik. "lepaslah, Ketua Pengawas..pakcik bas tu dah hon..tinggal pulak aku nanti"gesa Dania. Zariq masih dengan wajah datarnya.
"tak nak naik ke..?"jerit si pemandu bas.
"Tak.."jawab Zariq bagi pihak Dania. Beg galas Dania ditarik menyebabkan Dania juga terbawa mengikuti Zariq menuju ke keretanya.
"nak bawa aku pergi mana ni..? Ala..bas dah tinggalkan aku"Dania kalut. Zariq hanya bungkam.
Pintu kereta Toyota Camry sebelah penumpang di buka. "Masuk.."arahnya singkat.
"kenapa pulak aku nak masuk..? aku nak balik lah"
"aku hantar kau balik.."Zariq membuat isyarat mata supaya Dania segera masuk.
Dengan penuh terpaksa, Dania mengikuti arahan Zariq. 'kereta ketua pengawas 0°c ,rupanya..'fikirnya.
Zariq memasuki perut kereta. Enjin kereta dihidupkan. Lalu, dia memandu kereta meninggalkan tempat itu.

"ekhem.."Dania berdehem. Suasana hening di dalam kereta membuatkan Dania tidak selesa.
"Ketua Pengawas, apasal kau nak hantar aku balik..?"Dania memandang Zariq yang fokus memandu.
"kau tak biasakan naik bus sorang - sorang..lagipun dah tanggungjawab aku."jawab Zariq. Matanya masih setia menghadap depan.
Dania jungkit kening. "Tanggungjawab..?"

Zariq terasa ingin meluku kepala si cik Tunangnya itu. "Yes, sebab kau kan tunang aku.."
Dania diam. Pandangannya dialihkan ke tingkap kereta. Jantungnya berdegup laju apabila mendengar sebaris ayat yang terpacul dari bibir Zariq.


*************

"Ketua pengawas, jomlah singgah. Lunch sekali. Mesti Umi aku happy kalau kau join lunch sekali dengan kitorang"ajak Dania.

Zariq berfikir sejenak. "tak pe ke?"

Dania mengeluh. "jomlah..ni sebagai tanda terima kasih aku, sebab kau dah hantar aku balik"gesa Dania.
Akhirnya, Zariq mengangguk.

"Assalamualaikum, mak cik"Zariq memberi salam. Dia menundukkan kepala sedikit tanda hormat.
Puan Zakiah tersenyum ceria. Gembira berjumpa bakal menantunya itu. "Waalaikumsalam. Ian..janganlah panggil makcik, panggil Umi je." Damia yang berdiri di sebelahnya itu terbatuk - batuk sambil tersenyum nakal.
Dania memandang geram kakaknya. "kenapa Angah..?Angah terkena penyakit TIBI ke..? lain benor bunyi batuknya"sindir Dania.
Laju lengannya di cubit. "au..au..sakitlah Umi"Dania meringis sakit. Berbisa betul cubitan Uminya.
"ha..sapa suruh mulut tu celupar, pergi doa bukan - bukan untuk Angah"Puan Zakiah berkata selamba.
"Ian, jomlah masuk makan.."ajak Puan Zakiah ramah. Zariq hanya mengangguk.

"Umi, rasa - rasanya bila eh, Umi dengan aunty Ryna nak langsung majlis Zariq Ngan Adik. Lagipun dah lama sangat Dorang tunang.."Damia sudah mula hendak mengusik Dania dan Zariq. Dania memandang geram Damia yang duduk di sebelah Puan Zakiah.
'Angah ni betul - betul sakit ke..pura -pura sakit..main usik - usik orang pulak'desis hati Dania.
"entahlah..awal plan lepas Ian Ngan Adik dah tamat belajar dapat kerja.."Puan Zakiah menjawab dengan bersahaja.
Damia ukir senyum. "lambat sangatlah Umi..tak de tarik yang awal sikit ke..?"Damia memberi cadangan. Dania dan Zariq sudah menghadiahkan Damia pandangan super tajam. Amboii, sehati sejiwa nampak..!
"alaa..yang Angah nak sibuk apasal..?yang nak kahwin Adik dengan ketua pengawas..tapi Angah pulak nak melebih. Ke Angah yang nak kahwin..?kan ke Angah dah ada calon.."Dania senyum jahat. Keningnya dijungkit - jungkit. Sengaja membakar hati Angahnya.
"mana ada.."nafi Damia pantas.
"eleh..nak nafikan konon. Kan ke nama dia..Hadi.. eh lupa pulak, Hadi apa eh?"Dania kerut dahi pura - pura lupa.
"ketua pengawas, nama dia sapa eh..?"Dania buat isyarat mata agar Zariq ingin bersama - sama dengannya menyakat Damia.
Zariq faham. "Hadi Erzan.."ujar Zariq tenang.
"ah..tu lah..Hadi Erzan..calon Angah. "
"betul ke Angah..?tak bagitau Umi pun, dah pandai ye, bercinta - cinta sembunyi -sembunyi"Puan Zakiah yang sejak tadi diam mula bersuara.
"mana ada, Umi. Adik ni mengarut..mana ada"Damia sudah kalut
Sejak bila pula dia couple dengan mamat buaya tu..?minta dijauhkan lah..
Dania tergelak. Lucu melihat wajah kalut dan takut kakaknya. 'sapa suruh kenakan Adik dulu, kan dah kena..'
Zariq rasa tercuit melihat Dania tertawa. Nampak comel aje.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience