BAB 14

Romance Completed 12664

Lihatlah dirinya, semua ringkas! Kalau tidak kerana wajah yang seakan-akan, tentu hubungan antara dia dan Faiz disalah tafsir sebagai rakan. Saiz fikizal mereka yang kelihatan lebih kurang sahaja tentunya menyokong fakta itu. Bukan sahaja cara berpakaian malah sifat juga jauh berbeza. Dia lebih banyak memerhati dan hanya berbicara bila perlu. Jika dia merasa selesa dengan seseorang, barulah rasa segan beransur hilang. Ada kemungkinan juga, dia takkan teragak untuk meluahkan sebarang pendapat.

“Rilekslah abang Ayil. Ada orang melabur tadi. Terpaksalah adik korbankan masa untuk tunggu dia,” perli Nana sambil tersengih-sengih. Seronok berpeluang mengusik abang keduanya.

“Alah, guna nama abang Mi nampak. Bukan orang tu ke yang lambat sebab dandan rambut?” Tempelak Faiz sambil tayang muka poyo. Suka hati bila tiba giliran untuk menyakat Nana. Seperti yang diduga, adik bongsunya akan tarik muka.

“Hish, dah-dah lah tu. Jom kita gerak. Sempat makan dulu sebelum tengok movie ni. Perut Abang Ayil dah bunyi gluk gluk,” terjuih-juih mulut Nazril tatkala cuba mendemostrasikan bunyi yang galak menepuk-nepuk dinding perutnya. Mana taknya, tunggu budak dua orang ni dekat setengah jam.

Tergelak Faiz dan Liyana melihat raut wajah abang sulung mereka. Buruk benar rupanya. Muka tampan pun jadi lucu.

“Lawa sangatlah abang Ayil wat gitu,” usik Nana dalam gelak.

“Muncung tu yang mahal tu,” tokok Faiz pula.

Mereka memang sepakat kalau bab mengenakan Nazril. Abang sulung yang pendiam dan penyabar ini sekadar tersenyum. Lantas mereka seiringan menuju ke stesen LRT berhampiran. Tiga beradik ini benar-benar berharap agar rancangan hujung minggu mereka akan berlangsung dengan jayanya. Baru minggu ini kalendar aktiviti mereka memberikan kerjasama yang baik. Kalau tidak, ada-ada sahaja urusan yang lebih penting untuk dilakukan. Agenda persatuanlah, perwakilan pelajarlah. Huish…

Selesai menonton wayang, mereka masuk ke dalam satu persatu butik. Mencuci mata dengan melihat apa sahaja keluaran terbaru yang ada. Bukan hendak membeli pun, setakat hilangkan kebosanan. Sampai kaki dah tak larat nak jalan, barulah tiga beradik ini mengambil keputusan untuk pulang.

“Abang Ayil, Nana laparlah. Kita pergi makan dulu boleh?” Pinta Nana sewaktu mereka sedang bersiar-siar di sekitar jalan yang sentiasa sesak dengan kehadiran pelancong itu. Alang-alang keluar, biar sampai puas.

“Boleh dik. Lepak kat warung okey? Cari nasi pulak,” cadang Nazril.

Faiz yang sedang membelek aneka jam tangan hanya mengangguk tanda setuju. Matanya kelihatan kuyu sikit. Mengantuk agaknya, semalam beria mengulangkaji sampai pukul dua. Nazril setia menemaninya dan membancuh segelas kopi untuk menyegarkan mata.

“Wah! Kenyangnya. Balik rumah pun senang hati,” ucap Nana selamba sambil menepuk perutnya.

“Eh budak kecik ni. Tak senonoh,” bebel Faiz Kurniawan. Nazril mengusap rambut Nana. Mereka tersenyum-senyum. Bahu Faiz Kurniawan yang mula menguap itu dipaut mesra.

“Hai ada orang dah ngantuk. Jomlah kita balik,” ajak Nazril.

Dua adik kesayangannya itu mengangkat tabik. Tanda hormat pada abang sulung mereka yang sangat sporting. Keluar bersama Nazril membuatkan mereka rasa selamat. Sifat melindungi Abang Ayil mereka terlihat ketara.

Berdetap laju jantung Nazril bila terpandangkan pancaran cahaya yang menerangi horizon. Dia gusar. Pandangannya dihalakan pada Faiz dan Nana yang sedang keletihan. Mungkin dua adiknya tidak menyedari apa yang sedang dia lihat. Kemas, dipimpinnya tangan dua adik kesayangan. Enggan meninggalkan mereka walau apa sahaja kemungkinan bakal berlaku.

“Eh? Terangnya bulan malam ni?” Komen Faiz kepelikan sambil menggenyeh mata. Adakah dirinya sedang khayal? Serentak dengan pertanyaan itu, Nazril merasakan kesakitan pada tapak tangan kirinya. Sebaris nama bagaikan bergema menampar gegendang telinganya.

“Putra Indera Syah,” selintas nama itu bergema dan terus bergema hingga Nazril merasakan tubuhnya seakan melayang.

“Abang Ayil!” Jeritan itu didengari sayup-sayup.

Yang dia tahu, tangannya sudah terlepas dari terus memimpin kedua-dua adiknya. Faiz Kurniawan dan Nana terpana. Ke mana abang Ayil mereka sudah pergi? Takkan Nazril yang elok-elok ada bersama mereka boleh hilang sekelip mata? Segalanya terlalu sukar untuk diterima akal!

“Apa? Macam mana boleh hilang? Mi dengan adik jumpa penjahat ke?” separuh bertempik Ly Anne Nafisa mendengar berita yang baru sampai ke pengetahuannya lewat malam itu. Arjuna yang sedang lena di sebelahnya terjaga tiba-tiba. Perkataan hilang meleburkan segala mimpi dalam lenanya.

“Tak mama. Mi tak tahu nak cakap macam mana. Abang Ayil tengah pegang tangan Mi dengan Nana. Masa nampak cahaya kat kaki langit, abang Ayil suruh berhenti kejap. Lepas dia mengadu sakit, tiba-tiba cahaya tadi hilang. Abang pun lesap sekali,” bergetar naluri keibuannya. Apatah lagi setelah mendengar suara serak Faiz Kurniawan. Anak keduanya bagaikan baru lepas menangis. Telinga Fisa juga menangkap esakan puteri tunggalnya, Nana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience