BAB 8

Romance Completed 12722

Hanum Cahaya dan Laksamana Suria Syahazan tak berkelip memandang Ly Anne Nafisa. Gadis ini sungguh berbeza daripada mereka semua. Baik dari segi cara berpakaian, dandanan rambut serta aksesori. Fisa membatukan diri. Dia sekadar menunduk.

Menyedari ada sesuatu yang harus dilakukan sebagai cara untuk menunjukkan rasa hormatnya sebagai tetamu mereka, dia tunduk dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa Arjuna.

“Selamat datang ke Bentara. Sungguh bersopan tertibmu,” puji Hanum Cahaya sambil tersenyum.

“Kamu sungguh bertuah wahai perawan manis. Anakanda kami telah terpaut hati kepadamu. Mengertilah sahaya mengapa Arjuna bersungguh mahu bersama kamu. Izinkan sahaya bertanya satu perkara. Adakah kamu selesa di sini?” Kata-kata Laksamana Syahazan pantas menimbulkan kelegaan di hati Fisa.

Mungkin ayah teman lelakinya ini mahu menguji kebolehnnya menggunakan bahasa baku. Tidak menjadi masalah lantaran pengalamannya sebagai pendebat di peringkat negeri banyak membantu.

“Sahaya merasa teramat berbesar hati menerima penghormatan ini. Sebesar tapak tangan, nyiru sahaya tadahkan untuk menjadi tamu di Bentara. Sesungguhnya tiada bicara yang mampu mengumpamakan perasaan sahaya. Usahlah kalian risau, kerana segalanya terlalu indah,” jawab Fisa sambil mengukir senyuman manis. Arjuna menarik nafas lega.

Hebat sungguh teman wanitanya ini. Tidak kekok berbahasa baku. Tentu sahaja Fisa padanan yang tepat buat dirinya. Panca sekadar memerhatikan dari jauh. Dia merasa lucu melihat wajah gelabah Arjuna dan Fisa.

Ujian yang dirancang oleh ibu dan bapa saudaranya menjadi. Nyata sepupunya tak salah pilihan, apabila teman wanita jejaka itu bijak menghormati orang tua dan pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.

“Izinkan sahaya memohon satu perkara kepada kalian,” pohon Ly Anne Nafisa lembut.

“Silakan,” ujar Hanum Cahaya mesra.

Dia dan suaminya menyenangi keperibadian Fisa. Pandai menyesuaikan diri meski baru pertama kali bersua muka dengan mereka.

“Bagaimanakah sahaya harus menggelarkan kalian berdua? Jika di dunia biasa, kami memanggil orang yang lebih tua dengan mak cik, pak cik,” tergelak kecil Laksamana Syahazan mendengar bicara gadis ini. Sungguh petah.

“Usah khuatir. Kamu boleh menggelarkan kami demikian,” sahut Suria Syahazan lalu tersenyum.

“Akan tetapi sudikah kiranya kamu membahasakan kami sebagai ayahanda dan bonda? Kami lebih gembira mendengar bicara sedemikian lantaran tiada rezeki dikurniakan seorang puteri. Mahukah kamu menjadi sebahagian daripada keluarga ini? Menjadi anak perempuan kami?” Fisa sungguh tersentuh.

Dia terharu mengenangkan penerimaan keluarga Arjuna terhadap dirinya. Mereka sungguh baik hati.

“Dengan besar hati, bonda. Terima kasih atas penerimaan kalian terhadap sahaya,” bicaranya tulus.

Hanum Cahaya segera mendakap Fisa. Dia membisikkan sesuatu yang cukup membuatkan jantung gadis itu berdegup kencang.

“Wahai puteriku, sudikah kamu menerima suntingan kami? Menjadi suri hati Arjuna, menemaninya buat seumur hidup,” kata-kata Suria Syahazan tidak mampu dinafikan. Sememangnya dia begitu mencintai Arjuna.

“Anakanda sudi, ayahanda. Namun, restui anakanda menamatkan pengajian terlebih dahulu. Anakanda tidak betah menghampakan harapan ibu dan abah di sana,” tutur gadis itu sesopan mungkin. Cahaya bahagia terpancar di matanya dan juga Arjuna.

“Kami merestui anakanda,” serentak Suria Syahazan dan isterinya bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience