BAB 1

Romance Completed 12664

“Jika satu saat nanti kau ditimpa kesusahan, jangan risau Ketahuilah aku akan sentiasa di sisimu..’’

Dan saat ini telah menyaksikan segalanya berakhir. Dengan sekelip mata, segala yang mereka miliki hilang begitu sahaja. Penat lelah dan perit jerih terkubur bersama satu pengkhianatan. Kegigihan mereka membina impian hanya tinggal menjadi debu harapan.

Si gadis hanya mampu tergamam, longlai. Kakinya masih terpacak, bagai ada naluri yang menghalanginya dari terus melangkah. Redup pandangan mata bulatnya menatap banglo mewah berwarna putih itu. Kediaman keluarga yang begitu selesa dan indah terpaksa ditinggalkan kini. Dia mengamati wajah muram satu persatu ahli keluarganya. Ibu, jangan bersedih. Semua ini hanya permulaan buat kita sekeluarga.

Abah, jangan merasa bersalah, ini bukan kehendak kita. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Tanpa dugaan, hidup bagaikan tiada erti. Tak bermakna hidup manusia itu sekiranya dia begitu mudah mendapat apa yang dihajati. Ly Anne Nafisa, kau perlu tabah. Jangan tambahkan beban ibu dan abah kau! Kuat kata hatinya bergema memenuhi ruang fikir.

“Sudahlah, Leesa. Jom kita mulakan sesuatu yang baru. Fisa, jom sayang," lembut abah berkata sambil memimpin tangannya. Ibu mengangguk perlahan.

“Baiklah, abang. Fisa, sekarang hidup kita dah tak macam dulu lagi tau,” ungkap ibu sambil memandang wajahnya. Ibu tak pernah mengeluh. Wajah lembut wanita ini sering dihiasi dengan garisan senyum. Tangan wanita itu mengheret bagasi yang berisi pakaian.

Ketiga-tiga beranak ini melangkah. Hanya lambaian terakhir disematkan buat kediaman mewah yang didiami mereka selama ini. Belum pun jauh mereka berjalan, Fisa mematikan langkah. Dia berpaling semula menghadap banglo mewah tersebut.

“Jumpa lagi nanti! Aku sayang kau!” Laung gadis comel ini sambil tertawa girang.

Tangannya melambai-lambai banglo itu penuh perasaan. Tanpa sedar, air mata hampir menitis di pipi abah dan ibunya. Sekadar pamitan itu mampu mengiringi pemergian mereka. Hanya ucapan selamat tinggal mampu dilafazkan. Betapa dalamnya kasih sayang buat rumah itu. Memori mereka sekeluarga bersemadi bersama derapan langkah kaki tiga orang insan.

Setelah bersusah payah mencari rumah yang sesuai untuk disewa, akhirnya mereka berjaya mendapatkan tempat tinggal. Tidaklah begitu selesa, namun masih layak untuk dijadikan tempat berteduh. Cukup untuk menempatkan mereka bertiga. Untuk mengalas perut pula, tiga beranak ini hanya makan ala kadar sahaja.

Makanan ringkas seperti roti merupakan pilihan terbaik. Hendak buat bagaimana, mereka hilang punca pendapatan. Berapa sangatlah wang yang tinggal dalam akaun mereka bertiga. Segalanya perlu digunakan secara berjimat cermat bagi memastikan wang yuran kolejnya boleh dilangsaikan.

“Ibu, Fisa nak keluar sekejap ya,” gadis bertocang dua itu tersenyum lebar sambil meminta keizinan daripada ibunya.

Dia ingin mengambil angin di tasik belakang rumah untuk melegakan hatinya yang gundah. Segala kesuraman yang ditanggung biarlah disimpan sendiri. Mustahil untuknya menambahkan lagi beban perasaan ibu dan abah. Dia tahu mereka tidak mempamerkan kesedihan di depannya.

“Ya sayang. Baik-baik tau, jangan balik lambat sangat,” Ly Anne Nafisa mengangguk.

Lantas dia menyarung selipar dan menuju ke tasik indah itu. Jejaka berbadan tegap ini berhenti mengayuh. Dia melompat turun dari tempat duduk. Basikal birunya disandarkan pada sebatang pohon rendang. Sungguh indah ciptaan Tuhan.

Betapa untungnya dia, berhijrah ke sini untuk keluar dari kepompong hidup yang amat membosankan lalu menemukan perkara indah begini. Dia membelek-belek kasut Converse yang baru dibeli semalam. Tampak sesuai dengan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience