BAB 6

Romance Completed 12664

Berulang kali Arjuna berusaha memujuk bonda dan ayahandanya agar dapat menemui Ly Anne Nafisa yang dirindui. Bonda telah bersetuju namun, ayahanda masih enggan mendengar rayuannya. Malahan, ayahanda mempertikaikan darah pahlawan yang mengalir dalam tubuhnya lantaran kesanggupan untuk merayu demi wanita yang dicintai. Tetapi hari ini, dia nekad.

Apa hendak jadi pun jadilah! Setiap manusia dikurniakan rasa cinta, ayahanda mesti sedar tentang hakikat itu!

“Jika kerana cinta ayahanda berpeluang mengahwini bonda, cinta kalian kesampaian dan mendapat restu nenda, mengapa tidak Arjuna diberikan peluang yang serupa? Apakah salah untuk Arjuna merasakan semua itu? Pernahkah ayahanda rasa sakit, sakit apabila merindui insan yang kita cintai. Pernahkah ayahanda merasakan bimbang, bimbang andainya sesuatu yang buruk berlaku sedangkan dia setia menunggu? Arjuna mohon pengertian ayahanda, Arjuna mohon. Izinkan kami bertemu sekali lagi,” terduduk jejaka itu merayu.

Kerana belas ikhsan yang masih tebal dalam hatinya, hampir saja Suria Syahazan bersetuju. Namun dengan satu syarat tertentu.

“Bawa menantu kami ke sini. Tetapi, Arjuna perlu menerangkan bahawasanya siapa kita yang sebenar. Tunjukkan kepadanya kebenaran, jangan sekali-kali heret dirinya dalam pembohongan anakanda. Andai dia menolak dirimu, maka pastikan sahajalah bahawa perawan itu tidak sesuai menjadi sebahagian daripada kita. Apa lagi untuk menjadi isterimu,” ucapannya habis di situ.

Laksamana Suria Syahazan lantas masuk ke kamar beradu. Hanum Cahaya menerpa ke arah anak terunanya.

“Berusahalah anakanda. Bonda yakin kamu mampu,” ciuman azimat seorang ibu singgah di dahi Arjuna. Dia merasakan ada kukuatan dari situ. Panca menghulurkan tangan lalu mereka bergenggaman seketika.

“Doaku sentiasa mengiringimu, Arjuna,” bisik jejaka itu sekilas sambil menepuk bahu sepupunya. Terkebil-kebil Fisa mendengar penjelasan jejaka di hadapannya ini.

Hampir pengsan dia mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Afzal Afifi. Sudahlah datang begitu sahaja, lengkap berpakaian seperti pahlawan zaman silam.

“Awak? Arjuna Indera Wahyu? Apa yang awak merepek ni?” terpinga-pinga gadis ini.

Kasihan dia melihat Afzal. Sudahlah pergi begitu sahaja tanpa sebarang pamitan, kini mengaku sebagai pahlawan pula. Kat manalah hendak dapatkan baju-baju begini? Jahit sendiri agaknya. Ngomel Fisa dalam hati.

“Memang jahit sendiri. Tukang jahit Bentara yang siapkan untuk kami. Setiap orang mesti ada persalinan yang sesuai untuk dirinya. Terutama untuk pahlawan macam kami,” jawapan yang meluncur keluar dari bibir Afzal membuat Fisa hampir tersedak.

Mengapa setiap kali dia mengata dalam hati, jejaka ini dapat meneka dengan tepat? Sudah banyak kali, adakah benar dirinya Arjuna? Seperti yang didakwa, lagipun tiada tanda jejaka ini sedang bersandiwara.

“Buktikan,” bicara Fisa selamba. Dengan penuh kegirangan, Arjuna membisikkan sesuatu ke telinga Fisa.

“Pejamkan mata,” Lembut tangan sasanya memegang jemari runcing milik Fisa. Hatinya melonjak girang. Bonda, ayahanda.. tunggu! Anakanda bawakan menantu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience