BAB 15

Romance Completed 12664

Serta merta terbayangkan wajah Nazril Akram, permata hati sulungnya itu. Ingatan terhadap senyuman Nazril meluruhkan air matanya tanpa disedari. Baru siang tadi mereka berbual-bual.

“Tunggu mama dan papa balik. Jangan buat laporan polis lagi. Kita selesaikan sama-sama ya sayang. Jangan panik. Jaga diri Mi dan adik,” saran Fisa. Suaranya kembali lembut. Rasa terperanjat buat seketika membuatkan lontaran suaranya sedikit meninggi. Dia tak dapat bersenang lenang lagi. Mereka harus pulang secepat mungkin. Kehilangan mendadak Nazril membuatkan hatinya tak tenteram.

“Abang, kita kena balik. Ayil hilang,” ucap Fisa dengan linangan air mata. Kebimbangan membuatkan dia tak mampu menjadi setenang suaminya. Selagi belum tahu punca sebenar kehilangan Nazril, selagi itu dia resah.

Membuntang mata Arjuna demi mendengarkan bicara serius isterinya. Dia dapat merasakan sesuatu di sebalik kehilangan Nazril. Adakah berkaitan dengan Bentara? Bermula dari detik ini, Arjuna tak habis berfikir.

“Nana tidur dulu ye dik. Jangan nangis dah. Abang Mi ada ni. Abang Mi takkan tinggalkan Nana,” Faiz Kurniawan sudah mati kutu untuk memujuk adiknya yang teresak sejak tadi.

Didakapnya Nana sambil mengelus rambut adik bongsunya itu. Perkara sedrastik tadi membuatkan Nana yang berusia tiga belas tahun ini ketakutan dan terkejut. Dia juga kaget menghadapi kejadian tersebut. Pelik juga jika difikirkan secara teliti, dengan logik akal bagaimana abang Ayil boleh hilang begitu sahaja. Setelah pasti Nana tertidur dalam pelukannya, Faiz Kurniawan membaringkan semula adiknya. Selimut ditarik lembut untuk memastikan lena adiknya tidak terganggu.

Di suatu destinasi… “Indera,” suara itu seakan berbisik pada pendengarannya. Serasa matanya bagai digam-gam. Terkatup rapat entah sejak bila. Bagai begitu lama dia telah berada di suatu lokasi asing yang belum pernah dijejaki sebelum ini. Hiasan dalaman kamar yang seakan-akan bilik putera zaman silam membuatkan Nazril tertanya-tanya di manakah dia berada kini? Semuanya tak terjangkau dek akal fikiran. Terpisat-pisat jejaka berpakaian moden ini bangun. Kelibat seorang gadis yang menghampiri membuatkan dia terduduk kembali. Wajah tersebut tak pernah dilihat seumur hidupnya. Siapakah ini? Dia berada di mana? Bagaimana dia boleh sampai ke sini?

“Silakan minum, Indera,” sekali lagi dia dilanda kepelikan. Indera? Perempuan ni salah orang ke?

“Jangan kamu merasa hairan wahai cucu ku. Putra Indera Syah adalah nama keduamu. Nama di alam Bentara. Jangan merasa khuatir lantaran adanya gadis manis ini. Nenda yang memanggilnya ke mari,” aduh!

Semakin berputar ligat segala objek di sekitarnya. Pening! Nenek yang selalu ditemuinya sudah berubah laku. Mengenakan busana penuh protokol. Menyatakan dia punya gelaran kedua? Malah berbahasa juga kedengaran baku! Apakah makna semua ini?

“Nenek? Ini Ayil lah nek. Bukan Indera,” ujarnya masih cuba menegakkan pengenalan diri.

Nazril sudah berada dalam kekeliruan sebenarnya. Dia tak betah berhadapan dengan situasi yang terlalu asing sebegini. Dan dia mahukan papa, mama, Faiz Kurniawan dan Nana untuk berada di sampingnya.

“Benar kamu Ayil. Namun lain tempat lain gelarannya. Sila jaga bahasamu di sini cucuku. Sekarang kita bukan lagi berada di dunia biasa. Ini adalah kampung halaman ayahandamu. Susur galur asal usul keturunanmu. Nenda perlu membawa kamu pulang terlebih awal dari waktunya. Bentara di ambang kemusnahan. Hanya padamu seluruh warga Bentara sandarkan harapan. Kamu akan menjadi pahlawan Tualang,” terkebil-kebil Nazril mendengar penjelasan neneknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience