BAB 2

Romance Completed 12664

Nuansa putih menonjolkan personalitinya yang sebenar. Tidak dapat dilupakan semalam, bagaikan orang asing, terjengah-jengah dia masuk ke dalam satu persatu butik yang terdapat di pusat membeli belah. Sempat juga diborongnya sebuah bag sandang, juga baju-T dan seluar khakis.

Gadis bermata bulat ini masih ligat membaling batu ke dalam tasik. Terhibur hatinya bila melihat percikan air naik ke permukaan. Burung-burung yang berkicauan menyerikan petang yang penuh damai. Suara mersik haiwan tersebut bagai mengajaknya berbicara. ‘dia orang ni faham isi hati aku agaknya,’ bisik Fisa pada dirinya sendiri.

Jejaka bermata bundar ini memegang dadanya. Terasa sungguh berdebar-debar. Bagai ada sesuatu yang tidak kena meracuni nalurinya. Telinganya bagai mendengar bisikan pilu, datang dari arah utara. Setapak demi setapak dia menapak. Jemarinya masih kuat memegang dada.

Nafasnya dihela berulang kali bagi memastikan segalanya berada dalam keadaan normal. Kaku langkahnya melihat seorang gadis sedang duduk di bangku. Comelnya dia, berpakaian serba merah jambu dengan reben menghiasi kepalanya, pengganti cekak rambut. Terdesis kekaguman dalam hati lelakinya.

“Boleh saya duduk?” suara yang menyapanya membuatkan lamunan Fisa terhenti. Entah masa bila lelaki ini tiba pun dia tak sedar.

Dari mana datangnya? Gadis ini sekadar mengangguk, mengiyakan permintaan jejaka itu. Anehnya, setelah mengambil tempat di sebelah gadis comel ini serta merta jantung si jejaka berhenti berdegup kencang. Yang ada cumalah kelegaan.

“Awak sedang bersedih?” Fisa tercengang seketika. Bagaimana pula lelaki ini mengerti isi hatinya? Ahli nujum apa? Sedangkan raut wajah jejaka itu bersahaja.

Tambahan pula, dia menayang lagak selamba. Fisa berpura-pura tidak mendengar pertanyaan jejaka itu. Fisa bangun. Kemudian diambilnya ranting halus lalu diukir pada pasir. Begitu mirip dengan wajah insan-insan yang dikasihi. Siapa lagi jika bukan ibu dan abah kesayangannya.

“Saya tahu siapa yang awak lukiskan,” ayatnya mati di situ. Renungan sepasang mata bulat itu membuatkan dia terpesona. Aku dah tersilap! Jangan terlalu menonjolkan kelebihan dirimu! Kata hatinya mendesah.

“Saya Ly Anne Nafisa, awak siapa ha?” tanya gadis itu ingin tahu. Dia menghulur salam tanda kagum dan hormat pada jejaka tinggi lampai ini.

“Emm..aa..emm..ehem, sakit tekak. Maaflah, saya Afzal Afifi,” tanpa ragu jejaka itu memperkenalkan dirinya.

“Panggil apa?” Petah gadis itu bertanya lagi.

“Panggil saja Afzal. Dan awak?” Fisa tertunduk malu. Dalam senyuman dia membalas.

“Fisa,” ujarnya malu-malu kemudian berlalu begitu sahaja meninggalkan Afzal.

Rambutnya disisir ke tepi. Hitam berkilat separas leher. Dari tadi dia menjengahkan kepala ke luar tingkap bagi melihat sama ada sahabat baiknya telah pulang atau belum. Sambil menunggu masuknya waktu solat Maghrib, dia membelek-belek beberapa bilah keris yang tersisip rapi dalam sarungnya.

“Assalamualaikum, Afthar!” Laungan itu cukup untuk membuatnya lega. Lantas dia menuju ke ruang tamu dan membuka pintu.

“Waalaikumussalam, Afzal. Panjang ya umurmu,” sempat pula Afthar membebel. Afzal hanya tersengih. Kepulangan yang agak lewat tidaklah sebegitu janggal jika hendak dibandingkan dengan pengalaman yang baru dialaminya sebentar tadi.

“Jadi, maksudmu kamu berdua mempunyai telepati? Benarkah bahawa kamu dapat mendengar nalurinya?” Soal Afthar sambil memerhatikan sahabat baiknya dari atas ke bawah.

“Iyalah, masakan tidak. Suara yang berbisik di telinga aku sungguh mirip dengan suara perawan manis itu. Apabila aku duduk di sebelahnya, langsung hilang getar di dada. Cuma redup sahaja hati ini,” beritahu Afzal bersungguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience