BAB 13

Romance Completed 12664

Dunia biasa…lapan belas tahun berlalu.

Jejaka ini sabar menunggu adik-adik kesayangannya bersiap. Kata nak cepat? Tiket wayang pun dah ditempah awal-awal. Kelmarin begitu bersemangat nak tengok filem High School Musical 3. Entah apa yang budak-budak itu lakukan lagi agaknya? Lama benar bertapa. Suai padankan baju ke?

Dia meneliti penampilan sendiri. Dari bawah ke atas. Cukup dengan sneakers putih, seluar jeans dan baju-T polos. Lima minit pun dah beres. Sederhana dan memudahkan langkah. Rambut lurusnya selesa dibiarkan panjang sedikit melepasi leher. Tak perlu terlampau stail. Tanpa calitan warna asing hitamnya kekal semulajadi.

Dia meraba-raba kocek seluar apabila nada dering menandakan mama menelefonnya. Tersenyum-senyum dia mengenangkan kedua ibu bapa yang sedang bercuti di Terengganu. Pandai mama dan papa berbulan madu kali kedua, tinggalkan dia untuk menjaga adik-adik. Tetapi tanggungjawab yang digalas langsung tidak mendatangkan masalah kerana mereka tiga beradik sememangnya akrab dan selesa meluangkan masa bersama.

“Assalamualaikum Ayil,” suara lembut mama memang membuatkan hatinya sentiasa merindu.

“Waalaikumussalam. Mama ngan papa sihat?” dia sengaja menyoal soalan lazim itu.

“Sihat. Papa tengah mandi tu. Ayil dengan adik-adik dah makan? Kat mana dah?”

“Belumlah ma. Tak gerak pun lagi. Tengah tunggu budak bertuah dua orang tu ha. Entah mende yang diorang tengah buat,”

Adunya pada wanita yang paling memahami dirinya. Kedengaran suara tawa dari hujung talian. Sedang dia melilaukan pandangan, kelibat adik-adik membuatkan sengihannya makin lebar.

“Mama, dorang dah turun. Nanti Ayil telefon semula. Sampaikan salam kitorang kat papa. Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam. Kirim salam kat adik-adik tau,”

“Okey, mama. Take care, love you very much,” dia mematikan talian.

Seorang remaja lelaki dan perempuan terpacak di depannya. Kepalanya digelengkan. Konon geram kerana banyak masa yang dibazirkan untuk menunggu mereka.

“Apa korang buat kat atas lama sangat? Dah longgar tulang lutut abang Ayil,” seloroh Nazril Akram lalu memaut bahu kedua orang budak bertuah itu.

Sempat mindanya menganalisa penampilan Faiz Kurniawan, adik keduanya serta Nurlin Liyana adik bongsu mereka. Patutlah lambat. Dua-dua melaram! Si Faiz Kurniawan memang menitikberatkan penampilan. Rambut pacak dirapikan dengan gel. Teringat pula iklan Brylcreem, masih terpacak? Hahaha…nyaris dia tergelak.

Tak hairanlah kalau adiknya ini memenangi hati ramai gadis bawah umur. Belum habis sekolah dah berderat peminat. Ditambah lagi dengan sikap ramahnya yang menyenangkan. Penampilan Faiz memang kemas sentiasa. Kemeja pelbagai jenis dan seluar jeans sinonim dengan gaya kasual maskulin adiknya itu. Berbeza sungguh penampilan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience