3: Demi Janji

Romance Series 15498

Cynthia merenung baju kahwin yang tersarung di tubuhnya. Putih dan sangat cantik. Bahagian bahu gaun itu sedikit terdedah, tetapi di bahagian dada pula dilitupi 'cape'. Kena dengan bentuk badannya yang sedia langsing. Wajahnya pula disolek, namun tidak sampai menutup kecantikan semulajadinya.

Dia kini bersendirian di dalam bilik. Cepat benar masa berlalu. Segala urusan perkahwinan siap diatur oleh pihak bakal suami. Sejak Thia membuat keputusan yang bakal merubah 180 darjah kehidupannya, segala tindak tanduknya dikawal rapi.

Dari tukang jahit baju kahwin, hinggalah jurusolek. Semuanya diupah oleh Hans. Thia tidak dibenarkan pun untuk membantah. Bertanya soalan juga tidak mampu memandangkan kesemua mereka hanya membisu dan menjalankan arahan. Sungguh Thia berasa terkongkong.

Andainya dia mampu melarikan diri dari sini, dia tidak perlu dinikahkan tanpa rela. Tapi soalnya, ke mana? Macam mana pula dengan nasib mama? Thia terduduk, matanya terasa berat. Penat dia menangisi nasib hidupnya.

Jakob menguak pintu bilik setelah lama menunggu di ruang bawah. Dilihatnya Thia sedang termenung dan mengesak kecil di tepi katil. Jakob mengeluh berat. Dia juga masih tidak mengerti akan rancangan Hans. Siapalah gadis malang ini, apa kaitan dia dengan Hans?

"Cepat. Semua orang dah tunggu." ujarnya tegas. Perasaan simpati harus ditolak tepi sewaktu menjalankan tugas.

Thia menjeling Jakob sejenak. Tak dinafikan Jakob agak terkesima dengan kecantikan bakal isteri tuannya ini. Cuma wajahnya yang agak mendung, menandakan bahawa gadis itu benar-benar sedang dalam kesedihan.

"Tuan awak memang gila." gumam Thia perlahan. Badannya masih kaku di birai katil. Kalau boleh dia tidak mahu langsung keluar dari situ. Hatinya langsung tak gembira. Entah kepada siapa dia bakal menyerahkan seluruh hidupnya ini.

"Aku tak nak dengar lah! Boleh gerak sekarang tak sebelum aku heret kau?!" jerkah Jakob lagi.

Walaupun agak tersentak dengan suara Jakob, Thia tetap tidak berganjak. Masih berharap waktu akan berhenti biarpun mustahil. Harap-harap ini semua mimpi buruknya.

"Bangunlah, Thia!" Jakob akhirnya mendekati Thia dan mula menarik lengan gadis itu. Muka je lawa, tapi degil!

"Let me go!" rengek Thia. Genggaman keras dari Jakob memaksa dia untuk berdiri. Akhirnya dia ditarik keluar dari situ.

"Berhenti memberontak kalau tak nak aku berkasar!" Jakob tetap berhati-hati agar tak menyakiti cinta hati tuannya ini, itu pesan Hans.

.

Suasana di majlis perkahwinan tertutup itu agak sunyi. Tetamu yang hadir hanyalah terdiri daripada beberapa orang-orang Hans.

Setibanya Thia dan Heri ke situ, semua mata memandang mereka. Hanya bunyi tapak kasut tumit tinggi Thia yang kedengaran.

Dahi Thia berkerut sambil dia berjalan dan dipimpin oleh Heri. Sesekali dia mencuri pandang ke arah lelaki yang bakal dikahwini. Hanya belakang badannya kelihatan. Makin gemuruh rasanya.

Jauh di sudut hati Thia, tidak pernah dia impikan majlis perkahwinan yang sebegini suram. Hari yang sepatutnya menjadi hari terindah dalam hidupnya, kini ibarat satu mimpi ngeri. 'Selamatkan aku, Tuhan!'

Dia tak kenal bakal suaminya, mereka tidak sempat berbicara walau sepatah pun sebelum ini. Segalanya berlaku begitu pantas, sedar-sedar dia sudah hampir menjadi isteri orang. Rasa sebu menerpa ke seluruh hati. Bagaimana kalau perkahwinan ini tidak akan memberinya bahagia?

Lamunan Thia terhenti apabila tangan kanannya digoncang lembut. Matanya tertala pada jejaka yang menyentuhnya kini. Thia membisu. Wajah tampan lelaki itu membuatnya gemuruh. Dia kenal wajah ini, tapi memorinya tidak begitu kuat.

"I do." suara garau Hans memecah sunyi.
Rupanya upacara sudah bermula dari tadi.

Mata coklat gelap Hans sedang merenungnya dalam. Semua yang di situ menanti jawapan dari Thia. Tiba-tiba hati Thia dirundum sebak. Terasa tangannya dipicit perlahan oleh Hans. Thia terbayang akan wajah mamanya.

Dia relakan perkahwinan ini demi mama. Thia cuba ikhlaskan hati walaupun payah. 'This is for you, ma.'

"I do."

Termetrai sudah ikatan antara dua hati. Thia tunduk menyapu air matanya yang juga gugur. Sungguh dia tiada pilihan lain. Dagunya diangkat oleh Hans, lalu sebuah pandangan tajam dihadiahkan kepada suami yang baru dinikahi.

"You're so beautiful, Cynthia." bisik Hans dekat telinga Thia.

"Don't touch me." gumam Thia sambil mengeraskan tubuhnya.

"Oh, lebih dari ni lagi aku boleh buat. Sabar ya, sayang. Your jouney to hell has just begun." Hans pamer senyum sinis sebelum memaut pinggang Thia mendekatinya.

Thia tidak merespon. Hatinya kosong walaupun diugut. Nasibnya diserahkan bulat-bulat kepada lelaki di hadapannya kini. Wajah tampan Hans sedikit pun tidak mengusik hatinya. Yang dia tahu, dia sangat bencikan Hans ketika ini!

Saat kedua bibir mereka bertaut, air mata Thia jatuh lagi. Jika ini takdir dia, dia akur.

.

Kereta dipandu oleh seorang lelaki berwajah cina dipanggil Andy itu berhenti di hadapan sebuah rumah agam besar. Thia terjaga dari lena setelah terasa pipinya ditepuk beberapa kali. Kepalanya pusing yang amat. Matanya dikerdipkan, cuba untuk melihat sekeliling. Bila tersedar, dia sedang terbaring di tempat duduk kereta itu. Seingatnya, setelah dipelawa minum oleh Andy sementara menunggu di dalam kereta, dia terus lelap dan tak sedar.

Tangannya turun meraba bahagian dada yang agak terdedah. Seingatnya dadanya tertutup oleh baju kahwin yang dia sarung awal pagi tadi. Thia menarik sedikit gaunnya ke atas, hampir tersembur bahagian atas badannya.

Dia bangun memandang sekeliling, dirinya masih lagi di dalam limosin mewah yang agak gelap itu. Hujung matanya menangkap bayangan lelaki yang baru dikahwini. Sepasang mata galak Hans memandangnya tanpa berkelip.

"Best tidur?" suara garau Hans memecah kesunyian.

"Mana awak nak bawak saya? Saya nak keluar." Thia tercari-cari pintu kereta. Sebenarnya dia tak tahu pun bagaimana mahu keluar dari situ, ini pun pertama kali dia menaiki kereta mewah sejenis itu.

"Tenang, my lady... Kenapa tergesa-gesa sangat ni?" sinis Hans menegur Thia. Baju kemeja putihnya yang tadi terbuka melepasi paras dada dibutang kembali. Rambutnya dirapikan semula.

"Lepaskan saya lah! Saya nak keluar!" Thia dah tak peduli, dia mahu keluar dari situ.

Hans mencapai gelas berisi minuman keras di sebelahnya, sebelah tangan lagi menekan satu butang hingga cermin yang memisahkan antara penumpang dan pemandu terbuka.

Andy menoleh dan Jakob yang berada di sebelahnya juga berpusing.

" Jakob, take her. Aku nak cakap dengan Andy kejap." arah Hans tegas. Matanya masih tertancap pada si isteri yang baru dinikahi.

Thia membalas dengan jelingan tajam. Tak selesa apabila diperhatikan begitu. Namun sekejap sahaja pandangan mereka bertaut sebelum pintu kereta terbuka dan Jakob menariknya keluar dari situ. Apa lagi, mengamuk Thia dibuatnya.

"Ouch! Sakitlah!"

Hans meneguk minumannya puas. Hari masing panjang, masih banyak urusan yang perlu dia lakukan. Kini Thia sudah sah menjadi miliknya. Perjanjian harus ditunaikan. Segala hutang Thia perlu dilunaskan, tak lupa juga dengan upah Heri. Deposit pembedahan mama Thia sudah pun dibayar demi meyakinkan gadis itu untuk mengahwininya. Tunggu masa untuk operate, dan langsaikan segala baki.

Hans mengeluh berat. Terpaksalah dia berbakti kepada perempuan tua itu buat kali terakhir. Kerana dia berdoa dan dia amat pasti, hayat mama Thia tak akan lama. Hans mengoyak senyum sinis.

.

"Lepaslah!" Thia meronta hingga memaksa Jakob melepaskannya. Andy pula masuk ke dalam bilik dengan membawa beg pakaian Thia.

Pagi-pagi lagi Hans dah beri amaran supaya Thia berkemas untuk tinggal dengannya atau perkahwinan mereka dibatalkan. Kalau batal, bererti segala perjanjian untuk membayar hutang-hutang Thia juga batal.

"Welcome to your new house, madam." ujar Andy mesra setelah bagasi yang ditangannya ditarik kasar oleh Thia. Boleh tahan keras kepala bini bos dia ni.

"Tak payah pura-pura baik lah!" marah Thia. Bukan boleh percaya pun dengan orang suruhan Hans ni. Entah-entah mereka dah sepakat mempunyai niat jahat ke atas dia.

"Well, it depends on your behaviour Thia. Kalau kau baik, kami akan layan dengan baik." sampuk Jakob.

Thia menjeling Jakob pula. Jakob agak tegas jika dibandingkan dengan Andy. Andy lebih banyak diam, kalau bercakap pun tak menyakitkan hati.

"Huh!" Thia merengus geram namun tak dipedulikan.

"Jangan cuba nak larikan diri. Kalau nak mati cepat, cubalah." pesan Jakob sebelum dia dan Andy ingin bergerak keluar.

"Oi! Korang nak pergi mana hah?! Hei!" Thia berlari mendapatkan pintu bilik yang sudah rapat.

Sedari dia melangkah masuk ke rumah besar itu, tiada kelibat manusia lain pun yang kelihatan. Takkanlah mereka nak membiarkan dia sorang-sorang di sini? Thia takut!

"Hei! Buka pintu ni lah! Woi!!!" Thia memulas-mulas tombol pintu yang berkunci. Sial!

"Argh! Bukalah woi!!!"

Makin kuat dia mengetuk pintu, makin hilang tenaganya. Akhirnya Thia terduduk sambil menahan sebak.

"Jahanam punya lelaki!" berjurai airmata Thia sekali lagi. Hari ini dia benar-benar diuji. Lemah seluruh fizikal dan mentalnya. Sudahlah dipaksa kahwin, dikurung pula seorang diri. Memang betul-betul malang!

Kesian Cynthia huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience