Thia menggeliat kecil sambil matanya perlahan-lahan dibuka. Keluhan kasar dilepaskan. Entah berapa lama dia tertidur dalam gaun pengantinnya. Rambutnya sudah kusut masai akibat mengamuk tadi.
"Phone aku." Baru Thia teringatkan telefon bimbitnya. Puas dia mencari di sekeliling. "Mana pulak!"
Beg tangan yang dibawa oleh Andy tadi diselongkar. Pun tiada. "Sial lah! Siapa pulak yang ambil!"
Thia terduduk di atas lantai. Rambut panjangnya diraup kesal. Teringat kata-kata Hans siang tadi. "Your jouney to hell has just begun."
Mesti Hans dah rampas telefon dia. "Sial kau, Hans!"
.
Thia bangun dan berjalan ke arah jendela bilik itu. Hari di luar sudah gelap menandakan waktu sudah malam. Di luar kelihatan sunyi sepi, hanya beberapa lampu rumah kelihatan. Di pondok pengawal berdekatan pintu pagar juga langsung tidak ada kelibat manusia. Seram pula Thia rasakan.
Dia perlu membersihkan diri. Melekit habis satu badan rasanya. Sebelum malam makin lewat, baik dia mandi dahulu.
Pakaian dikeluarkan dari bagasi, dan Thia melangkah masuk ke bilik air. Fikirnya bilik tidur tadi cukup luas, tapi bilik air juga tidak kurang besarnya. Cermin besar tertampal di dinding dekat sinki. Thia berdiri sebentar di situ dan melihat bayang dirinya.
Solekkannya dah comot habis. Tangan dibawa pula menyentuh sekitar tepi lehernya yang terdapat kesan seperti lebam keunguan. Bukan satu, tapi tiga! "Love bite?!"
Serta merta Thia teringatkan wajah Hans waktu di dalam kereta tadi. Dan dia teringat juga bagaimana 'cape' yang menghiasi bahagian dada gaun pengantinnya yang hilang.
"Damn! Ni mesti kerja dia." getus Thia kegeraman.
..
Siap berpakaian, perut Thia menjerit minta diisi. Setelah majlis nikahnya tadi dia belum makan apa-apa. Cuma beberapa teguk air sempat diminum setelah dipelawa Andy. Sebab itulah kepala dia tiba-tiba pusing dan akhirnya Thia tertidur.
Tombol pintu dipulas. Tak berkunci. Mungkin ada orang lain di rumah itu. Thia melangkah perlahan keluar dari bilik. Lampu-lampu di dalam rumah terpasang terang, namun tak ada seorang pun yang Thia nampak.
Kaki diatur ke bahagian bawah rumah mewah itu. Sambil itu mata Thia tak henti melihat bingkai-bingkai gambar yang melekat di dinding. Banyak gambar permandangan dan corak-corak yang tidak dia fahami. Art berat. Akhirnya kaki Thia berhenti di hadapan salah satu bingkai gambar besar yang berada di paling hujung tangga.
Gambar yang memaparkan seorang wanita berumur kira-kira 30-an bersama seorang anak kecil lelaki di ribaannya. Wanita itu sangat menawan, dan wajah anak kecil disebelahnya pula mengingatkan dia kepada seseorang.
"Siapa ya?" Thia bertanya sendiri. Puas dia memerah otak, ingatan itu samar-samar sahaja. Sedang dia ralit berfikir, ada suara yang menyapa.
"Shit! Oh my God!" Thia terperanjat besar. Bagai nak luruh jantungnya.
"Madam Thia!" Sapa Andy sambil kedua tangan disilangkan di belakang tubuhnya.
"Awak ni! Terkejut saya tau!"
Andy hanya melempar senyum tak bersalah. Asyik betul Thia memandang gambar Madam Helen dan Hans.
"Madam Thia lapar ke?" Andy berjalan mendekati isteri tuannya itu. Serentak itu juga langkah Thia mengundur. Mana tahu kalau Andy ada niat bukan-bukan.
"Kenapa kalau saya lapar?" Thia memulangkan soalan tak berapa cerdiknya.
"Makan malam dah siap. Kalau Madam nak makan, silakan ikut saya ke dapur."
"Kalau saya tak nak makan? Entah-entah awak nak racun saya lagi macam siang tadi." jeling Thia ke arah Andy. Memang dia lapar, tapi dia juga ragu-ragu untuk makan. Karang kalau dia mati keracunan, sia-sia je hidup.
Andy menunduk sebentar. Rasa serba salah pula. Memang dia yang letakkan ubat tidur dalam minuman Thia siang tadi. Itu pun kerana arahan Hans supaya Thia tidak tahu ke mana dia dibawa.
"Sorry. Kali ini saya boleh jamin, saya tak letak apa-apa dalam makanan madam." katanya lagi.
Kecil mata Thia melihat wajah naif Andy. Perut dah terlalu lapar, kalau dia menolak kebulur pula.
"Saya boleh makan sendiri." Thia membuat keputusan lalu dia berjalan ke arah yang ditunjukkan Andy.
.
Asyik Thia menjamu selera seorang diri. Chicken fettuccine yang sepertinya dibeli dari luar itu sungguh sedap. Licin pinggan Thia. Selesai makan, Thia mencari-cari Andy. Sekali lagi dia terkejut apabila melihat Andy sedang duduk menyilang kaki sambil bermain telefon bimbit di salah satu kerusi sofa. Thia berdehem perlahan.
"Madam, dah siap makan? Anything that i can help you with?" terus Andy berdiri, telefon bimbit diselit ke dalam poket seluar. Baru sahaja menghantar perkembangan Thia kepada bos besar.
"Mana kawan awak yang sorang lagi tu?" tanya Thia. Kalau Jakob tak ada, senang dia nak bertanya sesuatu.
"Jakob, maksud madam? Dia ada kerja di luar."
Thia angkat kening. Maknanya ini peluang dia.
"Mana Hans?" tanya Thia lagi. Sejak tadi belum nampak batang hidung suaminya.
"Pun ada kerja di luar." jawab Andy lagi.
"Will he come back tonight?" banyak soalan Thia ingin tanyakan.
"Saya tak pasti, madam."
Thia mengeluh kecil. Sunyi benar dirasakan, belum pun sampai 24 jam dia di rumah ini. Dia mahu melawat mama dia hospital. Hari ini dia belum mendapat sebarang khabar tentang mama.
"Saya rasa madam patut naik berehat dan tidur. Mesti madam penat hari ni." sapa Andy setelah melihat Thia seakan termenung.
Thia tak pedulikan suruhan Andy. Dia penat, tapi belum mahu tidur. "Boleh saya tanya awak pasal Hans?"
Andy tidak angguk, tidak juga geleng. "Apa yang madam nak tahu tentang tuan Hans?"
"Awak tahu kenapa Hans setuju nak kahwin dengan saya?"
Andy diam sebentar. Barangkali mencari-cari jawapan yang sesuai.
"Tuan nak tolong ibu madam." itu yang dia tahu dari Jakob.
Thia tak puas hati dengan jawapan Andy. Mesti sebab nak sedapkan hati dia sahaja.
"Kalau dia nak tolong, kenapa sampai perlu nak kahwin dengan saya? Saya tak faham."
"Maaf. Saya tak pasti, madam."
Thia mengeluh lagi, kali ini sambil mencekak pinggang. Tanya sepatah, jawab sepatah. Macam robot je semua orang suruhan Hans. Matanya kembali tertancap pada gambar yang dilihat tadi.
"Itu gambar siapa?"
Andy senyum pendek. Nampaknya Thia memang tertarik betul dengan gambar itu.
"Madam Helen dengan tuan Hans. Gambar 25 tahun yang lepas."
Thia sudah berjalan mendekati gambar itu. Masih cuba mengingati siapa anak lelaki itu. Betul ke Hans?
"Saya rasa macam pernah tengok wajah budak ni. Tapi saya tak ingat kat mana. Betul ke ini Hans? Kenapa lain betul muka dia?"
"Betul. Itu tuan Hans waktu umur 8 tahun. Lain macam mana tu madam? Sebab tuan Hans dah makin handsome ke sekarang?" usik Andy.
Thia berdehem kecil. Memang kacak. Tapi wajah dingin Hans itu menakutkan dia. Masih terngiang-ngiang di telinganya tentang amaran Hans setelah mereka dinikahkan pagi tadi. Tiba-tiba rasa menyampah kembali bersarang di hati.
"Dah lewat ni, madam. Madam patut naik tidur."
Thia kembali ke alam nyata. Satu lagi perkara dia teringat!
"Andy, where's my phone?"
"Dengan tuan Hans." jawab Andy terus-terang. Dia sendiri yang menyerahkan segala barang-barang peribadi Thia kepada Hans. Termasuk dompet yang berisi kad ID Thia, kad bank dan lain-lain.
"Kenapa boleh ada dengan Hans? Itu semua barang peribadi saya tau?!" suara Thia meninggi.
"Maaf, saya hanya menjalankan tugas."
'What the hell?'
"Tapi kenapa? Apa sebenarnya rancangan korang?!" tiba-tiba Thia berani bertanya. Macam pesalah apabila dia dikurung tanpa sebab begini.
"Saya hanya jalankan tugas. Semua arahan datang dari tuan Hans." tegas Andy.
"Dia siapa nak arah-arahkan semua ni?"
Andy sudah kehilangan kata. Nasibnya baik setelah pintu rumah terbuka dan susuk Jakob kelihatan. Thia juga nampak terkejut.
"Apa hal ni?" suara tegas Jakob bertanya. Sempat dia mendengar suara Thia dari luar rumah tadi.
Thia diam tak menjawab. Dengan Jakob memang dia tak berani. Wajah bengis lelaki itu lebih kurang seperti Hans, semacam ada aura gelap.
"Madam, dah lewat ni. Sebaiknya madam naik bilik tidur." arah Andy lagi. Bimbang kalau tiba-tiba Jakob naik angin.
Thia sempat berbalas pandangan dengan Jakob sebelum naik ke bilik. Menyampah!
"Kau jangan baik sangat dengan dia." ujar Jakob setelah Thia sudah pergi dari situ.
"Aku kesian. Dia macam lost sangat tadi. Macam-macam dia nak tanya. Nasib baik kau datang cepat." balas Andy. Dia memang tak sampai hati tengok Thia terpinga-pinga.
"Kau tak payah jawab pun. Bukan urusan kita." Jakob mengeluarkan kotak rokok, lalu sebatang dicucuh dan disedut dalam.
"Bos balik tak malam ni?"
"Nope. Probably in few days. Sementara tu kita kena jaga perempuan ni." Jakob melabuhkan punggung ke sofa, diikuti oleh Andy.
"Kalau dia tanya macam-macam lagi?"
"Tak payah jawab. Kalau boleh aku nak salotape mulut dia. Bising betul!"
Andy gelak kecil. Baru sedikit Thia tunjuk belangnya, Jakob dah tak tahan. Agaknya beberapa hari lagi dia terpaksalah melayan karenah isteri baru Hans itu.
Jangan lupa komen :) thank you sudi baca - EH
Share this novel