Cynthia masih tekun menyiapkan kerja-kerja yang berbaki sebelum waktu kerja tamat lagi satu jam. Begitu juga dengan staf-staf yang lain. Suasana di pejabat begitu sunyi. Hanya sesekali bunyi papan kekunci komputer kedengaran, menandakan masing-masing sedang fokus.
Thia tidak sedar ketika Julie, rakan sekerjanya sudah berada di sebelah. Serba salah gadis itu. Tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan amanat dari bosnya. Yang pasti, dia tahu Thia akan kecewa.
"Cynthia." Julie meletakkan sepucuk surat di atas meja Thia. Pantas dia mengalih pandangan.
"Eh. Surat apa ni, Julie?" Thia yang sedang leka membuat kerja berhenti dan mengambil surat tadi.
"Mr.Tony suruh pass dekat kau." jawab Julie perlahan. Dia juga tidak pasti mengapa surat itu harus melaluinya untuk disampaikan kepada Thia.
Julie tak sanggup melihat reaksi Thia yang jelas keliru. Thia teman paling rapatnya di pejabat ini. Waktu diterangkan oleh Mr. Tony di biliknya tadi, dia juga seakan tidak percaya.
"Thia... Apa-apa pun aku harap kau bawak bersabar ye."
Dahi Thia berkerut mendengar kata-kata Julie. Dia tidak mengerti apa-apa, namun hatinya berdebar kencang. Mulutnya terkunci saat Julie sudah berlalu pergi, dan tangannya perlahan membuka surat yang terlipat.
"What..." Thia berbisik, fikirannya kosong.
.
Langkah yang seakan tak memijak tanah digagahi jua. Bala apa lagi kali ini. Thia mengetuk pintu pejabat milik majikannya.
"Masuk!" arah Mr.Tony, masih relaks.
"Mr.Tony, may i know what is this?" Thia cuba menahan emosi.
Mr.Tony membetulkan lipatan lengan kemejanya dan mengambil nafas tenang. Secepat ini Thia ke pejabatnya selepas menerima surat arahan perletakan jawatan.
"Surat pemberhentian kerja awak."
Thia cuba bertenang dengan jawapan ringkas Mr. Tony. Itu dia tahu. Terang benderang tajuk utama surat itu adalah 'NOTICE OF TERMINATION OF EMPLOYMENT'. Tapi bukan itu jawapan yang dia mahu.
"Kenapa saya dipecat? Apa salah saya? Saya tak faham."
"Sorry, Cynthia. We just can't keep you here anymore." Mr. Tony turut simpati melihat wajah salah seorang pekerjanya itu.
"But why? Apa sebabnya? Kenapa tiba-tiba je? Mr. Tony, kalau saya ada buat silap saya minta maaf. But i really need to know why i kena pecat?" mata Thia berair, dia cuba kuatkan hati. Setahunya dia tidak berbuat apa-apa kesalahan.
"It's an order. Saya hanya menjalankan perintah."
"From who? You can't do this to me!" suara Thia naik satu oktaf, tetapi masih tegas.
"From the higher management, probably one of our shareholder. I'm so sorry, Cynthia."
"But Mr. Tony, please. I need to keep this job. Mama saya tengah sakit, saving saya masih belum cukup." Thia cuba membela diri. Bukan baru setahun dua dia bekerja di syarikat ini. Memang dia sedang mengumpul duit untuk kos pembedahan mama.
"I turut bersimpati atas apa yang jadi dekat mama you. Tapi i tak dapat nak tolong you, Thia. I don't know the reason, I terpaksa juga. Maybe sebab downsizing? Keputusan bukan di tangan I. Again, i'm so sorry."
"Mr. Tony, at least kasihankan saya... Selama saya kerja di company ni, saya tak pernah buat hal kan?" biarlah dianggap merayu pun, Thia sanggup.
"I faham, Thia. Indeed, you are one of our best worker. Cuma keputusan ini bukan dari saya." ulas Mr. Tony ringkas. Bukan apa, dia juga mendapat arahan supaya tidak terlalu berlembut dengan keputusan itu.
Memang dia kasihankan Thia, namun dia juga perlu menyelamatkan karier sendiri. Kalau tidak, dia yang bakal hilang pekerjaan.
"Ini tak adil..." lirih Thia. Kali ini Mr. Tony hanya memandang dengan penuh simpati.
Langkah Thia lemah meninggalkan pejabat Mr. Tony. Titis air matanya disapu agar tidak terlihat oleh orang lain. Kecewa, hancur berkecai rasanya hati apabila mendapat khabar buruk itu. Satu demi satu bala datang menimpa, mahu terduduk rasanya.
.
Tamat sahaja jam bekerja, Thia masih gigih mengemas barang-barang si mejanya. Staf lain yang hanya memandang tidak dapat membantu, memandangkan mereka langsung tidak tahu akan apa yang terjadi. Hanya kata-kata semangat diberikan untuk Thia agar gadis itu terus tabah.
Perlahan Julie mendekati Thia yang sudah hampir mahu beredar. "Thia..."
Thia berpaling, tidak ada apa yang ingin dia bicarakan. Julie juga mengerti. Thia ditarik ke dalam pelukannya, teresak kecil dia. Hendak menolong pun, dia tiada kuasa.
"Aku minta maaf, aku tak dapat tolong kau."
"It's okay. Bukan salah kau." Thia cuba menahan sebak. Tiada sesiapa pun dapat membantunya di saat ini. Agaknya mereka juga diugut seperti Mr. Tony.
Zaman sekarang, untuk mendapatkan perkerjaan bukannya senang. Bertahun dia membina kerjaya di situ, tiba-tiba sahaja tanpa amaran dia dibuang. Kalau downsizing, kenapa dia seorang sahaja yang dibuang? Kalaulah Thia tahu siapa yang memecatnya, sekarang juga dia pergi menghadap bertanyakan sebabnya.
Dalam sebal, Thia mengutuk di dalam hati. Harapnya satu hati nanti orang itu bakal terima nasib buruk sama sepertinya. Jahat! Kejam!
Dari kejauhan, Hans melihat Thia yang keluar dari bagunan dengan mengusung barang-barangnya. Wajah suram Thia diamati dengan perasaan puas hati. Memang dia kejam, tapi ini baru permulaan. 'Maafkan aku, Cynthia...'
"We can go now, Andy." Setelah kelibat Thia akhirnya hilang, kereta yang membawa Hans meluncur laju pergi dari situ.
.
Thia termenung lagi di dalam tren yang dinaiki sambil tangannya memegang kotak berisi barang-barang dari pejabat. Bermacam persoalan bermain di fikiran. Siapakah dalang yang begitu kejam memecat dia dari kerja? Apa salah dia? Kenapa sekarang?
"Macam mana aku nak bayar kos operation mama? Aku dah janji dengan mama." bisik hati Thia.
"Mana lagi aku nak cari duit? Ya Tuhan..."
Lagi dua hari, keputusan harus dibuat. Kalau mama tak dibedah segera, peluang untuk hidup akan menipis. Tanpa sedar, air mata Thia bertakung lagi. Terngiang-ngiang pula pesan Heri tempoh hari. Rasa menyesal kerana bercakap besar. Kalau dah dibuang begini, mana dia nak cari duit segera?
"Kenapa nasib hidup kau macam ni, Cynthia..."
**************************************************************
Langkah Thia laju ke arah wad yang menempatkan mamanya. Baru sahaja dia menerima panggilan dari Heri mengatakan dia ingin berjumpanya. Melihat Heri sudah ada di dalam bilik wad, Thia mengambil nafas untuk bertenang. Kalau bercakap dengan papa, cepat sahaja dia ingin melenting.
"Thia..." Heri menegur ketika Thia sudah sampai. Hanya jelingan dibalas oleh anak tirinya itu.
"Kenapa papa nak jumpa Thia?" tanya Thia tanpa menghiraukan pun Heri yang disebelahnya. Dia lebih prihatin akan mama yang masih kaku terbaring tidak sedarkan diri.
Tangan sejuk mama digenggam seketika sebelum berpaling ke arah Heri.
"Thia dah fikirkan pasal cadangan papa?"
Thia memejam mata sambil menarik nafas.
"Cadangan atau paksaan?" perli Thia.
"Terserah apa pun Thia nak cakap. Tapi mama dah tak banyak masa."
"Papa dah tak sabar sangat dah ke nak mama mati..."
"Thia!"
"Sampai hati papa nak perjudikan hidup Thia."
"Lelaki tu orang baik. Dia boleh tolong kita. Hidup Thia akan lebih senang."
"Baik konon. Berapa juta papa nak jual Thia dekat lelaki tu?" Thia mencerlung ke arah Heri.
"Thia, papa datang bukan nak cari gaduh!"
"Kenapa papa pandai-pandai nak buat keputusan untuk kami?! Kami dah tak perlukan papa! Selama ni pun papa ibarat tak wujud!"
"Papa tak kisah kalau kamu tak perlukan papa, tapi kamu kena ingat. Mama masih isteri papa. Papa berhak buat keputusan untuk mama!" kali ini suara Heri juga mulai meninggi.
"Thia dah cukup duit ke untuk bayar bil operation tu?"
Thia diam bungkam. Papa belum tahu dia diberhentikan kerja. Macam mana dia nak ceritakan? Lepas pulang semalam dia terus bersengkang mata mencari jawatan kosong. Semua hampa kesudahannya.
"Fikirlah masak-masak Thia. Papa tahu papa ni taklah baik mana. Tapi papa masih ada secebis simpati dalam diri ni. Papa tak sampai hati tengok mama terlantar macam ni. Sebab itu papa minta tolong dengan lelaki tu. Dia sanggup ambil Thia jadi isteri dia, dan dia nak tolong kita." lembut suara Heri meraih simpati. Harapannya, Thia akan bersetuju.
"Siapa lelaki tu?"
Heri sedikit teragak-agak, namun ini mungkin bererti Thia akan mempertimbangkan permintaannya.
"Hansel Mateo."
Thia menundukkan pandangan. Rasa malu pun ada. Tak kisahlah lelaki mana pun. Tapi dia dah rasakan, yang tidak ada lagi cara lain yang lebih baik untuknya. Tiada lagi pilihan lain. Semudah inikah dia akan menyerah?
Terima kasih sudi baca. Jangan lupa komen tau :) - EH
Share this novel