Cynthia bergerak-gerak tidak selesa. Sejuk pula dirasakan badannya. Mata masih terpejam, dan tubuhnya masih berselimut tebal. Kepala yang berat membuatkan dia rasa tidak mahu celik mata langsung. Dia pantas mengengsot mendekati kehangatan di sebelahnya.
"Sejuk... Hmm..." suara Thia menjerih perlahan.
Hans yang tadinya tertidur terkejut dek asakkan kecil di sebelah kiri tubuhnya. Kedudukan Thia begitu rapat dengannya, hingga dapat dia rasakan hembusan nafas Thia yang agak panas. Nampaknya demam Thia masih belum kebah.
Hans melekapkan tangan ke dahi Thia, lalu turun pula ke celah leher Thia. Panas. Tak boleh jadi ni! Hans cuba bangun untuk ke bilik air. Baru sahaja ingin menapak turun dari katil, Thia dah merengek.
"Sejuk..." serak dan tak bermaya sahaja suara Thia.
Tangan Thia masih setia merangkul lengannya. Nampak memang dia tidak sedar langsung. Hans tak sampai hati mahu meninggalkan Thia sendiri, tetapi dia juga ingin membantu meredakan demam Thia.
"Panas lagi badan kau ni!" Hans cuba merungkaikan pegangan Thia.
"Kejap." tangan Thia akhirnya jatuh perlahan-lahan, seakan mendengar suara pujukan dari Hans.
Hans lekas bangun dari situ. Sehelai tuala kecil diambil dari dalam almari, lalu dia menuju ke bilik air. Tuala yang sudah dibasahkan dengan sedikit air dilipat dan dilap ke seluruh wajah dan tengkuk Thia.
Hans termenung sebentar. Kasihan melihat wajah lemah Thia. Kata-kata Dr. Hanany kembali menerjah fikiran. Boleh jadi kesihatan Thia terjejas kerana tekanan perasaan. Pastinya dia terasa kerana dialah penyebab Thia tertekan!
Macam-macam Hans lakukan semata-mata untuk menyakitkan hati Thia. Apalah sangat kudrat isterinya itu untuk melawan. Natijahnya, dia hanya menangis dan diam tak membantah.
Terasa kesal pula memperlakukan Thia begitu. Tapi dia juga berbelah bagi. Antara dendam dan sayang. Ah, tiada siapa pun yang akan faham perasaan dia!
Lamunan Hans terhenti apabila merasakan ada pergerakan di sebelahnya. Thia dengan mata yang masih terpejam, melarikan tuala yang Hans letakkan di atas dahinya. Berkerut dahinya sambil menolak ke tepi selimut yang menutupi badannya. Tanpa amaran, Thia memecat pula baju lengan panjang yang dipakainya.
Hans tak sempat berbuat apa-apa, cuma sedikit terlopong melihat aksi selamba Thia di tepinya. Melihatkan Thia yang kepanasan itu, dia sempat melarikan pandangannya sekejap sambil menyembunyikan senyum.
'Dia buat freeshow pulak dah!' getus Hans sambil meraup wajah. Frust!
"Panas..." rengek Thia dengan suara manja.
Hans yang sedang berperang melawan perasaan sendiri itu tersedar dan bangun dari situ untuk mencari pakaian lain yang lebih sesuai buat Thia. Risau kalau-kalau si dia yang hanya berpakaian dalam itu bertindak lebih jauh. Lain macam betul perangai perempuan ni bila demam!
Hans kembali mendapatkan Thia yang sudah terlelap. Dengan berhati-hati, dia mengangkat kedua belah lengan Thia lalu dia sarungkan dengan sehelai t-shirt putih miliknya. Sekejap panas, sekejap sejuk. Begitulah lagaknya kalau orang demam. Dia juga pernah begitu, jadi dia faham keadaan yang Thia alami sekarang.
"Lembik..." bisik Hans perlahan apabila Thia sudah tidak sedar lagi. Tergeleng-geleng kepalanya mengenangkan perangai Thia.
Selesai membersihkan diri, Hans ke dapur untuk menyediakan makan malam untuk dia dan Thia. Nasib baik sempat dia suruh Andy dan Jakob untuk membeli barang basah. Masak sahajalah apa yang ada. Kalau tak reti boleh sahaja dia telefon Andy minta ajarkan.
.
Hans ambil sesudu bubur instan lalu disua ke mulut. Panas, tapi boleh tahan sedap. Bubur yang konon-kononnya dia hendak masak sendiri tadi akhirnya tak menjadi! Tawar pulak tu! Nasib baik ada bubur segera, tinggal tambah air panas saja. Selesai masalah.
Bersama segelas air suam dan ubat-ubatan, makanan dibawa naik ke bilik. Jasad yang sedang berbungkus di atas katil didekati.
"Cynthia... bangun." Hans cuba menyelak selimut yang menutupi Thia.
"Huh...?"
"Bangun, kau kena makan, lepas tu makan ubat." respon lambat-lambat Thia memaksa Hans untuk membangunkan tubuh lemah itu.
"Tak nak..." Thia mencemik dengan mata yang separuh terbuka. Sumpah tak larat!
"Apa pulak tak nak? Kau tak nak sembuh ke? Jangan degil. Makan sikit... Aku dah susah-susah masak, kau tak nak makan pulak!" Hans sudah mula membebel. Padahal mana ada susahnya pun...
Thia tidak menjawab. Matanya kini celik sepenuhnya, dan sedikit bergenang. Sudahlah tidak sihat, kena bebel lagi.
"Nganga." Hans sudah menyuakan sesudu bubur ke arah Thia.
Thia hanya menurut sahaja. Tekaknya terasa pahit, namun dipaksa juga untuk menelan suapan Hans. Sampai berkerut-kerut wajahnya.
"Tak payah nak manja sangat, tak kuasa aku nak layan kau. Aku tak biarkan kau mati kering kat luar tu pun dah cukup baik... Menyusahkan je." ternyata leteran Hans belum habis lagi.
Sebak. Itu setiap kali Thia rasakan apabila Hans berkali-kali mengatakan bahawa dia menyusahkan. Buat apa lagi Hans simpan dia kalau dia ini menyusahkan?
"Saya dah kenyang." Thia sempat menolak sebelum satu suapan lagi singgah ke mulutnya. Dia benar-benar tidak lalu makan lagi.
"Sikit sangat kau makan ni."
"Saya—"
"Tak ada selera? Itu jelah alasan kau. Susah betul nak makan, macam mana nak sihat? Nak jadi mayat hidup?!" Hans meletakkan mangkuk bubur kembali ke dalam dulang dengan sedikit kasar.
Thia hanya menunduk menahan rasa. Tak berani untuk berdalih lagi. Bila-bila masa sahaja air mata dia boleh gugur rasanya.
"Nah, ubat." Hans hulur pula tiga jenis ubat kepada Thia.
Nasib baik wanita itu cepat sahaja menyambut. Kalau tak, dia sendiri akan sumbat ubat-ubat itu ke dalam mulut Thia.
"Rehat. Aku turun bawah jap." puas hati Hans apabila Thia selesai menelan kesemua ubat tadi.
Melihat Thia yang terus diam, dia lekas angkat punggung dari situ. Thia merajuk ke? Biarlah. Dia mana reti nak pujuk? Akhirnya kaki laju menuruni anak tangga ke dapur. Dia juga belum sempat makan malam. Jangan sampai dia baham Thia pula.
.
Selesai melantak mi segera, Hans naik semula ke bilik untuk melihat keadaan Thia. Pintu dibuka perlahan, nampaknya Thia sudah kembali tidur. Hans duduk mencangkung memerhati isterinya yang entah sudah ke alam mana itu.
Hanya sekejap sahaja Thia duduk diam, sebelum dia bergolek sakan ke belah kanan. Melihatkan Thia yang memang langsung tidak sedar, Hans cepat-cepat sambut tubuh Thia yang hampir jatuh dari katil.
"Ish, buas betul perempuan ni!" elok sahaja Thia jatuh dalam pelukan Hans.
Setelah memposisikan semula Thia ke tengah katil, Hans turut memanjat naik dan berbaring di ruang sebelah Thia. Lelah juga dia jadi jururawat hari ni!
"Shh... aku ada. Tidurlah." tangan Hans laju melingkar di pinggang Thia tanpa disuruh, dan kepala Thia diusap lembut. Mengelakkan dia dari terus meracau kecil.
Hans melepas keluh lembut, nampaknya Thia sudah selesa benar tidur dalam dakapannya. Mengada sangat. Dan entah mengapa, Hans merasa senang.
"Kenapalah kau ni degil sangat?" jari-jari Hans mula menjalar turun ke wajah Thia.
Tak jemu rasanya memandang Thia. Ego ditolak tepi. Saat ini Hans ingin benar-benar menikmati waktu yang ada dengan Thia. Walaupun serumah, ini kali pertama mereka berdua-duaan begini. Biasanya mereka hanya akan bertekak dan akhirnya membawa haluan masing-masing.
"Kau memang tak pernah berubah kan? Keras hati. Keras kepala." kutuk Hans tak berlapik.
Alah, bukan Thia boleh dengar pun. Kalau dah tidur, gempa bumi pun tak dapat sedarkan bininya ini.
"Macam manalah aku boleh suka dekat kau?" mata Hans masih terpaku ke arah wajah cantik di sebelahnya.
"Cantik, tapi sombong. Jual mahal konon. Last-last jadi bini aku juga."
Hans teringatkan bagaimana dia pernah begitu membencikan Thia setelah cintanya ditolak. Thia yang langsung tidak memberi dia peluang. Malah gadis itu terang-terangan menolak dan memalukan dia di hadapan orang ramai.
Paling Hans tak dapat lupakan, kejadian di mana Thia menfitnah dia, sehingga dia dibuang kolej. Sejak dari peristiwa itu, Hans berubah menjadi pendendam. Janji disemat dalam diri, dia akan pastikan Thia menerima akibat yang setimpal.
Takdir pula seakan menyebelahinya setelah mendapat tahu bahawa Thia merupakan anak kepada bapa tirinya. Kecil betul dunia ni. Orang yang dicari-cari kini sudah selamat dalam genggamannya. Tunggu apa lagi?
Hans melarikan lengannya yang sejak tadi dijadikan bantal oleh Thia. Dia terhanyut sebentar dalam perasaan sendiri, tersasar dari tujuan asal dia untuk mendekati Thia. Mudah benar dia terleka kerana seorang Cynthia.
Kalau dendam dan benci, kenapa rasa sayang itu masih ada?
"Susah untuk aku lupakan apa kau dah buat, Thia..."
Lama Hans termenung, hatinya masih berbolak-balik. Rancangan utama belum selesai, tapi dia malah tangkap cintun dengan bini sendiri. Dalam kekusutan, Hans merenung siling sehingga akhirnya dijemput kantuk.
..
Matahari sudah mulai terik. Pintu balkoni Hans buka seluasnya. Membenarkan angin luar masuk. Tak sampai lima minit menghirup udara segar, suara Thia kedengaran. Laju sahaja Hans mendapatkannya.
Thia sedang duduk menyandar di kepala katil. Masih mamai, tapi dia dapat lihat jelas Hans mendekatinya.
"Dah pukul berapa ni?" tanya Thia sambil memicit kepala yang sedikit pusing.
"9 pagi. Ingatkan kau nak tidur sampai malam." Balas Hans sarkastik.
Thia hanya menunduk dan menenyeh mata sementelah tidak tahu tahu ingin merespon apa.
"Kau okey ke?" Hans lekapkan tangan di dahi dan leher Thia. Thia sedikit terkejut, namun dia biarkan sahaja. Hans duduk sangat rapat dengannya, hinggakan dia dapat rasa wajahnya membahang.
"Dah tak panas sangat. Pergilah mandi. Breakfast ada dekat dapur. Aku nak pergi buat kerja kejap."
Melihat wajah Thia yang seakan malu-malu, Hans juga merasa janggal. Entah jin mana yang menyampuknya hinggakan terlebih prihatin pagi ini.
Thia menghantar pandangan ke arah Hans yang sudah beredar dari situ. Kedua belah pipi yang terasa panas disentuh. Mimpi apa Hans sampai melayan dia sebaik ini? Thia menggeleng kepala beberapa kali. Mungkin kerana Hans kasihankan dia kot?
Pandangan jatuh pula pada baju yang tersarung. Baju Hans?!
.
Nak masuk atau tak? Thia tercegat di hadapan pintu bilik bacaan yang tertutup rapat sambil memegang sebiji mug. Dia tidak tahu minuman kesukaan Hans, tapi memandangkan ada kopi di dapur, dia bancuh saja panas-panas. Setelah beberapa saat berfikir dan sebelum air di tangan makin sejuk, baik dia redah sahaja.
TOK TOK!
"Masuk!" suara Hans menyambut dari dalam.
Thia menjenguk sebelum masuk perlahan-lahan. Rasa ketar lutut pun ada memandangkan sepasang mata Hans sudah memandang tepat ke arahnya.
"Hmm... Kau nak apa?" tanya Hans setelah berdehem kecil.
"Saya ada buatkan kopi untuk awak" wajah masih menunduk, Thia berdiri agak jauh dari meja kerja Hans.
Hujung bibir Hans melengkung sedikit. Malu lah tu!
"Terima kasih. Sebab jagakan saya semalam." ujar Thia laju ketika melihat Hans sudah bangun dari kerusi dan berjalan merapatinya.
Thia meletakkan mug ke atas meja dan ingin cepat-cepat keluar dari situ. Memang itu tujuan asalnya. Cuma mahu berterima kasih kerana Hans sudi lagi menjaga dia sewaktu sakit.
Hans memeluk tubuh sambil bersandar di hujung meja, betul-betul bersebelahan dengan Thia. Thia pula masih menekur lantai. Takut hendak bertentang mata dengan sang suami.
"Terima kasih dengan air je?" suara Hans menyedarkan Thia, lalu dia mendongak.
Posisi Hans sangat dekat, dan mata lelaki itu seakan sedang meratah seluruh inci wajahnya.
"Awak nak apa-apa lagi ke?" tanya Thia gigil.
"Kau dah tak demam ke?"
Hans ralit memerhati Thia yang sedang gugup. Rambut Thia masih sedikit basah, dan dia tidak lagi memakai t-shirt yang semalam. Mungkin baru lepas mandi.
Bau shower cream segar yang digunakan Thia juga menjentik nalurinya. Thia kelihatan begitu seksi walaupun segan-segan.
"Tak." Thia menggeleng dalam tunduk.
"Aku nak kau." selamba Hans menyuarakan isi hati.
"Maksud awak?" Thia panggung kepala, agak terkejut. Janganlah...
"I said i want you, Cynthia. Right here. Right now." keras Hans mengulang permintaan tadi.
"Boleh ke tak aku mintak ni? Kau tanya tadi kan, apa lagi yang aku nak?" tanya Hans sekali lagi apabila melihat bibir Thia terketar-ketar.
Oleh kerana terlalu geram dengan kebisuan Thia, bibir mungil itu dicium pantas oleh Hans. Mata Thia membulat dengan tindakan Hans. Terasa payah mulut ingin meluahkan, lalu dia terus berdiam diri.
"I'll take that as a yes." kata-kata Hans sekali lagi membuat jantung Thia tak duduk diam.
Tanpa menunggu lama pun, bibirnya disambar Hans sekali lagi. Rahang diketap, dan dia cuba menjauhi Hans. Tindakannya sia-sia apabila sepasang tangan Hans sudah berada di pinggangnya.
Sambil mendalamkan ciuman, Hans mendukung Thia dan meletakkan dia di atas meja. Tangan Hans yang mulai meliar di bahagian belakang tubuhnya membuatkan bulu tengkuk Thia meremang.
Thia cuba menahan dirinya dari terus hanyut di dalam dakapan Hans hingga lengannya terlanggar mug yang tadi diletakkan di atas meja. Hans pula bertindak lebih laju dengan melarikan kertas kerjanya dari terkena air yang sudah tumpah.
"Ops!" Baru sahaja Thia ingin bangkit dari situ, Hans terlebih dahulu menariknya kembali.
"Biarkan... Now kiss me."
Jari-jemari Hans kembali membelai pipi mulus Thia. Dikucup wanita kesayangannya itu dengan nafsu yang bergelora. Apabila merasakan tangan Hans sudah melepaskan baju dalamnya dari luar, Thia yang tadinya hampir leka kembali tersedar. Dada Hans cuba ditolak menjauh.
"Jangan!" Thia bersuara payah.
Hans masih belum melepaskan tautan bibir mereka. Fikiran Thia kembali teringatkan kejadian sewaktu Hans menyakitinya. Dia tidak suka dikasari begini. Dia tidak suka bila Hans bertindak mengikut nafsu, dan akhirnya dia yang disakiti.
"Tolong, jangan..." Thia hendak menangis apabila Hans buat tak endah akan rayuannya.
Maaf ya, chapter kali ni agak bosan. Terima kasih sudi baca. - EH
Share this novel