'Apa pulak kali ni?!' Thia sudah mengundur setapak ketika Hans maju ke arahnya. Tak kena tengking, kena dera jiwa dan raga lah ni! Tapi apahal pulak laki aku ni sampai buka baju?
"Tugas apa?" Thia tunduk meramas jari sendiri, tak betah duduk dengan panahan mata Hans.
"Tugas hakiki kau sebagai seorang isteri..." suara Hans dah bertukar nada. Lembut dari kebiasaannya.
Saat tangan kasar Hans mendarat pada kedua belah bahunya, Thia tersentak lalu mendongak. "Huh?"
"Mandi dengan aku."
Tanpa sempat menjawab, tubuh isterinya Hans tarik laju ke arah bilik air. Thia cuba menghalang walaupun susah. Gila ke tiba-tiba ajak mandi?! Tugas hakiki menda?
"Eh awak, saya dah mandi lah!"
"Ada aku kisah?"
Pintu bilik air di belakangnya sudah ditutup dan dikunci rapat. Thia menelan air liur yang terasa berpasir. Tubuh ringannya diangkat mudah oleh Hans masuk ke ruangan mandi. Ah sudah!
"Hans tak nak lah! Dah lewat ni! Auch!" rontaan Thia Hans buat tak tahu, malah dia bertindak menepuk punggung Thia yang tak duduk diam hinggakan wanita itu mencemik dalam geram.
"Kau ni bising lah! Ikut je lah!"
"Hans! Apa awak nak buat ni?! Ufff!"
"Diam!"
Bibir Thia yang tak henti mengomel dari tadi selamat disenyapkan oleh ciuman Hans. Terkial-kial dia menepuk tangan Hans yang merayap di hujung bajunya. Memang dah macam ulat bulu naik daun perangai Hans tika ini.
Melihat Thia yang perlahan-lahan sedang leka dan tak larat lagi melawan, Hans merancakkan sesi godaan. Tekadnya, Thia mesti dia miliki malam ini.
"Hans...janganlah..." Thia dah menggeliat kegelian ketika ciuman Hans sudah melata di leher jinjangnya.
Sensasi yang pernah dia rasakan dulu, tetapi kali ini tidak kasar dan menyakitkan. Dia jadi bingung dengan perasaan sendiri. Apa yang Hans cuba lakukan padanya ni? Tiba-tiba sahaja lelaki itu bercakap dengannya baik-baik. Nak tuntut nafkah batin ke?
"Shh... stay still. Aku janji takkan sakitkan kau." bisik Hans di tepi telinga isterinya. Pergerakan Thia cuba dikawal dengan usapan lembut di rambut.
Untuk seketika, Thia berhenti melawan dan mengeraskan tubuhnya. Thia cuba mengusir rasa takut dalam diri apabila suara Hans sekali lagi menyapa. "I'll take it slow. Thia, believe me."
"Don't hurt me, please." dalam ragu, tangannya jatuh atas lengan kekar Hans yang tak berbaju.
Sentuhan tak berlapik itu menambahkan resah di hati Hans. Terasa menjadi-jadi keinginannya. Dahi Thia dicium sekilas Sempat dia janji pada dirinya sendiri agar tak menyakiti Thia.
"I won't..."
Tak mahu berfikir lagi, Thia pejam mata rapat. Teringat pula pada rancangan dia dengan Andy dahulu. Agaknya kalau kali ini dia akur dengan perbuatan Hans, mungkin Hans benar-benar tidak akan menyakitinya.
'Lupa ke kau kata nak cuba ambil hati Hans? Inilah saatnya!'
Entah bila masanya, dalam Thia sibuk berperang dengan perasaan diri butang bajunya sudah separuh terbuka. Hans membuka air pancur lalu mereka berdua kebasahan. Senyum sinis disembunyikan, ternyata lebih mudah untuk dia memancing nafsu Thia kali ini.
"You're so beautiful, Thia... Let me make love to you..."
Thia terkaku dalam pelukan suaminya. Perasaan gementar dan takut seperti tempoh hari cuba diabaikan. Sentuhan dan belaian Hans seterusnya diterima tanpa bantahan. Tak mengambil masa yang lama pun, pakaian masing-masing terlucut jatuh semuanya. Perlahan-lahan Thia juga lemas dalam asmara ciptaan Hans.
.
Bunyi-bunyian 'aneh' dari bilik atas membuatkan Andy dan Jakob berpandangan sesama sendiri. Andy menutup mulut cuba menahan ketawa. Jakob pula hanya geleng kepala. Patutlah serius sahaja Hans meminta dia untuk panggilkan Thia tadi.
Memandangkan urusan mereka pada hari itu juga sudah selesai, eloklah kalau mereka berangkat pulang dahulu.
"Buat bekal 3 hari la tu?" gurau Andy sambil menepuk bahu Jakob. Sendu betul bila kedua-duanya single ni.
"Jomlah balik. Gatal pulak telinga aku ni." Jakob dah berura-ura mahu pergi dari situ. Orang tengah hangat berasmara, biarlah...
"Jom jom!" sambut Andy dengan sisa tawa.
*********************************************************
Ketika matahari sudah terpacak di atas kepala, barulah sekujur tubuh Thia bangkit perlahan-lahan. Masih penat badannya akibat aktiviti semalam.
Sambil mengelamun dan membetulkan rambut yang serabai, Thia teringatkan peristiwa malam tadi. Dalam terpaksa, dia relakan Hans menyentuhnya. Tapi sedih pula, bila dia bangun pagi ini lelaki itu sudah pun tak nampak batang hidungnya.
"Macam tu je dia tinggalkan aku..." keluh Thia perlahan.
Sedikit kecewa, tapi dia juga tak tahu kenapa. Adakah kerana pujukan lembut Hans semalam? Atau mungkin Hans cuma memujuk kerana nakkan dia?
'Hans mana pernah nak cakap elok-elok dengan kau Thia.' bisik hatinya lagi. Beginikah nasibnya bak kata pepatah habis madu, sepah dibuang?
Bilik yang agak berselerak dipandang sesaat. Bagasi Hans yang dia siapkan semalam juga sudah tiada, tanda lelaki itu sudah meninggalkan rumah mungkin awal pagi tadi. Tanpa berlengah lagi, Thia bangun ingin membersihkan diri.
Alang-alang sudah berada di bilik si suami, Thia bercadang mahu mandi di itu saja. Alah, bukan tuannya ada pun. Dapatlah dia berendam sekejap dalam tab mandi besar tu.
Terasa lapang sedikit fikiran ketika Thia sewaktu duduk santai di dalam tab mandi. Mandian milik Hans digunakan untuk membersihkan badan. Sungguh harum dan mengingatkan dia tentang wangian tubuh lelaki itu. Kerana itu juga dia tergoda semalam.
Rindukah? Thia menggeleng perlahan. Waktu orangnya tak ada buat apa sibuk fikirkan?
Selesai mandi dan berbungkus dalam jubah mandi, Thia termenung pula di hadapan singki yang dihiasi cermin besar. Tangan sempat mengusap 'bekas-bekas cinta' yang ditinggalkan Hans semalam. Nasiblah tak banyak dan boleh ditutup dengan baju. Malu juga kalau dilihat Andy atau Jakob.
Sikat di tepi singki diambil dan rambutnya yang lurus dan makin panjang disisir. Thia renung bibir merahnya yang disentuh Hans semalam. Terpejam matanya mengingatkan cumbuan hangat Hans. Sah, memang dia dah kemaruk!
"Ish! Stop it Thia!" kepalanya diketuk kecil.
Belum puas menggeledah bahagian bilik mandi Hans, Thia membuka pula almari kecil di sebelah cermin besar. Ada beberapa barangan lelaki milik Hans di dalamnya. Baris paling atas pula tersusun rapi ubat-ubatan yang berbagai jenis dan juga sebuah kotak pertolongan kecemasan.
"Ubat apa ni?" perasaan ingin tahu Thia seperti kebiasaannya menggamit dia untuk mencapai sebiji botol ubat yang berwarna jingga.
Nampak seperti ubat antidepresan yang selalu dia lihat di filem-filem di kaca tv. Label ubat dibaca sekilas.
'FLUOXETINE'
TOK TOK TOK
"Thia?!"
Ketukan di pintu disusuli dengan suara Andy mengejutkan Thia. Cepat-cepat dia simpan kembali botol ubat di tangan. Nanti-nantilah dia tanyakan pada Andy.
"Coming!"
.
Usai menjamah sarapan yang dibawakan Andy, Thia kembali mendekati lelaki itu di ruang tamu. Seperti biasa, Andy sibuk dengan telefon di tangan walaupun kelihatan tenang.
"Ehem...!"
Andy yang terdengar deheman Thia lantas berpaling. Thia senyum nipis sebelum duduk di kerusi sofa bertentangan. Sudah dia lihat sekeliling tadi, aman kerana tiada bayang Jakob.
"Thia nak apa-apa ke?" Andy bertanya. Sudah faham benar dengan riak muka Thia.
"Nak tanya boleh?"
"Tanyalah."
"Pukul berapa Hans bertolak tadi?" Thia mulakan dengan soalan tentang si suami. Masih agak geram bila ditinggalkan terkulat-kulat sendiri pagi tadi.
"Around 5 pagi. Aik, dah rindu ke?" Andy sengaja menduga.
"Mana ada! Cuma pelik bila bangun-bangun je dia dah tak ada..." perlahan suara Thia menafikan, walaupun memang ada sedikit rasa kecewa.
"First day busy sikit, itu yang tuan Hans bertolak awal. Tak lama pun, tiga hari je kan."
"Okey." jawab Thia sepatah. Dia pun tak tahu kenapa dia jawab 'okey'. Padahal dia sepatutnya gembira kerana tak perlu melayan perangai zalim Hans. Kan?
"Nak tanya lagi." soalan seterusnya yang sudah dirangka-rangka perlu Thia tanyakan segera.
"Tanya apa?"
"Tapi awak kena jawab jujur tau!"
"Saya cuba." Andy menyimpan telefon di tangan. Bunyi macam serius.
"Hans ada sakit apa-apa ke?" soalan dilontarkan Thia membuat dahi Andy berkerut.
"Maksud Thia? Dia sakit ke semalam?" kemudian lelaki itu tayang wajah mengusik sambil angkat-angkat kening. Macamlah dia tak tahu apa yang jadi...
Thia yang seakan mengerti apa yang dimaksudkan Andy segera tarik muncung. Panas rasanya muka bila dia sendiri teringat momen semalam. "Ish, awak ni. Jangan main-main lah!"
"Okay, maaf. Gurau je! So apa maksud Thia tuan Hans sakit?"
"Saya ada jumpa banyak ubat dalam bilik dia."
Andy mulai fokus dengan pertanyaan Thia. "Ubat yang macam mana tu? Mana awak jumpa?"
"Macam-macam. Salah satunya pil dalam botol jingga tu? Saya jumpa dalam almari di bilik air Hans. I know it has something to do with mental illness... kan? Tapi saya tak pasti. Boleh awak bagitahu saya Hans sakit apa?"
Jujur Thia agak risau. Kalau Hans ada penyakit mental, dia perlu tahu. Bimbang kalau ada antara perbuatannya yang mampu untuk 'trigger' sakit Hans tanpa dia sedar.
'Laki aku gila ke?'
Andy nampak diam sejenak. Tak sangka Thia perasan dengan deretan ubat milik tuannya. Hans pula memang tidak menyembunyikan tentang penyakit yang dia alami. Tapi patutkah dia memberitahu Thia tentang perkara itu?
"I need to know, Andy. Saya isteri dia." sambung Thia apabila melihat Andy seperti teragak-agak.
Ada betulnya juga kata-kata Thia. Kasihan kalau wanita itu tak tahu menahu dan terkena tempiasnya.
"I'm not sure if i'm allowed to say anything Thia." tertunduk Andy cuba memberi jawapan selamat.
Thia melepas keluh. Dia cuba mengenang kembali antara sikap-sikap aneh Hans. Banyak juga. Antaranya mood Hans yang sering berubah-ubah. Sekejap dia dimarah, sekejap dia dibelai manja. Kesimpulan yang ada di benaknya ketika ini cuma satu.
"Dia ada split personality kan?" tebak Thia.
Andy kembali mengangkat pandangan. Beriya sungguh Thia meneka! Sikit lagi nak kena.
"Betul kan apa yang saya cakap?" Thia bertanya lagi.
"Well... Not really."
"Then what? Tolonglah bagitahu saya Andy. Saya janji saya akan simpan rahsia ni. It's going to be just between you and me.. Promise!" Thia angkat tangan tanda bersumpah.
Tak cukup dengan itu, Thia mengerdipkan mata dan membuat muka comel. Andy yang tak tahu nak membuat reaksi apa menyerah kalah. Alang-alang tak ada orang lain di sini, boleh la kut dia membuka cerita.
"Actually it's borderline personality disorder. Awak tahu?"
Kali ini dahi Thia pula berkerut. Sedikit keliru. Kalau bipolar disorder pernah la dia dengar. Borderline tu macam mana pula?
"Someone with BPD, they have difficulty regulating their emotions. Also instability of controlling their mood, behaviour, relationship, identity. Kejap terlalu marah, kejap terlalu happy, lepas tu tiba-tiba sedih pulak. Perasaan dan tingkahlaku mereka boleh berubah-ubah dalam masa yang sangat singkat. Faham tak?" seperti Google, Andy menerangkan panjang lebar.
Thia diam sebentar, cuba memproses kata-kata Andy. Betullah, ciri-ciri itu memang pernah dilihat dalam diri Hans. Tapi bunyinya sangat kompleks. Ini merupakan kali pertama dia mendengar tentang BPD.
"So all those meds you saw are the one he consumed as part of BPD treatment. Tapi rasanya tuan Hans dah lama tak ambil ubat-ubat tu lepas dah banyak kali terapi." sambung Andy lagi.
Thia angguk lagi. Dah lama tak ambil, maksudnya sekarang Hans sambung ambil lagi lah? Sayangnya pertanyaan itu hanya mampu bermain di minda Thia. Rasanya dia tahu kenapa...
"I know it must be because of me. Mesti saya dan mama saya punca dia jadi macam tu."
Thia teringatkan kata-kata Hans suatu masa dahulu. Betapa lelaki itu menderita kerana perbuatan Heri yang menjalinkan hubungan sulit dengan mama. Hans sangat terkesan dengan penceraian Heri dan Helen. Mungkin kerana keretakan rumahtangga itu punca Hans depresi.
"Apa maksud awak?" Andy kurang mengerti.
"Awak tahu kan kisah silam Hans? Apa yang Hans dan mak dia lalui sampai dia dapat BPD tu?" serentak itu matanya tertancap pada potret besar yang pernah dia lihat sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke rumah besar itu.
Andy juga turut memandang potret Madam Helen dan Hans di dinding. Lalu dia lekas melarikan pandangan. Kalau hal itu dia tak berani bercakap lebih. "That's too personal."
"He's a traumatized kid. Because of his mom and dad's divorcement kan?"
Bukan itu sahaja, malah Hans juga jadi mangsa buli dia dan rakan-rakan waktu di kolej dahulu. Jadi tak hairanlah kalau Hans menghidap penyakit jiwa. Thia dihantui rasa bersalah yang amat! Dia punca penyakit Hans, dia pasti itu!
Andy menggeleng kepala perlahan.
"Saya tak pasti. But i've answered your questions. So cerita sini habis sini kan?" Andy kembali mengingatkan. Hal peribadi majikannya biarlah rahsia.
Thia angguk lambat. Susah pula nak korek rahsia lebih-lebih dari Andy. Lelaki ini ada tegas dalam baiknya. Mungkin Andy benar-benar tak tahu apa yang pernah terjadi antara dia dan Hans.
'If only you know, Andy. I'm the villain in this story.'
*****************************************************
Hans menyimpan kembali telefon bimbit ke dalam kocek seluar. Ada senyum kecil di hujung bibir setelah mendapat khabar dari Andy.
Cynthia... Rengekan manja wanita kesayangannya itu semalam masih terngiang-ngiang di telinga. Hangatnya mereka berasmara semalam, dari bilik air sampai ke bilik tidur. Hans meraup wajah sendiri. Gila!
Terasa bersemangat untuk memulakan kerja hari ini. Apatah lagi bila teringatkan wajah si isteri yang baru ditinggalkan beberapa jam lepas. Minda kembali menerawang mengingatkan Thia, berharap tiga hari cepat berlalu.
Pagi buta tadi dia dikejutkan dengan keadaan Thia masih menindih tubuhnya. Wajah Thia yang melekat di dadanya dipandang dengan hati senang. Hans peluk dan usap lagi jasad tanpa seurat benang itu. Sayangnya untuk melepaskan Thia...
Dahi licin Thia dicium pula. Penat benar isterinya sampai langsung tak berkutik. Perlahan-lahan, Hans bangun dari katil untuk pergi bersiap. Kerja tetap kerja.
Maaf ya lambat update. Komen sikit gais bagi sis semangat huhu! Thanks for reading. - EH
Share this novel