15: Malang

Romance Series 15498

Hans kembali ke dalam bilik kerja dengan segelas jus oren di tangan. Dapatlah dia menghilangkan dahaga sementara menunggu 'tuan puteri' yang masih lena. Hampir 3 minit Thia pengsan setelah mendengar kebenaran yang diungkapkan Hans.

Jari nakalnya sempat menyelak sebahagian anak rambut Thia yang terjuntai di dahi wanita itu. Sengih jahat menghiasi bibirnya setelah mendapat satu akal. Kau pengsan ye! Nanti kau...

GUSH! Tak semena-mena jus oren yang sudah separuh diteguk Hans simbah ke wajah Thia.

"BANGUNLAH!"

"Hans!" Thia yang baru tersedar tercungap-cungap mengambil nafas.

Habis basah bajunya disiram jus oren. Hans pula gelak kecil tanpa sekelumit pun rasa bersalah. Puas hati dapat mengenakan Thia balik.

"Kenapa? Terkejut?" Hans duduk merapati Thia di sofa, wajah yang masih terkejut itu memandangnya sayu.

"Hans, maafkan saya!" laju Thia meminta maaf setelah sedar apa yang berlaku sebelum dia jatuh tak sedarkan diri.

Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang telah didengari. Rupanya budak lelaki yang dia kerjakan waktu zaman kolej dahulu kini berada di hadapannya. Menjadi suaminya. Untuk membalas dendam.

"Aku belum habis lagi throwback kisah lama, kau dah pengsan."

"Hans saya betul-betul minta maaf pasal apa yang dah berlaku."

Sungguh dia takut melihat wajah garang Hans yang merenungnya. Tak siapa boleh jangka apa yang Hans mampu buat.

"Tak semudah tu! Hati aku masih sakit, Thia. Setiap hinaan dan perbuatan kau masih berbekas dekat hati aku! "

Thia mengangguk bisu, tak mampu lagi melawan kata-kata Hans. Dia akui, memang sikapnya dahulu terhadap Hans melampau.

"Contohnya, macam kau pernah siram aku dengan air depan orang ramai dulu. Ingat lagi tak?" wajah Thia yang asyik menunduk Hans tarik supaya memandangnya.

Mata Thia yang berkaca langsung tak dihiraukan. Sekarang baru nak menyesal?

.
. .

FLASHBACK

"One chocolate smoothie please." pesan Thia pada petugas di kaunter kafe petang itu.

Cuaca sedang panas terik, pensyarah bahasa Inggeris dia pula menamatkan kelas lewat. Dah la dari pagi lagi dia belum menjamah makanan. Hangin juga satu badan.

"Eh, mana pulak dompet aku?" Lama Thia meraba ke dalam tote bag di bahu, barang yang dicari tidak juga dijumpai.

"Aduh! Takkan tertinggal pulak." Mesti tertinggal kat rumah la ni...

"Miss, your chocolate smoothie." minuman yang dipesan Thia sudah pun siap.

"Err... kejap ek." Thia layang senyum kelat ke arah petugas di kaunter.

Divya dan Victoria awal-awal lagi minta diri untuk keluar melepak di bandar. Kalau tak, boleh la dia pinjam duit mereka.

"I'll pay for it." sedang Thia kebuntuan, ada suara muncul di belakang.

Wajahnya menoleh, dan serta-merta riaknya bertukar masam. Mamat ni lagi! Thia segera ingin angkat kaki. "No, no need."

"Err... sorry, i tertinggal my purse. Sorry ya, i have to cancel this order." Thia bingkas mahu pergi dari situ, tetapi suara Hans tetap memanggil-manggilnya.

"Eh, Cynthia!" Hans sudah siap meletakkan wang di kaunter dan berbisik 'keep the change'. Lalu dia mengejar bayang Thia yang pantas menjauh.

Kebetulan dia juga baru habis kelas, boleh pula terserempak dengan Thia di kafe ini. Entah dari mana datang keberanian untuk mendekati Thia.

"Kau nak apa?!" Thia tak menoleh ke belakang lagi, malas hendak melayan Hans.

"Saya belanja awak ni. Ambik la." terkocoh-kocoh Hans menyaingi langkah Thia dengan smoothie di tangan.

"Aku tak nak. Boleh tak kau stop kacau aku?!"

"Saya dah bayarkan, awak ambik la. Kesian awak mesti dahaga."

"Aku tak nak lah! Kau tak faham bahasa ke?!" hambur Thia ketika langkahnya terhenti mendadak.

Menyampah betul bila si nerd ni terkejar-kejarkan dia!

"Thia!"

Hans masih lagi belum putus asa. Hinggalah mereka berhenti berkejaran. Thia menoleh kiri kanan dengan keluhan berat. Memang tak faham bahasa betul mamat ni...

Hans ukir senyum penuh pengharapan saat Thia memandangnya pula. Chocolate smoothie disua, lalu Thia mengambilnya. Baru sahaja hati Hans ingin berbunga, dia dikejutkan dengan tindakan Thia yang menyiram dia dengan minuman itu.

"Ambik kau!"

Terasa beku seluruh wajah Hans. Habis basah t-shirt di badan. Mukanya rasa bukan main tebal. Pelajar lain yang turut menyaksikan drama sebabak dia dan Thia juga kelihatan bercakap-cakap sesama sendiri. Ada juga yang sempat merakam momen memalukan itu. Confirm viral!

"Kau ni memang sengaja nak buat aku marah kan? Aku tak hadap la kau belanja. Lepas ni, kau jangan kacau hidup aku lagi! Aku tak nak tengok muka kau! Faham?!" marah Thia tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

Cukuplah berkali-kali dia menyuruh Hans menjauhinya, kali ini memang marah dia tak terbendung. Pedulilah apa pun orang nak cakap.

"Sorry." perlahan tutur suara Hans bersama hati yang hancur berkeping-keping.

Kelibat Thia sudah menghilang dari situ. Hanya dia yang terkebil-kebil sendiri, ditemani suara-suara sumbang yang mengusik.

"Baliklah woi!"

"Kena reject ke Hans?!"

"Baiki muka pecah kau tu dulu la wei!"

Hans cuba pekakkan telinga, cukuplah hatinya seakan ditikam-tikam dengan perbuatan Thia tadi. Cermin mata yang sudah kabur dan kotor ditanggalkan. Langkah longlai diatur menuju ke sinki di hujung kafe.

Di ruang yang agak terpencil itu Hans cuci wajah yang melekit-lekit. Cermin di hadapan sinki dipandang kosong. Matanya merah, cuba menahan perasaan malu dan sedih.

Sampai macam tu sekali Thia bencikan dia? Buruk sangat ke dia ni? Sumpah, lepas ni dia tak mahu beriya lagi! Sumpah dia tak akan mencuba meraih hati Cynthia lagi!

*

"Kau ingat tak Thia!" memetir suara Hans hingga terhincut bahu Thia.

"I-ingat...ingat...!" terketar-ketar Thia menjawab tanpa membalas mata tajam Hans.

"Kau boleh bayang tak betapa malunya aku waktu tu? Kau suka kan bila orang kutuk-kutuk aku? Mesti kau rasa kau perempuan paling lawa, paling hebat kan masa tu?!" tidak sedar bila, tetapi Hans sudah mencengkam leher baju yang dipakai Thia.

Seribu satu kekecewaan tergambar pada pandangan tajam lelaki itu. Thia berasa lemah, semuanya berpunca dari tindakan bodohnya sendiri. Fikirnya, dia akan puas setelah memalukan Hans sebegitu. Tetapi hakikatnya, dia kini rasa bersalah. Kenapa dia sampai melayan Hans seperti lelaki itu tidak berperasaan?

"Saya tak patut buat macam tu, saya minta maaf."

"Maaf! Maaf! Aku tak hadap lah permintaan maaf kau! Aku nak kau rasa sakit macam mana yang aku rasa!" berombak dada Hans menahan emosi, serentak itu juga cengkaman di leher Thia makin kuat.

"Maafkan saya... Saya salah, saya mengaku! Tolong lepaskan saya! Sakit, Hans!" terbatuk-batuk Thia cuba meleraikan pegangan Hans, tapi lelaki itu jauh lebih gagah darinya.

Seperti baru sedar dia sedang menyakiti Thia, Hans melepaskan pegangannya kasar. Bercucuran air mata tumpah dari wajah Thia yang berlengas. Makin geram dia bila melihat Thia teresak-esak tanpa kata. Kebiasaannya perempuan itu suka melawan, tapi kenapa sekarang membisu?

"Ini baru sikit. I'm not done with you yet, Cynthia!"

Sebelum Hans makin hilang sabar, ada baiknya jika dia pergi dari situ. Dia belum puas menyakiti hati Thia, tapi dia juga tak tahan melihat Thia yang masih belum berhenti menangis.

.
. .

Thia mengeringkan rambut yang kebasahan. Puas dia menangisi nasib diri yang tak habis-habis dirudung malang, sampai bengkak matanya. Nak berhadapan dengan Hans lagilah dia tak berani. Sudahnya dia hanya berkurung di dalam bilik seperti kebiasaannya.

Lamunannya terganggu setelah mendengar ketukan di muka pintu.

"Thia?" suara Andy dapat Thia cam, lalu dia bangun untuk membuka pintu.

"Andy." Thia berasa sedikit lega setelah melihat kedatangan Andy, macam dah lama sangat tak jumpa.

"Thia. Awak apa khabar? Dah sihat?" Andy perasaan wajah Thia yang agak sembap, tapi dia belum ingin bertanya soal itu. Tak tanya pun dia dah boleh agak jawapannya.

"Sihat. Bila awak datang?"

"Baru je. Saya bawakkan makan malam. Tuan Hans mengadu lapar. Saya ada belikan untuk awak sekali, jom makan?" ajak Andy.

Timbul pula sedikit rasa bersalah di hati Thia kerana tidak menyediakan makan buat Hans, sampai suaminya harus mengadu pada Andy. Patutlah Hans marah-marah dia. Apa jenis isteri la dia ni? Keperluan harian suami pun dia susah nak jaga.

"Thia? Nak makan tak?" soalan Andy sekali lagi memecahkan lamunan Thia.

"Err..." tak sempat Thia menjawab, bunyi perutnya berlagu hinggakan dapat didengari Andy.

Lalu jejaka itu tertawa kecil. Thia pula sengih walaupun muka dah terasa bahang. Buat malu aje lah, Thia!

"Okey, saya dah tahu jawapannya. Dah jom makan. Jangan risau, Tuan Hans dah siap makan tadi. Dia dengan Jakob ada kat atas sekarang." Andy tersenyum melihat gelagat Thia yang malu-malu.

Bukan susah nak membaca isi hati Thia, dari riak wajahnya pun Andy dah faham. Thia masih takutkan Hans.

Dari tingkat atas pula, mata helang Hans galak mengintai tindak-tanduk Andy dan Thia. Amboi, gelak sakan nampak!

.

"Sorry la, fastfood je yang sempat." Andy mengambil tempat di hujung meja.

Sebenarnya Hans yang beriya suruh dia tapaukan sekali untuk Thia. Risau kalau bininya itu mati kebulur. Dalam pada marah, Hans sebenarnya prihatin juga terhadap Thia. Tapi egonya tinggi menggunung, sampaikan mahu supaya perkara itu dirahsiakan dari Thia. Andy pun tak faham kenapa.

"Tak apa. Terima kasih, Andy." Thia ukir senyum ikhlas.

Terharu rasanya apabila masih ada insan yang baik dengannya dalam rumah ini. Selain Gummy yang tak faham apa-apa tu. Entah ke mana pula kucing montel tu merayap...

"Sama-sama. Makan banyak-banyak tau. Risau saya kalau awak sakit lagi. Tuan Hans pun panik gila bila awak demam hari tu."

Perlahan suapan Thia sambil dia mendengar celoteh Andy. Maksud Andy, Hans risaukan dia ke? Biar betul?

"Tuan Hans risaukan saya?" terluah juga soalan itu dari mulut Thia.

Andy angguk penuh semangat.

"Mestilah. Sampai dia panggilkan Dr. Hanany tau. His very own private doctor." jawab Andy tanpa ditanya.

"Private doctor?" ulang Thia.

Perempuan? Cantik ke doktor tu? Kening Thia terangkat tanpa sedar. Apalah yang doktor tu fikir bila tahu mengenai dia? Apa yang Hans ceritakan pada doktor tu tentang dia? Hans bagitahu yang dia ni perempuan simpanan ke?

"Yes. Kenapa tu?" pantas sahaja Andy dapat mengecam riak di wajah Thia.

"Hah?" Thia tersentak bila ditanya begitu. Mukanya pun satu, tak boleh cover langsung! Kan dah kantoi.

"Eh, takde apa lah." nafinya lagi.

"Dia kawan baik Tuan Hans lah. Jangan risau." jelas Andy. Mengalahkan perempuan instinct si Andy ni tau!

"Err... ok. Doktor tu cakap apa? Dia tahu ke saya ni siapa?"

"Dr. Hany cakap awak stres. And yeah, she knew about you. That you're Hans's secret wife." Andy kenyit mata ke arah Thia.

Thia menjungkit kening lagi sambil mengangguk. Tapi kalau doktor itu tahu tentang dia dan Hans, itukan bererti mereka rapat juga? Betul ke Dr. Hany dan Hans cuma berkawan baik?

"Jealous ke tu? Jangan overthink lah, Thia. I know what's on your mind." ujar Andy sambil sembunyi senyum.

Mungkinkah Thia cemburu? Buat apa? Scary betul si Andy ni. Sekali lagi dia seolah-olah dapat membaca fikiran Thia.

"No, i'm not." Thia meneruskan suapan tanpa mempedulikan Andy.

Buat apa nak cemburu? Dia bukan sukakan Hans pun. Benci adalah! Dah la selalu sakitkan hati dia!

"Yelah tu." jawab Andy lagi, sengaja menduga perasaan Thia.

"Betul lah!" tegas Thia pula.

Tapi tak salah pun kan kalau cemburu? Hans tu suami dia kot? Laju kepala dia menggeleng kiri kanan. Entah lah! Malaslah fikir!

"Saya gurau jelah! You should look at your face!" Andy gelak terkekeh melihat reaksi gelabah Thia. Macam-macam lah karenah laki bini ni.

"Andy! Stop it! Tak baik tau!" Thia menepuk lengan Andy yang sengaja mengusiknya.

Tanpa dia sedari, gelagat mereka sedang sibuk diperhatikan seseorang dari jauh. Hans yang agak 'berbulu' melihat kemesraan Thia dan Andy lekas kembali masuk ke kamar.

Perbualan Andy dan Thia terhenti apabila mendengar suara orang berdehem. Jakob kelihatan merapati meja yang diduduki mereka dengan riak serius. Thia yang sudah selesai makan pula ingin bangun dari situ, tetapi ditahan.

"Tuan Hans nak jumpa kau dalam bilik dia." ujar Jakob sambil pandangannya tertunak pada Thia.

Thia menelan liur yang agak berpasir. Apa lagi mahu lelaki ini kali ni? Dengan anggukan lemah, Thia bangkit meninggalkan dua jejaka di hadapannya.

.
. .

"Masuk!"

Thia melangkah penuh gusar ke dalam bilik tidur utama milik Hans. Dilihatnya lelaki itu sedang duduk berlunjur di atas katil sambil bermain dengan telefon.

"Awak panggil saya?" perlahan suara Thia bertanya.

"Besok aku ada business trip ke luar negeri. Tolong pack barang-barang aku. For 3 days." arah Hans tanpa memandang ke arah Thia.

Berkerut dahi Thia sebentar. Pack barang? Macam susah aje. Mana dia tahu apa yang hendak dibawa?

"Tercegat dekat situ buat apa?! Kau dengar tak apa aku suruh?" nak tercabut jantung Thia ketika Hans menengking dia tiba-tiba.

Dengan anggukan terpaksa, dia menapak ke bilik yang menempatkan pakaian milik Hans. Segalanya lengkap tersusun, entah sejak bila barang Hans memenuhi ruang itu. Mesti orang upahan dia yang siapkan. Dia manalah sedar bila asyik berkurung dalam bilik.

Sebuah bagasi ditarik dari dalam almari, lalu Thia main hentam sahaja pakaian yang dirasakan sesuai untuk dibawa. Sesekali dia cuba membayangkan Hans dalam baju-baju yang dipilih, harap-harapnya okey lah.

Dari sekecil-kecil seluar hinggalah beberapa barang peribadi yang lain, semuanya siap dikemaskan oleh Thia. Lantaklah, dah itu sahaja arahan yang diterima.

Tak sabar pula Thia nak menunggu Hans pergi. Aman sikit hidup dia dalam rumah ini.

Baru dia hendak kembali ke ruang utama bilik, Hans dah tercegat betul-betul di hadapannya. Sebenarnya dah lama juga Hans memerhatikan Thia, cuma dia yang tak perasan.

Riak kosong dan bersahaja Hans sedikit menghadirkan perasaan kurang enak di hati Thia. 'Dia nak tengking aku lagi ke?'

"Awak... Saya dah siap kemas semua. Awak nak double check ke? Kot-kot ada yang kurang..." tanya Thia, cuba mengusir debar di dada.

Dah kenapa mamat ni tenung dia macam nak telan je?

"Good. Aku malas nak double check. Sekarang tinggal satu lagi tugas kau." Hans pandang Thia atas bawah, hinggakan wanita itu rasa lemas.

"Apa dia?" Dengan berat, Thia bertanya juga.

Hans melangkah lebih dekat ke arah isterinya. T-shirt yang tadi elok tersarung di tubuh ditanggalkan. Saat itu juga Thia mengalihkan pandangan. Apa pula yang dimahukan ni?!

Hans ketawa di dalam hati.

Rasa-rasa apa Hans nak buat tu? - EH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience