"I know you would do this!" Hans bertindak pantas merampas telefon bimbit yang sedang dipegang Thia. Silapnya juga kerana tidak sedar Thia dapat menemui telefon itu.
Panggilan dimatikan serta-merta. Marahnya memuncak apabila Thia berterusan mengingkari arahannya. Nampaknya amarannya sebelum ini langsung tak berbekas di hati Thia, wanita itu tetap ingin pergi tinggalkan dia.
"No! Jangan!!!" jerit Thia sambil melutut. Dia tahu apa yang bakal Hans lakukan ketika tangannya sudah ditepis kasar.
PRAKK!!
Hans baling telefon Thia ke lantai hingga skrinnya pecah berkecai. Dia tak pedulikan tangisan Thia. Hatinya hancur, sama seperti telefon itu.
Thia hanya melihat sayu dan menangis semahunya. Kali ini dia tewas lagi. Nasib memang tak berpihak padanya. Mungkin dia bakal terperangkap dalam tirai besi milik Hans ini selama-lamanya.
"Korang berdua boleh balik. Biar aku handle perempuan degil ni..." suara tegas Hans mengarahkan Andy dan Jakob untuk segera pergi dari situ.
Andy hanya mampu menghantar pandangan belas ke arah Thia. Tindakan klien yang membatalkan temujanji di saat-saat akhir seakan petanda bahawa sesuatu bakal berlaku. Tak sangka gadis itu mempunyai rencana sendiri ketika mereka tiada di rumah.
Jakob hanya diam tanpa kata. Dalam diam dia juga geram dengan sikap keras kepala Thia. Andy ditarik bersama untuk keluar dari situ seperti biasa. Tak mahu nanti terkena tempias baran Hans.
"Maaf.." bisik Thia dalam tangisan yang sudah makin lebat ketika Hans mendekatinya.
Thia tidak tahu hukuman apa lagi yang akan diterimanya kali ini. Dia pasrah.
"Bukan main kau berjanji dengan aku, menangis -nangis, merayu-rayu cakap kau akan ikut cakap aku. Tapi sekarang apa kau buat? Mudahnya berjanji bila tengah terdesak kan, Thia?!"
"I'm sorry..." Thia sudah penat melawan. Semuanya terjadi atas kebodohannya. Dia akur.
"I thought you would listen. I thought you would stop disobeying me. Tapi sangkaan aku salah. Kau memang keras kepala."
"Fine. Kau nak keluar dari rumah ni sangat kan? Mari, aku tunjukkan jalan keluar. Lepas ni kau tak payah susah-susah fikirkan helah untuk larikan diri. I will fucking show you the way, Thia!!!" geram melihat Thia yang menikus, Hans akhirnya bertindak menarik perempuan itu kasar.
"Tak nak, Hans! Lepas!"
Bunyi guruh berdentum di luar. Pokok-pokok sudah melambai ditiup angin kencang. Begitu juga dedaun kering di halaman rumah, sudah terbang ditemani titisan air. Langit semakin mengelap, tak lama lagi hujan pasti turun dengan lebat.
Suara Thia melirih agar dilepaskan. Hans tidak memandang, malah terus sahaja dia mengheret wanita itu. Sampai ke pintu hadapan, tubuh Thia ditolak keluar.
"Hans! Don't do this to me! Please!"
Merinding bulu roma Thia ketika angin kuat menyapa kulit tubuh, kilat pula sudah kelihatan.
"I'm letting you go now. Isn't that what you want? Larilah sejauh yang kau nak! Aku tak peduli!"
Entah kenapa, dia terasa dengan kata-kata Hans yang itu. Thia cuba meraih lengan Hans tetapi dia semakin ditolak hingga ke halaman rumah.
"Tolonglah, Hans! Hari dah nak gelap. Saya takuttt...!"
"Do i care? Now, get out of my face! Kau boleh pergi mana kau suka!" Hans mendorong Thia menjauh sekali lagi.
Thia menangis semakin kuat, dan serentak itu juga hujan turun dengan lebat. Ketika mahu meluru masuk, pintu rumah sudah dihempas sekuatnya. Thia mengetuk sekerasnya, berharap agar ada secebis belas kasihan dari Hans.
Hans berpaling ke belakang sekejapan. Terdengar suara Thia memanggil-manggil namanya, cuba melawan bunyi hujan yang semakin lebat. Jiwanya terusik, namun egonya lebih mengatasi. Hati dikeraskan, lalu dia naik ke atas tanpa berkalih lagi.
"Hans! Bukak pintu ni! Tolonglah..." jerit Thia dalam sendu.
Tempias hujan menampar-nampar kulit Thia yang terdedah dek hanya memakai sehelai t-shirt lengan pendek nipis dan seluar panjang. Kesejukannya dapat dirasa mencengkam hingga ke tulang.
"Mana aku nak pergi?" lirihnya sendiri.
Suasana malam semakin gelap, Thia tidak berani menjejak kaki keluar dari kawasan rumah itu walau selangkah pun. Dia tidak tahu ke mana ingin dituju. Dia takut jika tersesat, atau diculik, atau diganggu makhluk halus. Dia bukanlah berani seperti yang disangka!
Thia akhirnya mengengsot ke tepi dinding, betul-betul di belakang sebuah pasu bunga besar yang sama paras pinggang ya. Harap-harap cukup untuk dijadikan tempat berlindung malam ini. Pakaiannya sudah makin basah terkena air hujan. Bibir sudah terketar-ketar menahan kedinginan.
Sampai hati Hans!
..
"Meow!" suara Gummy tak henti-henti mengiau, seolah-olah ingin memberitahu sesuatu.
Setelah berjaya melompat ke atas katil, kucing itu menghenyak pula selimut yang menutupi tuannya. Sekejap sahaja, dia menemui wajah Hans yang sedang tidur pulas.
"Meow!" wajah Hans dihidu sebelum dijilat-jilat.
Hans yang merasakan ada sesuatu merayap di wajahnya mulai bergerak-gerak perlahan. Geli, lalu dia membuka mata dengan payah.
"Ugh!" baru dia sedar siapa yang mengganggu lenanya. Hans celikkan juga mata dan meregangkan tubuh yang kepenatan.
"Morning baby..." Hans cuba menolak Gummy ke tepi dan menarik sedikit selimut, menutupi badan yang tidak berbaju.
Dingin sekali pagi itu, macam nak sambung tidur! Namun niatnya terbantut ketika Gummy sekali lagi naik ke atas badannya. Nak apa lah minah manja ni?!
"Hey, hey! What's up Gummy?"
"Meow..." Gummy seakan membalas pertanyaan Hans, tapi tidak pasti apa yang dia ingin katakan.
"Papa nak bangun lah ni." Hans akhirnya akur dan menolak semula selimut untuk bangun.
Dengan keadaan sejuk menggigil, dia sempat kerling bayangan sendiri di dalam cermin. Sambil-sambil itu kedua belah lengannya dikepalkan, tegang hingga menampakkan otot bicep yang sasa. Hasil pergi gym dua jam sehari. Hans senyum senget. Bangga dengan pencapaian sendiri. Gummy di sebelah hanya menjilat tapak kaki.
"Looking good, Hans! Hebat!" Hans berbisik, memuji diri sendiri. Kali ini dia menilik wajahnya pula.
Tak sia-sia dia mengubah penampilan diri. Waktu di kolej dahulu, dia sering digelar lelaki lembik, nerd, hodoh. Kerana itulah dia mudah dibuli dan diperlakukan sesuka hati.
Tapi kini imej budak lelaki nerd itu berjaya dia buang jauh-jauh. Hans hari ini merupakan jejaka yang lebih maskulin, tampan, segak dan yakin. Kerana itu juga dia kini berani mendekati wanita idamannya.
Tiba-tiba Hans teringatkan Thia. Ya, gadis itu masih di luar rumah.
Mungkin? Kalau dia tak larikan diri lah...
"Sial!"
.
.
Hans berlari anak ke tingkat bawah. Sewaktu pintu rumah dibuka, angin pagi yang kuat lagi sejuk menyerbu masuk. Mahu beku otaknya sekejap. Matanya sibuk mencari figura Thia.
Tidak lama kemudian pandangannya jatuh ke arah sebatang tubuh kecil yang mengerekot di celah sebuah pasu bunga besar. Laju dia mendekati. Thia tidak sedarkan diri, tetapi badannya yang kebasahan menggigil kecil. Wajah Thia pucat lesi.
"Thia!" panggil Hans sambil membawa Thia ke dalam pelukan. Digoncang-goncang sedikit tubuh kaku itu.
"Fuck. Sejuk!" getus Hans perlahan sewaktu ada angin yang menerpa ke bahagian tubuhnya yang masih tak berpakaian.
Tangan ditekupkan ke dahi Thia. Sedikit panas suhu di situ. Dah nak musim sejuk, mana tak beku si Thia ni dia tinggalkan sorang-sorang di luar! Rasa bersalah mula menghantui dirinya. Pipi Thia ditepuk-tepuk lagi.
"Cynthia! bangun!" Tiada balasan.
"Meow!" Entah sejak bila Gummy tiba di sebelah.
"Ya, salah papa. I know!" getus Hans. Baru dia perasan dari tadi Gummy sibuk memberi petunjuk kepadanya. Kucing pandai!
Tak lama kemudian Andy dan Jakob tiba. Laju sahaja mereka berlari mendapatkan Hans.
"Jakob, call Dr. Hanany. Suruh dia datang sekarang! Andy, help me out!" Hans menyuruh sebelum mencempung isterinya masuk ke dalam rumah.
"Get in, baby girl!" ujar Andy pula kepada Gummy di belakangnya.
.
"How's she?"
"Dia cuma pitam, dan demam. I'll prescribe her some pills. Hopefully she'll be fine soon. And please make sure she eat something. If tak baik nanti please let me know asap." ujar Dr. Hanany setelah selesai memeriksa Thia.
Hans dilihat mengeluh, juga sedikit lega.
"Thanks, Hany."
"No biggie. So, are you gonna tell me what's happening? I'm sure you owe me a BIG explanation." Dr. Hanany memandang Hans penuh makna.
Sewaktu mendapat panggilan dari Jakob tadi, dia terus bergegas ke mari. Baru hari ini juga dia mengetahui lokasi rumah rahsia atas bukit milik Hans ini. Makin banyak rahsia Hans dalam genggaman dia.
"Apa you nak tahu?" Hans tidak takut untuk bercerita memandangkan dia boleh mempercayai doktor merangkap teman baiknya waktu sekolah itu.
Dr. Hanany merupakan salah seorang dari hanya beberapa orang teman sekolah yang masih berhubung dengannya sampai hari ini.
"Siapa perempuan ni? and what you did to her sampai lembik macam ni–" matanya mengecil.
"She's my wife." jawab Hans tanpa berselindung.
Mata Dr. Hanany membulat tak percaya? Biar betul si Hans ni? Tiba-tiba je? Hans pantas menarik lengan Dr. Hanany menuju ke balkoni. Bimbang kalau Thia terdengar perbualan mereka.
"What?! Your wife? Since when? You've gotta be kidding me Hans... rasanya tak adalah lama sangat i tak jumpa you? Apa you dah buat dekat dia ni? Don't say that–"
"Yes. Since last month. No, i didn't do anything bad to her macam yang you fikirkan." Hans memotong bicara dengan menjawab soalan Dr. Hanany satu-persatu, dia tahu apa yang doktor muda itu fikirkan.
Walaupun sebenarnya ada juga pembohongan dalam kata-katanya tadi!
"Hany can you please don't tell mama about this?" sambungnya lagi.
"You mean Aunt Helen didn't know about this? Why? How?" soal Dr. Hanany tak percaya.
Setahunya Hans sangat rapat dengan ibunya, masakan hal besar begini dia tidak diketahui oleh wanita itu?
"You know why."
"Ah, i ingat. Because she likes Anya kan?"
Hans mengangkat bahu dan membuat mimik muka menyampah. Serabut setiap kali mendengar nama Anya, satu-satunya anak perempuan Dr. Jemima yang diidam-idamkan oleh Helen untuk menjadi menantunya.
Hans tidak pernah menerima, malah berkali-kali juga dia dan Helen bergaduh kerana Hans buat sikap tak acuh setiap kali disuruh keluar bersama Anya. Kini lebih teruk, dia juga sudah mengahwini gadis pilihannya tanpa pengetahuan si ibu. Apa nak jadi, jadilah! Nanti-nanti sahaja dia fikirkan.
"Seems like you really love her. Kalau tak, tak adalah sampai kahwin senyap-senyap macam ni." kata Dr. Hanany sambil menjuih ke arah Thia.
"Yes. I really, really love her. My crush since college years.. Remember when i told you i like someone?" Hans ukir senyum sipu.
Selama bertahun-tahun, hatinya hanya terpaut pada seorang wanita sahaja. Memang sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Thia. Tetapi sekali pun dia tidak berpeluang untuk menyatakan perasaan itu kepada Thia.
"Yes, yes i baru ingat. Awh... no wonder!" Dr. Hanany menyinggung bahu Hans yang kelihatan malu-malu. Rasa nak hempuk je kepala si Hans ni. Mengada!
"You never told me about her. I mean, you barely talk about any girl. Sampaikan i ingat you gay! Rupanya dalam diam dah ada pujaan hati."
"I'm not gay, Hany. PLEASE." cepat-cepat Hans menyanggah pernyataan satu itu. Apa? Asal sado je gay?
Dr. Hanany ketawa kecil sambil mengangguk faham, dia tumpang gembira.
"She's beautiful. Pandai you pilih." katanya lagi.
Hans senyum bangga. Bukan sahaja cantik, malah degil!
"Tapi macam mana boleh sampai demam? You dera dia eh? You tak bagi dia makan?" kata-kata Dr. Hanany kembali menyedarkan Hans yang mengelamun. Rasa macam kena tikam dengan kata-kata Dr. Hanany itu tadi.
"Er? Huh?" Hans dah mula gelabah.
"I tanya kenapa dia sampai demam?"
Hans garu kepala yang tak gatal, mencari-cari alasan.
"Oh. She just lost her mum. Plus it's raining heavily yesterday at the funeral. That's why. Lagi pun dia selalu mengadu tak ada selera." lancar sahaja Hans membohong dengan wajah yakinnya.
"God... i'm so sorry to hear that. It must be hard." Dr. Hanany turut bersimpati mendengarnya. Mudah betul percaya dengan alasan Hans.
"Yeah. Mungkin dia stres." tambah Hans lagi, masih mengekalkan lakonan bertaraf bintang Oscar.
"I see. Don't be so hard on her, tau? She just lost her loved ones. Jaga dia elok-elok. She need proper rest."
Entah mengapa nasihat Dr. Hanany itu sedikit membuat Hans terkesan. Padahal Dr. Hanany tidak tahu apa-apa tentang mereka. Teruk sangat ke layanan dia terhadap Thia setelah kematian Emma? Hans cuba untuk tidak fikirkannya.
********************************************
"Korang boleh balik dulu. No need to come unless i called. Anything aku inform." Hans mengarahkan kepada Andy dan Jakob.
Dia perlu waktu bersendirian dengan Thia untuk beberapa hari. Kedua anak buahnya itu hanya mengangguk faham sebelum beredar. Mereka juga lega setelah kehadiran Dr. Hanany sebentar tadi. Bimbang juga kalau terjadi sesuatu serius kepada Thia.
Setelah tiada siapa lagi selain dia dan Thia, Hans menapak masuk ke dalam biliknya. Thia masih tidur lena di katil. Hans memandang wajah lesu itu seketika.
Bodoh betul dia meninggalkan Thia sendiri di luar semalam. Nasib baik isterinya itu hanya demam. Kalau hilang? Kena culik? Memang dia tidak akan memaafkan diri sendiri kalau perkara itu terjadi. Ya, masih ada sedikit perasaan belas dalam hatinya terhadap Thia.
Lambat-lambat dia melabuhkan punggung ke atas katil, berdekatan dengan Thia. Wajahnya diraup seketika. "I'm sorry, sweetheart..."
Matanya tak lepas memandang wajah wanita kesayangannya. Sebelum kejadian semalam, wanita itu kelihatan cuba berbaik dengannya. Tetapi entah kenapa egonya terlalu tebal hingga akhirnya dia menempelak lagi Thia dengan kata-kata yang menyakitkan.
Perlahan, satu ciuman dihadiahkan perlahan ke dahi Thia yang masih hangat. Rambut panjang Thia diusap lembut dan penuh kasih. Terasa dia jatuh cinta sekali lagi. Sekali lagi Thia membuat perasaannya berbolak-balik.
"Jangan lari lagi, Cynthia. Tolonglah..."
Fake betul Hans kali ni haha! Happy reading guys. - EH
Share this novel