18: Amaran

Romance Series 15523

Menjelang petang, langit semakin gelap. Cynthia masih menekur tanah, perutnya sudah berkeroncong. Tak lama selepas itu, rintik hujan mulai jatuh menyentuh pipinya. Thia mengeluh melihat dua lagi polibeg yang belum dikerjakan.

Daripada dimarah lagi, baik dia teruskan. Dalam pada hatinya berbisik, serentak itu hujan turun dengan lebatnya. Niat di hati dibatalkan, Thia bergegas mengemas dan berlari masuk ke dalam rumah.

Tubuh kecilnya menggigil akibat terkena tempias hujan. Keadaan di dalam rumah yang sunyi sepi pula membuat dia makin seram sejuk. Mana pergi semua orang?

Baru sahaja dia ingin menapak menaiki tangga ke atas, serta merta seisi rumah bertukar gelap. Terjerit kecil Thia dibuatnya.

"Blackout pulak!" getusnya kegeraman. Angin bertiup agak kencang di luar, beserta pula guruh dan kilat. Thia tak sukakan keadaan itu.

Tubuhnya dipusing, tak jadi melangkah ke atas. Tiba-tiba Thia terlanggar satu lembaga tinggi. Kedua belah lengannya pantas dikunci.

"Ah!!! Lepas! Lepaskan aku!" Thia menjerit dan cuba melepaskan diri.

Jantung dah berdebar kencang. Makin dia meronta, makin kuat genggaman di lengan. Akhirnya satu suara menyapa.

"Thia! Ni aku lah!"

Mendengarkan suara Hans, Thia berhenti melawan. Hati yang tadinya merusuh kembali tenang. Thia meluru ke dalam pelukan Hans. Sungguh dia lega!

Dibiarkan sahaja kakinya mengekori jejak Hans. Pegangan mereka tak lepas. Tak lama kemudian, suasana kembali terang benderang setelah Hans membuka suis utama.

Tersedar dia masih dalam rangkulan si suami, Thia pantas menjauhkan diri. "Maaf."

Tak sempat pun seinci dia menepi, Hans kembali menarik. Lelaki itu hanya merenung dia dalam diam.

"Awak...nak apa?" gigil Thia bertanya.

Hans masih sahaja diam. Dalam diam melawan getaran di dada, dan dia pasti Thia tidak perasan akan itu. Mata nakalnya jatuh pada baju lencun milik Thia yang menampakkan susuk tak sepatutnya.

"Saya basah ni. Saya nak naik dulu!" dari tadi sebenarnya Thia menahan kesejukan yang mencengkam. Tapi apasal pulak lelaki ni pandang dia macam nak telan?

"Shh..." jari telunjuk Hans jatuh pada dua ulas bibir Thia.

Hati Thia tak dapat bertenang dalam situasi itu. Makin lemas rasanya bila tangan kasar itu mengusap pula rambut lembapnya. Automatik sahaja mata dia terpejam.

Hans sembunyi senyum sambil menyentuh wajah Thia agar memandangnya. Sepasang mata indah itu terbuka perlahan lalu berlaga dengan pandangannya. Hujan-hujan begini, lain macam pula rasanya bila masing-masing saling merenung.

Thia yang tersedar ada tangan melingkar pada pinggangnya tersentak kecil. "Jangan!"

Pantas tangan dia meleraikan pegangan Hans. Sejujurnya dia masih terasa hati dengan layanan Hans terhadapnya siang tadi. 'Suka hati je nak pegang-pegang orang!'

Hans akur dengan penolakan itu. Dia akui agak keterlaluan layanannya terhadap Thia. Sanggup dia ketepikan rasa rindu yang membuak-buak demi untuk kenakan Thia.

"Saya nak naik mandi." Thia ingin kembali menapak ke atas tetapi sekali lagi lengannya ditarik.

"Apa lagi?!" ujarnya sedikit geram.

"Nanti jangan lupa makan. Aku tak nak kau demam lagi. Andy dengan Jakob tak ada. Jangan menyusahkan aku." pandangan Hans yang tadinya redup kembali dingin.

Hans rasa nak lempang diri sendiri. Berkali-kali suara hatinya memberi amaran keras, jangan mudah berlembut...

************************************************

Keluhan panjang terluah dari bibir. Dengan hati yang berat, Hans menekan punat hijau pada skrin telefon. Matanya masih melekat pada kelibat Thia yang lincah menyiapkan kerja-kerja menanam yang belum selesai semalam.

"Hello, mummy." berat mulutnya menyapa. Otak sudah mereka-reka jawapan untuk soalan yang bakal ditanya.

"Where are you Hans?" di hujung talian, kedengaran suara wanita berusia separuh abad memulangkan pertanyaan.

"Rumah. Kenapa?"

"It's been a while since you called me. Sibuk sangat ke?"

Hans garu kening yang tak gatal. Sudah mengagak bakal disoal begitu. Memang sudah lama dia tidak menghubungi Helen sejak berkahwin dengan Thia. Pasti macam-macam disyaki mummy nya.

"Sibuk sikit mummy. I just got back from a work trip. Mummy sihat?"

"Sihat. Just wondering what you've been up to. Dah jumpa budak tu?"

Kalaulah mummy tahu budak yang dimaksudkan itu kini sudah menjadi isterinya, boleh perang dunia. Menjadikan Thia pasangan hidupnya tidak pernah ada dalam perancangan mereka.

"Dah."

Talian sunyi seketika. Hans cuba untuk tidak banyak berbicara.

"You know what to do. I hope you won't disappoint me, Hans. Remember your promises."

Hans menelan liur yang terasa berpasir. Apa mummy dapat menghidu sesuatu?

"Hans ingat."

"Don't be too fragile. I know she's your weakness, but remember what she did to you. Jangan kecewakan mummy, Hans."

"I know. I won't. Mummy kena percayakan Hans. I'm working on it." bohong Hans. Hakikatnya, Thia memang kelemahannya.

"Anya misses you. We can't wait to be back there to meet you." ujar Helen dengan senyuman di hujung talian.

"Hmm..." balas Hans acuh tak acuh. Paling malas bila bab Anya dibangkitkan.

"Kenapa Hans tak call dia?"

"Busy."

"Busy dengan perempuan–" sekali lagi Helen serkap jarang.

"My, please don't start it. I know what I'm doing." Hans memicit kepala yang mulai berat. Makin lama makin tak senang duduk dibuatnya dengan pertanyaan Helen.

"Masalahnya you jadi bodoh bila dengan perempuan tu! I just want to remind you. Ingat apa jadi dulu? You nak jadi macam Hans yang dulu? The weak, helpless Hans? Yang senang-senang dia pijak, dia buli?" keras suara Helen mengingatkan Hans tentang perkara lebih sepuluh tahun lepas.

Entah mengapa hatinya tak sedap. Sepertinya Hans ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Pernah dia cuba mengambil tahu dari pembantu peribadi Hans, tetapi hampa.

"Mummy please. Itu dulu my. Please, just let me do my things." pantang betul Hans jika diingatkan kisah silam itu.

"Do you still take your meds?"

"No! I'm not sick anymore, my. Berapa kali Hans nak bagitahu?I'm mentally and physically fine." nafas dihela berat tanda dia mulai serabut.

"How would i know?! Entah-entah budak perempuan tu buat you naik gila lagi? You gila dulu pun sebab dia!"

Hans meramas rambut dalam geram. Hendak melawan, dia tak sampai hati. Dia tak gila!

Mummy benar. Thia tak pernah gagal untuk mengocak perasaannya. Walau sekuat mana pun dia bertekad untuk membuang rasa sayangnya pada Thia, dia sering kecundang.

"I don't want to talk about this mummy, tolong lah."

"Kenapa? Dah angau balik dengan budak tu? Jangan cuba-cuba tipu mummy Hans."

Kata-kata Helen ibarat mencucuh api kemarahannya, Hans mendengus perlahan.

"I'm not. I hate her, you know that." dia juga keliru sama ada dia benci atau tidak.

"You better be. Jangan ada sekelumit rasa kasihan pun dekat orang macam tu! Dia dah hampir musnahkan hidup you. Dia licik macam mak dia. Kalau dekat, mummy dah ganyang-ganyang dia!"

Ternyata Helen masih belum habis dendamnya terhadap Emma, dan dendam itu kini beralih kepada Thia.

"Hans akan pastikan dia ingat balik apa yang dia dah buat, i promise." Hans berjanji lagi walaupun tak pasti.

"Good. Ingat plan kita. Mummy tak sabar nak jumpa dia. She better know who i am."

Hans meraup wajah kesal. Terasa seperti ada batu besar yang menghempapnya kini. Dia sedar apa yang dilakukan sudah jauh tersasar dari rencana asal. Fikiran makin kusut apabila mummy nya memberi amaran keras begitu. Dia bimbang, bila-bila masa sahaja mummy boleh pulang dari luar negara.

Pandangan kembali dilemparkan ke luar rumah. Wajah naif Thia dipandang dengan pelbagai rasa. 'Kenapa kau buat aku rasa macam ni Thia?'

..

"Thia!!!" suara Hans memetir dari dapur.

Laju bunyi tapak kaki Thia melangkah ke arahnya. Kini gadis itu berdiri agak jauh darinya, dengan wajah ketakutan. Apalah lagi salahnya kali ini. Buang tabiat agaknya Hans suruh dia masak hari ni, dia belum habis belajar lagi dengan Andy kot!

"Ya, saya."

"Kau rasa sup ni." Hans menolak mangkuk sup di hadapannya ke arah Thia. Gadis itu merapati meja makan.

Thia mencapai sudu terketar-ketar, lalu sup itu dicicip sedikit. Tawar rasanya. Kelat wajah Thia apabila melihat Hans sudah berdiri dari duduk.

"Ni sup ke, air paip?" tanya Hans lagi. Tangannya ditongkatkan ke atas meja, menanti alasan Thia.

"S-sup." Thia tidak angkat muka, hanya menjawab perlahan.

"Kau ingat aku ni kucing, nak makan benda-benda macam ni?" tangan Hans mencedok-cedok sup tadi dengan sudu. Tak ada rupa sup langsung!

Thia pantas menggeleng. Dia benar-benar lupa untuk merasa sup itu sebelum dihidangkan. Lagi pula dia juga lupa sama ada dia sudah menambah garam ke dalamnya atau tidak.

"Kau ambik ni, buat mandi. Lagi elok, Thia." Tangan Hans mencapai mangkuk berisi sup itu, lalu dicurahkan ke atas kepala Thia tanpa belas kasihan.

Thia menjerit kecil apabila mukanya sudah basah bermandi sup. Hendak melawan dia tak mampu memandangkan lengannya digenggam kemas oleh Hans.

"Suruh masak pun lembab!" Hans sempat menunjal dahi Thia yang sedang menahan sebak. Gadis itu menyapu-nyapu t-shirt nipisnya yang sudah kuyup.

Putus selera Hans tengah hari itu. Sudahlah mood dia hilang selepas panggilan telefon dari Helen tadi, jangan sampai dia tibai Thia atas meja makan ni pula.

"Aku ingatkan dah bergelak sakan belajar dengan Andy dah reti lah masak. Rupanya, haram! Buat rugi je la aku simpan kau."

Thia mematung tanpa jawapan. Sungguh hatinya hancur dengan hinaan itu. Melihat diam Thia pula, Hans makin geram. Pesan mummy nya menerjah ingatan. Jangan ada belas kasihan terhadap wanita ini.

"Hei, pompuan! Mak kau tak ajar kau masak ke dulu? Ke dia ajar kau mengangkang je?"

"Hans!" Thia berusaha menahan diri dari menaikkan tangan. Baginya kata-kata Hans tadi sangat melampau.

"Kenapa? Nak tampar aku? Atau betul apa yang aku cakap?!"

"You're too much..."

"Kau dengan mak kau sama je. Bitchy mom, bitchy daughter..."

"Leave my mom's name out of your freaking mouth." Thia ingin segera pergi dari situ, tetapi dihalang Hans.

"Sinilah kau, aku belum habis cakap! Tak payah nak berlagak suci lah, Thia! Aku belum lupa lagi apa yang kau dah buat kat aku. Atau aku patut ingatkan kau sekali lagi? You're a fucking mean bitch back then, Thia." ujar Hans sinis di hadapan wajah Thia.

.
.

FLASHBACK

10 tahun yang lalu...

Tiga orang sekawan sedang berlegar-legar di perkarangan perpustakaan pada pagi yang hening itu. Tatkala pelajar lain sudah pun memulai kelas mereka pada pagi itu, Cynthia, Victoria dan Divya tidak tahu ke mana untuk dituju.

"Cynthia!" Victoria tiba-tiba mencuit bahu Thia di sebelah.

"Apa hal?"

"Itu bukan mamat nerd yang gilakan kau tu ke?" bibir Victoria menjuih ke suatu sudut perpustakaan.

Kelihatan Hans sedang duduk sendiri di sebuah meja yang agak terpencil dengan fon kepala, sedang fokus menghadap buku tebal di hadapannya.

"Haah la Thia. Rajin betul dia study walaupun banyak kali kena repeat paper." kata-kata Divya pula disambut dengan gelak oleh Victoria.

Thia menjeling sekilas. Menyampah betul dia melihat wajah itu. Dia ingin segera pergi sebelum dilihat Hans.

"Eh, rileks la... Class cancel kan? Apa kata kita prank dia?" Divya memberi cadangan.

"Prank mende pulak kau ni?" balas Victoria.

"Anything. Kau ada idea tak, Thia?" Divya perasan akan wajah Thia yang seakan berfikir sesuatu.

"Aku ada idea. But it's not going to be an easy and nice one." wajah Thia serius, hinggakan Divya dan Victoria memandang sesama sendiri.

"Apa idea kau?" tanya Victoria lagi.

"Maksud kau idea jahat?" tanya Divya pula.

"Kau ada bawak pil tidur?" tanya Thia kembali. Dia tahu Victoria ada mengambil ubat tidur bagi merawat insomnia yang dialami.

"Adalah. Aku memang selalu bawak. Tapi kau nak buat apa?"

Thia senyum sinis, lalu bahu kedua rakan baiknya dirangkul mendekat. Rancangan untuk mengenakan Hans mula diatur.

Apalah yang dirancang oleh Thia tu? - EH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience