Thia terkejut sekali lagi selepas terlelap kira-kira 10 minit. Jam di dinding masih menunjukkan pukul 10 pagi lebih. Dia tertidur lagi selepas sarapan akibat kebosanan. Sebetulnya, kerana memikirkan kelibat Hans tidak kelihatan walaupun sudah lewat 2 hari dari hari asal lelaki itu dijadualkan pulang.
Mustahil lah dia rindu. Tapi sejujurnya Thia lebih rela ditengking dimarah setiap hari daripada terperuk bosan dalam sangkar emas Hans ni. Lama-lama dia boleh kemurungan!
Thia pasang angan jauh lagi. Adakah lelaki itu ada memikirkannya sepanjang di luar sana? Atau Hans ada pasang perempuan lain tanpa pengetahuan dia?
Tiba-tiba Thia teringatkan Heri. Entah-entah perangai Hans sama macam ayahnya? Tak mustahil kalau suatu hari nanti dia bakal ditinggalkan kerana wanita lain seperti mana yang berlaku kepada ibu Hans. Mendecit Thia perlahan tanda tak puas hati.
"Lelaki kan, semua sama je! Dah sedap-sedap dengan perempuan lain, kat luar cari perempuan lain pulak!"
Sedang Thia merapikan katilnya, tiba-tiba Thia terdengar pintu biliknya terkuak. Laju badannya berpusing, takut-takut kalau si empunya badan yang baru dikutuk muncul di muka pintu.
"Fuh...!" Thia tarik nafas lega setelah melihat Gummy menjilat-jilat tapak tangan di sebelah pintu.
"Gummy rupanya? Meh sini!" Thia mengangkat kucing itu lalu dia mengambil tempat di atas katil bujangnya.
Bulu Gummy yang lembut diusap-usap. Gummy hanya membiarkan sambil mengiau, mungkin selesa dengan layanan Thia.
"Mama sunyilah, Gummy. Bosan tau. Papa awak dah la selalu tinggal mama sorang-sorang. Entah ke mana pulak dia pergi sampai berhari-hari tak balik." pesanan Andy dah mula dipraktikkan, dilayan Gummy ibarat anaknya sendiri.
"Dah lama mama tak keluar rumah. Apalah yang kawan-kawan mama tengah buat agaknya? Diorang ada cari mama tak? Agak-agaknya ada orang risaukan mama tak?" ujar Thia sambil memandang ke arah luar tingkap.
Hidupnya berubah serta-merta setelah ke sini. Terasa begitu jauh dan asing dunia si luar sana. Daerah yang didudukinya itu juga sunyi yang amat. Jiran nak bersembang pun tak ada. Kali terakhir dia bersembang dengan orang luar adalah sewaktu dia curi-curi hendak larikan diri dari situ dengan menghubungi Julie. Sumpah dia takkan buat lagi dah!
"Tapi nasib baik awak ada, kurang sikit sunyi." Thia senyum ke arah si gebu yang di dalam rangkulannya.
Hans sedang berpeluk tubuh dan bersandar pada dinding bilik Thia tanpa wanita itu sedar. Dia baru sahaja tiba dan sempat mengintai ke dalam kamar kecil milik si isteri. Tak sampai hati nak kejutkan si 'tuan puteri' yang sedang nyenyak, akhirnya dia berkeputusan untuk menunggu di luar sahaja.
Dia dengar jelas apa yang dibualkan oleh Thia dari tadi. Terusik juga hatinya dengan luahan Thia. Memang tak ubah seperti banduan kehidupan Thia sejak sampai ke sini. Nak ketawa pun ada. Apa guna Thia bersembang dengan Gummy yang tak reti menjawab tu?
"Kau buat apa dengan kucing aku?" Hans tiba-tiba menjenguk ke dalam bilik tanpa amaran. Tak betah lama-lama di luar situ. Wajahnya dibengiskan seperti biasa.
Terkejut Thia dibuatnya, sampai terlepas Gummy di tangan. Gummy apatah lagi, mengiau la. Nampak sahaja tuannya bersandar di muka pintu, si kucing itu terus turun dari katil Thia dan menuju ke arah Hans.
"Tak ada buat apa. Dia cuma naik atas katil saya tadi." Thia membetulkan cadar dan segera bangun dari situ.
Kenapalah dia gatal membenarkan Gummy masuk biliknya tadi! Dan lelaki itu pula? Hans? Sejak bila laki dia balik ni? Dia ada dengar ke aku membebel tadi? Macam itu je dia tegur aku? Thia ketap bibir sendiri. Terasa berdebar pula hendak bertentangan mata dengan Hans.
"Sekali lagi aku nampak kau sentuh dia, siap kau eh?!" Hans memberi amaran sambil mengangkat kucing kesayangan. Tahu pun pucat muka Thia.
Thia menunduk faham. Sia-sia dia sibuk fikirkan Hans, bila balik kena marah lagi. Cepatnya dirimu berubah wahai suami...
"Turun bawah sekarang, pergi laman belakang." suara Hans masih keras, sengaja hendak menguji Thia. Dalam hati rindunya membuak-buak, tetapi wajah tetap tegas.
Thia akur, segera dia angkat kaki dari situ sambil langkahnya diperhatikan hingga hilang dari sudut kamar. Sebal!
Hans pula mengambil tempat di atas katil usang Thia. Entah berapa usia katil bujang itu. Sampai berkeriut bunyi spring katil Thia disebabkan Hans terlalu berat. Terangkat sepasang kening tebalnya.
"Tak boleh buat projek kat sini ni, bising..." selamba ayat itu meluncur dari bibir Hans.
Gerakan kecil Gummy di riba menyedarkan Hans kembali. Sebelum jauh fantasi dia, baru teringat ada makhluk sedang memerhati.
"Papa bagi kau teman bini papa, tengok-tengokkan sekali jangan bagi lari. Kalau dia cuba lari lagi, siaplah dia!" giliran Hans bercakap-cakap dengan Gummy. Kucing putih itu hanya mengiau, seolah-olah mengerti.
..
Terdengar bunyi-bunyi yang agak bising dari laman belakang, Thia lajukan langkah untuk menjenguk. Kelihatan sebuah van berwarna biru cerah terpakir di halaman belakang itu, dan riuh rendah pemandunya bersembang dengan Andy dalam bahasa cina yang tak difahaminya.
"Apa pulak tu?"
Di bahagian belakang van, ada seorang pemuda yang kelihatan sedang mengangkut beberapa buah polibeg berisi pokok bunga turun dari kenderaan itu.
Selesai kerja-kerja mengangkut, Andy melambai tangan mengucapkan selamat tinggal sebelum van itu beredar meninggalkan rumah.
"Cynthia." Andy menegur Thia yang asyik memandang bunga-bunga ros yang baru sampai.
"Cantiknya these roses, Andy!" Thia tersenyum melihat kira-kira 10 polibeg berisi pokok bunga ros merah yang sangat subur.
Setiap bunganya mekar dan kelopaknya sedikit lembap. Kelihatan sangat cantik di mata Thia, hinggakan dia terpanggil untuk mencium harum dari bunga-bunga itu. Tanpa sedar, dia tersenyum manis.
Andy pula tersengih pahit. Memang cantik. Yang tak cantiknya pelan tuan Hans yang baru diberitahu kepadanya tadi.
Hans sudah tercegat di sisi Andy, turut melihat Thia yang ralit mencium bunga ros. Dia punya rancangan untuk menyakat Thia. Tak sah rasanya kalau tak mengenakan Thia. Isyarat diberi pada Andy agar beredar dari situ.
"Cantik kan bunga kesukaan aku?"
Thia tersentak mendengar suara yang cukup dikenali, lalu mengangguk. Mata Hans tak lepas memandangnya sambil berjalan semakin mendekat. Jarak antara mereka yang semakin mengecil membuat dia lekas mengalih pandang.
"Rose. The symbol of romance and beauty." bisik Hans dekat di sebelah wajah Thia.
Cantiknya ros itu dia boleh ibaratkan seperti kecantikan Cynthia. Sayangnya ros itu berduri.
Every rose has it's thorn to protect itself.
Begitu juga dengan Thia. Mendekati Thia bukan suatu perkara yang mudah. Banyak kali dia terluka. Namun dia rela. Asalkan dia dapat memiliki apa yang dia hajati.
"Kau tengok laman belakang di masih ada ruang kosong kan? Do me a favor, Thia. Takkan kau nak duduk goyang kaki je dekat dalam rumah ni kan?" bahu Thia diusap lembut oleh Hans. Pastinya Thia tertanya-tanya akan tugas seterusnya.
"Aku nak kau tanam semua ni. Make it a garden rose. Petang esok aku nak tengok semuanya dah siap. Lantak kau la nak fikir, nak buat macam mana pun, yang penting esok siap."
Thia yang dari tadi tak berkutik hampir terlopong mendengar arahan itu, belum sempat berfikir pun satu lagi arahan menyusul.
"Oh, and one more thing. Use that bare hands of yours okay? Good luck, because Andy or Jakob won't help you this time sweetie."
"T-tapi, banyak sangat ni..." balas Thia sambil menahan geram.
Gila ke? Nak kerjakan pokok-pokok ni semua pakai tangan, dan siap esok? Kebiasaannya kerja-kerja kebun akan dilakukan oleh beberapa orang upahan Hans juga. Kenapa kali ini dia harus mengerjakan semuanya sendirian pula tu? Hans memang nak seksa dia!
"Kau dah banyak sangat rehat. Dari kau gemukkan badan kau dengan makan tidur je, elok la kau buat kerja. Okey? Selagi kau tak siap, selagi tu aku kau tak payah makan. Biar slim sikit. Sakit mata aku tengok lemak-lemak kau ni." bahu Thia ditunjal-tunjal perlahan.
Mana ada gemuk pun. Dia saja nak mengejek Thia. Tahu benar gadis itu pasti akan terasa dalam diam.
"Kalau tak ada apa-apa bantahan lagi, kau boleh la start buat kerja sekarang ya?"
Hans puas hati melemparkan kata-kata pedas itu tadi apabila melihat wajah Thia berubah. Makin Thia marah, makin dia suka. Satu kucupan singgah di pipi Thia apabila tiada lagi jawapan dari isterinya.
"Buat semangat kerja." Hans senyum sinis dan berlalu masuk ke dalam rumah.
Thia mengatur nafas yang berat, kepala digelengkan untuk mengusir amarah yang hampir meletup. Baru sahaja hati dia tenang melihat bunga ros yang cantik-cantik, Hans dah robek dengan arahan yang tak masuk akal. Sudahnya, dia tak terdaya lagi ingin melawan.
Kepala Thia mendongak ke arah langit. Matahari sudah semakin menegak. Elok kalau dia cepat memulakan tugas. Dengan terpaksa, kaki seluar dilipat lalu dia mendekati deretan polibeg tadi.
.
Andy muncul di sebelah Thia yang kelihatan sedang terkial-kial menggali lubang tanah tanpa sebarang peralatan. Kasihan. Itu sahaja yang mampu dia gambarkan. Dia tahu Thia tidak biasa dengan kerja-kerja begitu. Hendak menolong lebih, dia sudah ditegah. Namun nasibnya baik bila Hans membenarkan dia untuk memantau hasil kerja Thia.
"Apa awak buat kat sini, Andy?" Thia terlebih dahulu menegur.
Macam orang gila dia menggali lubang pada tanah menggunakan kedua belah tangan. Entah bila akan siap agaknya, dia juga tidak tahu bagaimana hendak mula menanam.
"I can help you with some ideas." tawar lelaki itu.
"Tak payah lah. Nanti Hans marah awak pulak. It's okay. I got this." balas Thia walaupun dia sendiri tak pasti dengan jawapannya.
"Saya dah mintak izin tuan Hans untuk bantu awak fikirkan cara. Kita buat sama-sama ya? Saya ada jumpa tutorial dekat Youtube. I'll show you." Pantas Andy mengeluarkan telefon pintarnya untuk menunjukkan video yang dimaksudkan.
"Kenapa awak selalu bantu saya, Andy? Saya dah banyak susahkam awak." menunduk wajah Thia ketika dadanya mula berasa sebak. Andy adalah salah satu insan yang sudah banyak membantunya selama ini.
Andy perasan akan mata Thia yang sudah berkaca. Kasihan. Dia sering melihat gadis itu bersedih angkara tuannya. Entah apa lagi perkara yang belum selesai antara Hans dan Thia.
"Dah tugas saya, Thia. Selagi Thia perlukan saya, saya sedia membantu. Sabar ya."
..
Andy menghulurkan segelas air sejuk kepada Hans. Lelaki itu menyambut, lalu berjalan keluar ke arah Thia yang masih terbongkok-bongkok di atas tanah. Setelah mendapat sedikit panduan tentang cara-cara menanam pokok, Thia lebih lancar menyiapkan tugasannya. Andy pula hanya memerhati.
Sesampainya di hadapan Thia, Hans duduk mencangkung. Matahari sedang terik, wajah mulus isterinya pula lencun dibasahi keringat. Thia masih menunduk, tidak mahu mengendahkan kehadiran Hans.
Wajah kemerah-merahannya terasa diangkat tiba-tiba. Hans merenung dengan senyum manis. "Penat?"
Thia diam dan melarikan wajahnya. Soalan apa tu? Dia bukan sahaja penat, malah panas dan rasa hendak pengsan bila dari tadi dia belum henti-henti bekerja.
Tercuit hati Hans melihat wajah ketat milik Thia. Penat pun lawa. Anak rambut gadis itu yang terjuntai basah di dahi diseka, lalu minuman dihulurkan. Terkebil-kebil Thia cuba menolak.
"Minum."
"Tak nak." Thia geleng kepala, hatinya sudah remuk redam.
"Panas ni. Nanti kau pengsan pulak."
"Takpe. Belum nak pengsan lagi."
"Menjawab? Aku cakap minum, minum jelah!" suara garau Hans meninggi, hingga terhincut bahu si isteri mendengarnya.
Terketar-ketar Thia menyambut gelas. Hans perasan akan tangan dan jari-jari Thia yang comot dengan kesan tanah. Kuku-kuku gadis itu kotor, dan ada juga kesan luka kemerahan pada tapak tangan. Mungkin akibat terkena duri. Mana taknya, sarung tangan pun dia tak kasi pakai.
Hans cuba buat tak endah walaupun hati sudah diramas rasa bersalah yang amat. Dia tahu arahannya melampau. Riak kepenatan jelas terpancar pada wajah Thia. Rakus dia meneguk habis air di gelas.
Gelas diambil kembali dari Thia. Matanya meliar melihat sebahagian pokok ros yang sudah ditanam. Masih berbaki lagiĀ separuh polibeg.
"Kalau penat rehatlah. Sambung esok. Masih ada masa lagi." pesan Hans tanpa perasaan. Kasihan sebenarnya melihat Thia yang makin lembik.
Hilang sahaja kelibat Hans dari pandangan Thia, wanita itu mengeluh kuat. Setitik air mata yang jatuh disapu kasar. Sungguh dia tak larat. Kalau belum siap, dia tak dibenarkan makan. Macam mana dia nak rehat?
"Sial punya laki! Kau apasal hah? Kejap okey, kejap tak okey. Yang tersiksanya aku, tahu tak?!" gumam Thia penuh sebal. Sumpah dia tak mengerti sikap Hans yang tak menentu itu.
"Ehem!" deheman Hans membuat Thia mematung.
"Kau tengah marah sapa?"
Thia memejam mata. Takkanlah Hans dengar dia mengutuk tadi?
"Kau dah bisu ke Thia?" suara itu makin mendekat hinggakan memaksa Thia untuk mencelik mata.
"Ah!" terkejut Thia apabila Hans sudah duduk mencangkung separas dengannya.
"Kau jangan ingat aku pekak, Thia. Kalau tak puas hati, cakap!" Hans memberi amaran sambil menggenggam lengan Thia.
Thia menggeleng ketakutan, tak berani lagi berkata-kata.
"Sambung keje kau!" sekali lagi Hans menjerkah kuat.
Malang tak berbau, Thia yang elok mencangkung terkejut dan jatuh ke belakang. Tapak tangannya sempat menahan lantai simen yang berbatu. Menjerit kecil dia apabila batu kerikil tajam itu mencucuk tangan. Bertambah lagi sakitnya hari ini.
"Aduh! Auch!" bergenang lagi air matanya. Semua benda serba tak kena!
'Ugh! Aku benci kau Hans!' pekik Thia dalam hati setelah yakin Hans benar-benar pergi dari situ.
.
.
.
.
.
Maaf lama menyepi. Ingatkan tak ada yang berminat dengan cerita ni, sebab tu sis lambat update. Thank you yang sudi menunggu. - EH
Share this novel