6: Pulang

Romance Series 15498

"Meow..." Thia tersentak dari lena setelah bunyi Gummy mengejutkannya. Tubuhnya bangkit dari katil, Gummy yang sedang bermain di hujung kaki diambil.

"Kenapa awak kejutkan saya ni?" Kepala Gummy digaru Thia lembut. Tak sedar berapa lama dia tertidur. Perut dah berkeroncong. Jam ditoleh sebentar. Dah hampir pukul 6 petang.

"Laparlah, Gummy. Jom pergi dapur." Thia kembali meletakkan Gummy ke atas lantai. Rambut yang serabai dibetulkan dan diikat dengan getah.

Gummy yang seperti faham kata-kata Thia juga mengikut dari belakang. Sedang dia berfikir-fikir apa mahu makan, tiba-tiba dia dengar bunyi pintu terhempas. Terkejut, namun Thia pantas keluar dari biliknya. Dilihat pintu bilik tidur utama di sayap kanan terbuka.

Setahunya bilik itu tertutup rapi dan tidak ada penghuni, sejak kali pertama lagi Thia tiba di rumah itu. Dalam tak sedar, kaki dia sudah terpacak di hadapan bilik itu. Telinga ditadah, kedengaran pula bunyi pancur air. Siapa tu?

Walaupun takut-takut, Thia mengintip ke dalam pintu bilik yang sedikit terbuka. Tak ada bayang siapa-siapa. Tapi hatinya kuat mengatakan ada orang di dalamnya. Takkan ada pencuri tumpang mandi?

Thia masuk perlahan-lahan. Memang sah, bunyi itu datang dari arah bilik air. Thia melangkah lagi tanpa menoleh ke belakang.

BAM!!! CLACK!

"OH MY GOD!" terlompat gadis itu ketika mendengar bunyi pintu berdentum.

"What a surprise, Cynthia?" Hans yang baru keluar dari bilik pakaian mengunci pintu bilik dan mulai menapak ke arah Thia. Gummy baru sahaja dia usir keluar, senang dia nak berdua-duaan dengan Thia.

Lelaki itu yang hanya bertuala paras pinggang menilik wajah si isteri yang masih kaget. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Baru 3 hari dia meninggalkan Thia di sini. Rambutnya yang sedikit panjang digebak ke belakang. Thia sudah menelan liur melihat mata helang di hadapannya.

"B-Bila...awak balik?"

"Baru je, waktu kau tengah membuta tadi." Langkah Hans mendekati Thia yang ibarat kaku melihatnya. 'Ah, tahan sikit perasaan kau Hans!'

"Don't come near me!" tertunduk-tunduk Thia malu melihat Hans yang tak berbaju.

"Kenapa? What are you doing here, then?"

"Err..." Thia kematian kata-kata. Selangkah Hans mendekat, selangkah dia mengundur.

"Rindu aku ke, Cynthia?"

"No. Saya cuma masuk tengok, kot-kot ada pencuri dalam ni." alasan yang tak masuk akal diberikan Thia.

"Kau ke pencuri tu? Curi-curi masuk bilik aku?"

Hans semakin mendekat, pergelangan Thia dipegang agar gadis itu tidak dapat lari. Thia terjerit kecil apabila belakangnya sudah melanggar dinding konkrit. Wajah Hans sudah makin merapat.

"Apa ni?! Hans! Janganlah!" Thia cuba melepaskan diri ketika wajah Hans ingin mencium bahagian leher dia.

"How bout no? Bagi can la aku bermanja dulu..."

"Jangan sentuh saya!" berair mata Thia, dia tak suka diperlakukan begini.

Hans tak peduli, malah bahu Thia dicengkam. "Stop moving, Thia. Relaks, kita dua je dalam rumah ni. We can have fun."

Sebelah tangan Hans sudah turun ingin meraba pinggul Thia, sampaikan menitis air mata Thia ketakutan. Jijiknya rasa, tapi dia tak mampu nak melepaskan diri. Pegangan Hans terlalu kemas.

"Jangan, Hans. Please!" rayu Thia.

Melihatkan air mata Thia sudah jatuh, Hans tak jadi pergi lebih jauh. "Don't you miss me? Kata Jakob kau selalu tanya bila aku nak balik."

"Mana ada!" Sumpah dia cuma tanya pada Andy. Jakob? Si rimau tu mana nak layan dia!

Hans sembunyi senyum sinis, memang dia saja mereka cerita tu pun.

"Habis tu kenapa kau boleh ada dalam bilik aku? Oh...aku tahu."

"Nak berterima kasih sebab selamatkan hidup kau dengan mak kau?" Hans mendekati Thia sekali lagi, menghidu rambut panjang gadis itu pula. Buat dia hampir gila.

"Janganlah dekat...Please!"

"Nak bayar dengan cara apa? Tubuh kau?" dengan selambanya Hans menyelak leher baju berbentuk 'V' yang dipakai Thia, mengintai ke dalam lurah dada gadis itu.

PAPP! ringan sahaja tangan Thia melempang Hans. Dia dah mula hilang sabar.

Kepala Hans terteleng. Dia senyum sinis sesaat, lalu pipi Thia dicengkam geram. "Berani kau tampar aku, Cynthia?"

"Awak tu yang biadap!" suka-suka sahaja Hans mencabul kehormatan dia!

"Dengar sini ya, betina. Kau dah jadi milik aku. Aku boleh buat apa je yang aku suka dengan kau."

"Siapa cakap? Lepas lah!" lawan Thia.

"Aku yang cakap! Mungkin aku kena ingatkan, yang aku dah buat perjanjian dengan papa kau. Lepas je kau sign surat nikah, kau terikat selama-lamanya dengan aku."

"Aku bukan barang yang kau boleh jual beli sesuka hati!"

Pedih hati Thia bila mendengar nama papa, sebab ikutkan kata papalah dia berada di sini.

"Bodohnya kau, Thia... Aku dah beli kau pun. Agak-agak kenapa kau kena buang kerja? Sampai kau terpaksa buat keputusan untuk kahwin dengan aku?"

Thia cuba mencerna soalan Hans. Mata dipicing sejenak, cuba menghadam kata-kata Hans. Tak mungkin!

"Ya... aku lah yang arahkan Mr. Tony untuk pecat kau. Mesti kau terkejut kan?"

"Kau... memang tak berhati perut!" sudah terang siapa pelaku yang menyebabkan Thia dibuang kerja, si Hans gila ni!

"Terserah kau nak cakap apa..."

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kau siapa?!! Apa salah aku dengan kau?" Thia memukul dada bidang Hans berkali-kali.

"Banyak salah kau dengan aku." pertanyaan Thia memaksa Hans untuk mengingati kembali apa yang telah gadis itu lakukan padanya beberapa tahun yang lalu.

"Aku benci kau!"

"Apa kau cakap?" hati Hans seakan-akan dijentik dengan kata-kata itu.

"Aku benci kau, Hans!!! Aku BENCI!!!" jerit Thia tepat ke muka Hans. Berdesing telinga lelaki itu.

"Oh, kau benci aku? Kau nak tahu tahap kebencian aku macam mana pulak? Meh sini!" terasa dirinya dicabar, Hans mula naik hantu.

"Lepaskan aku lah!"

"Sini kau!" Hans menarik kasar lengan Thia, masuk ke dalam bilik air.

"Sakitlah gila! Apa kau nak buat ni?!" Thia sudah takut melihat wajah baran Hans.

Tab mandi yang ditadah tadi sudah penuh airnya. Pili ditutup lalu tubuh genit Thia Hans tolak masuk ke dalam tab.

"Aku akan tunjuk pulak benci aku dekat kau!"

Tak pedulikan jeritan Thia, Hans buka pula paip air dan menyemburnya ke arah wajah Thia. Tercungap-cungap gadis itu menahan nafas.

"Stop! Hans! Uhukk!!!"

"Kau ingat kau sorang boleh benci aku?" tanpa sekelumit belas kasihan, Hans berterusan menolak badan Thia ke dalam tab. Kepala Thia pula cuba diselam ke dalam air.

"Stop, Hans! Stop! Sakit!" Thia tak berdaya menghalang, tenaga Hans jauh lebih kuat berbandingnya. Terkapai-kapai dia cuba menyelamatkan diri.

"Ambik ni! Mandi kau dalam ni!"

Entah apa yang tiba-tiba merasuk Hans hinggakan dia bertindak sedemikian. Terbatuk-batuk Thia cuba mengambil nafas. Seluruh badannya lencun, matanya kemerahan akibat menangis. Setelah melihat Thia hampir lemas barulah Hans berhenti.

"Bodoh..." dengan dengusan keras, Hans bangun dan menjauhi Thia yang menggigil dalam tangisan. Meluap-luap rasa marah Hans bila teringatkan apa yang pernah terjadi suatu masa dahulu.

"Aku boleh buat lebih lagi dari ni...kau jangan cabar kesabaran aku, Thia!"

Tangisan Thia belum surut. Walaupun hampir kehabisan tenaga, dia bangun terkial-kial dari tab mandi lalu melangkah keluar dari situ. Mahu lari dari kegilaan Hans.

..

Andy mengetuk pintu bilik Thia beberapa kali. Jakob di belakang hanya memerhati.

"Senyap je?" ujarnya.

"Kau panggil nama dia, Andy." arah Jakob pula. Dari petang tadi sampai ke malam tak nampak batang hidung Thia. Hans dah mengamuk suruh mereka panggilkan Thia untuk makan malam.

"Thia. Andy ni. Bukak pintu ni Thia."

Juga diam. Jakob sudah mengeluarkan kunci pendua dari poket seluar.

"Thia?" ketukan demi ketukan tidak bersahut, akhirnya Jakob membuka kunci bilik itu sendiri.

"Cynthia?" panggil Andy lagi. "Saya masuk ni..."

Jakob membuka lampu bagi menerangi bilik yang gelap gelita itu. Buang tabiat ke si Thia ni duduk dalam gelap? Bukan ke dia ni penakut?

Sebuah jasad yang berbungkus dalam selimut didekati. Jakob hanya menggeleng kepala melihatnya. Andy pula hendak ketawa, tapi tak sampai hati.

"Thia!" Andy menggerakkan tubuh Thia yang kaku. Tidur ke? Gebar tebal cuba diselak apabila Thia tak merespon.

"Laa...kenapa ni Thia? Are you okay?"

Thia cuba sembunyikan wajah yang sembap dan muram. Puas dia menangis sebab kejadian tadi. Sampai tertidur. Malu pula apabila Andy dan Jakob melihat keadaan dia yang serabai itu.

Jakob senyum sinis melihat. 'Mesti sebab kena sound dengan Hans ni. Padan muka kau, budak cengeng.'

"Leave me alone..." Thia menarik balik selimut untuk sambung 'bertapa'. Tapi sempat dihalang Andy.

"Thia, awak kena makan. Hari ni baru sekali kan awak jamah makanan?"

"Saya tak lapar."

Andy garu kepala. "Tak lapar? Ye ke?"

"Ya la! Keluar la, Andy."

"Oi, jangan banyak songeh boleh tak? Kau ingat kita orang ada masa ke nak layan kau?" Jakob dah bersuara. Terus monyok muka Thia.

"Tuan Hans suruh awak turun makan. Jom lah, kejap je pun jadilah. Boleh?" Andy mencuba nasib lagi. Dia tahu Thia bukan betul-betul tidur pun. Dia takut dia pula kena bebel dengan Hans nanti.

"Tak nak! Saya belum lapar! Bukannya mati pun kalau tak makan."

"Eh la, budak ni!" Jakob sempat ditahan oleh Andy, ikutkan hati dia nak heret Thia macam biasa.

"Err... Jangan macam ni, Thia. Kita turun makan kejap je, lepas tu awak sambung la tidur balik. Kejap je! Tuan dah tunggu kat bawah."

"Dia ada kat bawah? Lagilah saya tak nak makan. Sekarang please keluar, leave me alone!"

"Kau ni memang degil kan, Thia?! Kau nak aku heret kau turun bawah ke?"

"Aku tak nak makan lah!" tiba-tiba Thia berani melawan.

"Atau kau nak tunggu Hans yang naik bilik ni? Pilih!"

Kata-kata Jakob itu membuat Thia berfikir-fikir sebentar. Benarlah kata Andy, Hans itu dua kali lagi 'gila' berbanding Jakob. Hampir mati dia dikerjakan oleh Hans tadi.

"Hisy!" dengus Thia geram lalu keluar dari gebarnya menuju ke bilir air.

"Hisy, hisy! Ada yang kena lempang karang..." ajuk Jakob dalam geram.

Andy pula ketawa melihat Jakob tayang muka menyampah. Nasib baik dia penyabar, tak macam lelaki tu. Tak sampai hati dia nak marah-marah Thia.

"Jake, kau tak rasa pelik ke? Aku dah lama nak tanya sebenarnya." tanya Andy tiba-tiba ketika yakin Thia tidak dapat mendengar.

"Asal?"

"Kenapa tuan macam marah je kat Thia? Bukan ke dia yang beria nak kahwin senyap-senyap dengan Thia?"

"Entah. Kau rasa kenapa?" Jakob pun sebenarnya tak tahu menahu.

Ketika Hans mengumumkan ingin berkahwin dengan Thia, mereka semua terkejut. Kerana setahu mereka, Puan Helen sudah mempunyai menantu pilihan untuk Hans. Semua rancangan ini pun disimpan rapi dari pengetahuan mummy Hans. Alasan Hans, sebab nak tolong Thia. Tapi perlu ke sampai kahwin? Kenapa tiba-tiba Hans jadi 'pemurah'?

"Itulah yang Thia pernah tanya aku. Aku pun tak dapat jawab. Apa agaknya hubungan mereka..." pening kepala Andy memikirkan. Kenapa Hans kahwin dengan Thia? Thia macam tak suka pun dekat Hans?

..

Hans mengangguk faham sambil hujung bibirnya terangkat. Panggilan dimatikan, lalu dia berjalan masuk semula ke dalam rumah. Dia duduk di meja makan menunggu kehadiran isterinya.

"Cepatlah!" tegur Jakob yang mengekori belakang Thia sewaktu turun ke dapur. Thia hanya mencebik, nak melawan pun dia dah tak larat. Kaki ni berat betul nak melangkah turun.

Waktu sampai ke meja makan, dilihatnya Hans sudah ada di situ. Ralit bermain dengan telefon bimbit sampai tak sedar Thia sudah tercegat di hujung meja lagi satu. Bila terdengar bunyi kerusi ditarik oleh Andy, barulah lelaki itu mengangkat kepala.

"Duduk." arah Hans.

Wajah bengis Hans Thia jeling dengan hujung mata. Akhirnya dia ditolak duduk ke kerusi oleh Jakob. Hans memberi isyarat kepada Jakob dan Andy agar beredar dari situ. Tinggallah mereka suami isteri dalam suasana yang agak tegang.

"Makan." Hans sudah meletakkan telefon ke tepi dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Thia. Dia lihat wajah Thia tak bermaya. Mungkin sebab penat. Terbit sedikit rasa simpati dalam hatinya.

"Saya nak balik telefon saya." Thia membuang pandang ke lantai. Seleranya mati.

"No. Makan."

"Bagi lah balik telefon saya! Apa masalah awak hah?!!" tangan Thia menghentak meja makan dengan perasaan tak puas hati. Matanya bergenang apabila melihat wajah tak endah Hans.

"Kau masalah aku! Aku dah tolong kau, kau boleh melawan aku pulak?!"

"Saya tak pernah paksa awak untuk tolong saya!"

"Ada aku kisah?" Hans berkeras, kini giliran dia pula menghentak meja.

"Kenapa awak buat saya macam ni, Hans?! Apa yang awak nak sebenarnya! Saya dah setuju kahwin dengan awak! Apa lagi! Saya nak telefon saya! Saya nak keluar dari sini!"

Hans ada sebabnya yang tersendiri. Tapi masih terlalu awal untuk Thia tahu. 'Belum waktunya lagi, Thia.'

"Kau ni betul menyusahkan aku lah! Aku cakap makan, makan je lah!"

"Tak nak!" Thia berkeras. Kaki diangkat mahu pergi dari situ. Dia takut kalau Hans apa-apakan dia lagi.

"Tak nak makan? Meh sini, aku suapkan. Makan!" Hans bertindak lebih pantas dengan menarik lengan Thia dari pergi.

Sekali lagi Thia dipaksa duduk. Tangan Hans dah mencapai sudu, lalu disuakan makanan ke mulut Thia secara paksa.

"Makan, Thia!!!"

"Tak nak lah!!! Stop, Hans!" puas Thia menggeleng tak mahu, tetapi Hans seperti sudah hanyut dalam amukannya.

Sudu dicampak, kali ini tangannya sendiri mengenggam nasi dan disuakan ke mulut Thia.

"Makanlah! Susah sangat ke nak dengar cakap aku?! Kau nak mati kebulur ke!"

"Aku tak nak lah gila! Aku tak nak makan lah!" dengan lelehan air mata, Thia menahan sakit lengannya yang dicengkam Hans.

"Kau makan ni!!! Makan untuk seminggu! lepas ni kau tak payah makan!" tak cukup dengan suapan, ditolak pula muka Thia ke dalam pinggan. Habis bersepah meja makan.

Selesai melepaskan geram. Thia ditinggalkan terkulat-kulat seorang diri. Wajahnya comot dengan kesan makanan dan sisa air mata. Sambil menyapu pipi yang kotor, dia menangis lagi.

Hari ini sahaja, dua kali Hans mengasarinya. Dan Thia tak tahu apa sebabnya. Apa yang membuatkan Hans begitu dendam kepadanya.

Korang rasa kenapa Hans marah sangat dekat Thia? hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience