Rambut panjang Thia dicengkam Hans tanpa belas kasihan. Peduli apa kalau wanita itu menangis air mata darah sekali pun, yang penting Thia akan menerima akibatnya.
"Kau memang nak kena dengan aku kan?! Aku dah cakap, jangan cuba lari, kau degil!!"
"Please, please awak jangan! Jangan! Ampun, Hans!"
Thia tak pernah melihat wajah Hans sebengis ini. Walaupun sebelum ini Hans pernah 'kerjakan' dia, tetap saat ini yang paling menggerunkan. Mana tidaknya, Thia sudah melanggar arahan yang paling utama Hans tetapkan. Lalu dengan sekuat hati, Thia mengigit lengan Hans yang sempat dia capai.
PAPP!
"Argh!" tangan Hans hinggap di pipi Thia.
"Kurang ajar kau, Thia!" bentak Hans lagi. Isterinya ditarik kuat menuju ke bilik tidur utama.
Jakob yang mendengar perbalahan itu hanya mendiamkan diri. Dia juga masih marahkan Thia kerana sudah menyusahkannya, tapi tak dinafikan dia juga risau. Baran tuannya itu tidak boleh dibuat main.
"Jake... aku tak sedap hati lah." Andy di sebelah mengadu. Tiap kali Hans menyakiti Thia, seakan-akan hatinya ditoreh juga.
Apabila bunyi pintu bilik berdentum kuat, Jakob pantas keluar dari rumah. Andy juga diheret sekali. Apa yang akan terjadi seterusnya bukan urusan mereka. Itu urusan Hans dengan Thia. Dia dan Andy hanya menurut perintah.
..
"Ah!" Thia menjerit apabila Hans susah menghempas tubuhnya kasar ke atas katil.
Thia mengengsot ke kepala katil, kedua belah kakinya dirapatkan. Kakinya yang terpelecot tadi masih sengal tapi ketakutan mengatasi segala-galanya. Hans yang seperti singa kelaparan mula naik ke atas tilam dan mendekatinya.
"Let me remind you again, Thia. Biar kau takkan terfikir untuk lepaskan diri lagi. Sini, kau betina!"
Sepasang gari dikeluarkan dari poket belakang seluar. Terpaksa dia gunakan cara ini. Thia masih meronta di bawah Hans. Dengan satu tamparan lagi, gadis itu terkulai layu.
Tak cukup dengan sakit di pipi, tangan Thia ditarik dan digari pada palang besi katil. Tiada ruang untuk dia melepaskan diri memandangkan tangan besar Hans mengepungnya kuat kiri dan kanan.
"Lepaslah setan!!!" sekuat tenaga Thia menjerit, hingga pedih terasa di kerongkongnya.
Hans hanya ketawa melihat Thia meronta ingin melepaskan diri. Memang dia jadi syaitan malam ni. Dan Thia yang memaksa dia bertindak begini.
Hans mengundur selangkah, lalu kemejanya ditanggalkan. Mata berahinya memandang wajah kecil Thia yang sedang menggigil ketakutan. Malam ini akan dia ajar gadis tak tahu untung ini.
"Apa... apa awak nak buat ni?!"
Tubuh kekar Hans yang sudah terdedah mengundang ketakutan.
"Oh, just enjoy it Thia. Kau akan suka." kata Hans sambil membuka tali pinggang jeans yang dipakainya pula. Sudah lama dia teringin menyentuh isterinya ini. Tapi tak sangka dia terpaksa mendatangi Thia dengan cara kasar.
Thia pejam mata, tak sanggup melihat adegan seterusnya. Tenaga yang tinggal digunakan sehabisnya untuk meronta, walaupun tiada guna. Bunyi katil dihenyak memaksa Thia membuka matanya kembali.
"Don't you dare, Hans!"
"Ini hukuman buat kau, Thia. Kau cuma perlu nikmati je..."
"No, no, no! Argh!" Dengan sekali rentapan, Hans mengoyak blaus yang dipakai Thia, menampakkan gadis itu dalam pakaian dalamnya. Thia memalingkan wajah, malu membayangkan rupanya kini yang separuh terdedah.
"Oh God... Look at you." Melihat tubuh indah milik Thia, nafsunya tak tahan. Hans tak menunggu lama sebelum tangannya mencapai pula seluar panjang yang dipakai Thia.
Thia meronta dengan tangisan yang menggila. Dia tahu Hans akan meragut kesuciannya malam ini. Tapi sayang, jeritan demi jeritannya tidak dihiraukan. Malah jari-jemari Hans terus laju menodainya.
"No! Pleaseee! Jangan buat macam ni, Hans!"
"Hans, jangan Hans! Sakit!"
Tangisannya menggila di tengah malam yang hening.
************************************************************
Hans terkejut dari tidur. Jam di sisi katil dikerling. 5 pagi. Wanita di sebelah kanannya pula dilihat. Cynthia masih tidur pulas. Mungkin terlalu penat. Hans mengeluh berat.
"Kenapa kau lari?" Hans mengusir anak rambut Thia yang menutup wajah ayu isterinya itu.
"Kenapa kau tak dengar cakap aku? Kenapa kau suka bangkitkan kemarahan aku, Thia?"
Dia tidak suka bila Thia melanggar perintahnya. Dia tidak suka bila harus menyakiti Thia sebegini.
Muka Thia pucat. Mata pula bengkak akibat terlalu banyak menangis. Hujung bibir Thia yang luka disentuh, menyebabkan wanita itu bergerak sedikit. Thia kalau tidur, memang tak ingat dunia.
Gebar yang mengalas mereka berdua diselak perlahan. Hanya sebentar. Kerana Hans sendiri tak sanggup melihat tubuh Thia yang telah dia sakiti itu lama-lama. Akhirnya dia sendiri bangun untuk melepaskan Thia yang masih terbelenggu di katil.
..
Wajah yang disimbah cahaya memaksa Thia untuk mencelik mata. Dalam kepayahan, dia cuba mengangkat tubuh untuk bangun.
"Ah!" usaha Thia sia-sia setelah dirasakan hampir seluruh badannya tak dapat digerakkan. Apabila teringatkan apa yang terjadi semalam, laju sahaja air matanya luruh.
Thia memandang sekeliling bilik yang bersepah akibat pergelutan dia dan Hans semalam. Dia kini bersendirian dia atas katil, hanya berselimut. Ada kesan kemerahan di kedua belah pergelangan tangannya yang digari Hans.
Masih segar di ingatan bagaimana Hans menyiksa dia malam tadi. Thia meraup wajah kasar. Kesal dan marah terhadap lelaki yang langsung tak layak dipanggil suami itu!
Dengan air mata yang bersisa, Thia cuba lagi bangun dari situ. Baru beberapa langkah menjejak lantai, akhirnya Thia jatuh terjelopok. Kakinya yang longlai tak dapat menampung jasad yang lemah-selemahnya itu.
"Aduh..." dalam dia mengerang kesakitan, tiba-tiba Thia rasa badannya dicempung seseorang.
Sedar akan siapa yang mengangkatnya, Thia mulai kalut dan menggelupur. "Lepaskan aku!"
"Turunkan aku! Jangan sentuh aku!!!" bagai hilang semua sakit badan Thia, kini diganti dengan sakit hati yang amat!
"Diamlah!" balas Hans, tak berperasaan.
Thia tak mengendahkan. Malah terus sahaja dia menolak dan menumbuk-numbuk dada bidang milik Hans, melepaskan rasa geram di situ. Sumpah, mulai hari ini dia bencikan insan bernama Hansel!
"Jangan sentuh aku! Kau lelaki jahat! Aku benci kau! Lepaskan aku, Hans!"
Wajah Hans sekali lagi merasa tamparan dari Thia. Apa lagi, bengang la lelaki tu! Serentak itu, dukungan dilepaskan dan Thia jatuh tergolek ke lantai.
"Auch!"
"Bangunlah sendiri! Kau nak sangat aku lepas kan?" Hans tayang muka mengejek, sedikit pun tiada perasaan belas melihat Thia terkial-kial untuk bangkit.
"Aku dah bagi kau amaran. Tapi kau degil! Kau jangan sampai aku rantai kau dalam rumah ni, Thia."
"Aku bukan binatang lah!" jerit Thia.
"Kalau kau bukan binatang kenapa susah sangat nak dengar cakap aku?! Sebab kau bodoh ke?" dalam geram, Hans mencengkam lengan Thia.
"Sakitlah! Kenapa kau buat aku macam ni..."
"Kau nak tahu kenapa aku marah? Susah-susah aku cari kau, aku jejaki kau bertahun-tahun. Bila dah jumpa, aku beli kau, bayar semua hutang-hutang kau, lepas tu senang-senang je kau nak lari? Kau ni memang tak tahu diuntung!"
Thia diam beberapa saat. Bertahun-tahun Hans cari dia? Untuk apa?
"Aku tak pernah minta semua tu!"
"Tapi aku yang nak."
"Kenapa kau buat aku macam ni...? Apa salah aku?!"
"Apa salah kau? Salah kau sebab kau anak perampas! Mak kau rampas suami mummy aku. Lepas tu kau anak-beranak hidup senang atas kesengsaraan orang lain. Ayah aku ceraikan mummy sebab mak kau yang tak guna tu, tahu?"
Thia terdiam mendengar kata-kata Hans. Dengan beratnya dia mencerna kisah itu satu-persatu. Bererti suaminya adalah anak bekas isteri papa.
Anak Helen Amado. Wanita yang pernah datang ke rumah dan bergaduh dengan mamanya suatu ketika dahulu.
**************************************************************
*Flashback*
Kereta mewah jenis Mercedes itu berhenti di hadapan sebuah rumah teres setelah beberapa minit memecut laju. Seorang wanita berpakaian serba hitam keluar dan menuju ke pintu utama rumah itu.
Ketukan keras diberikan bertalu-talu. Dada berombak menahan marah. Helen Amado sudah merangka-rangka ayat yang bakal dihamburkan.
Saat pintu terbuka, tangannya terlebih dahulu mara. Menarik kasar rambut Emma yang berwarna keperangan. "Perempuan perampas!"
"Lepaskan aku lah, perempuan gila!" Emma juga menarik rambut Helen sebagai balasan. Bercakaran kedua wanita itu sambil menghamburkan kata-kata kesat.
"Celaka kau, perempuan jalang! Aku takkan biarkan kau bahagia!"
"Hoi perempuan! Kalau kau pandai layan laki, takkanlah laki kau datang dekat aku! Isteri tak guna..." tanpa bertapis, Emma mengutuk balas.
PAPP!
Satu tamparan lekat di wajah Emma. Wanita itu bengang, lalu dia juga memberi sebiji pelempang ke pada Helen.
PAPP!
"Kau yang goda suami aku! Kau kikis duit dia! Kau tahu tak semua tu milik aku! Aku yang bagi dia hidup senang!"
"Lantaklah duit siapa pun! Yang penting, kau tak pandai jaga suami! Kau memang layak kena cerai pun!"
Jeritan mereka silih berganti, sampai kedengaran ke luar rumah. Tanpa menghiraukan jiran tetangga, mereka terus bertelagah.
"Kau yang suruh kan?! Kau yang hasut Heri ceraikan aku! Kau memang dasar perempuan murahan! Ramai-ramai jantan kat luar sana, kenapa laki aku jugak yang kau nak?"
"Sebab dia boleh penuhi kehendak aku. Sah-sah dia dah tak nakkan kau. Kau terima saja lah hakikat, Helen!"
"Tak guna kau, Emma!" Rasa terhina dek cacian itu, Helen sekali lagi bertindak menolak Emma ke dinding.
"Mama!" ada satu suara yang mencelah.
Cynthia yang baru pulang dari kolej meluru mendapatkan Emma yang sudah terduduk. Jelingan maut dihadiahkan buat wanita yang menyerang mamanya.
"Auntie ni kenapa hah?!"
"Hey budak! Kau tak malu ke bermakkan perempuan jalang macam ni? Oh, lupa! Kau pun tumpang senang sekali kan dengan duit laki aku?" kini Thia pula menjadi sasaran amarah Helen.
"Auntie, stop it!" Thia tidak tahan mendengar mamanya dicaci sebegitu.
"Berhenti hina mama. Terima sahajalah keputusan yang suami auntie dah buat. Tolong jangan ganggu kami lagi!"
Emma tersenyum bangga mendengar Thia menyebelahinya. Dia tahu anak gadisnya akan menurut perintah.
"Kau pun dah termakan hasutan mak kau, ya budak? Kau ingat ya, kau orang berdua akan terima balasannya. Karma tu wujud! Satu hari nanti aku akan pastikan kau orang menyesal!"
Helen akhirnya beredar dari situ dengan perasaan kecewa yang menggunung. Dia gagal mempertahankan perkahwinannya, bererti dia juga kalah dengan Emma.
.
Sampai di rumah pun, amukan Helen masih belum reda. Hingga ke malam dia menangisi perpisahan dengan Heri. Lelaki itu sudah berhari-hari tidak pulang. Tak lama lagi mereka akan rasminya bercerai, hanya menunggu keputusan dari mahkamah.
"Mummy, stop!"
Hans cuba menghentikan Helen yang sudah menelan 3 biji pil tidur. Kalau tak ditegah, mahu habis satu botol ditelan.
"Get out, Hans!" Helen cuba menarik semula botol pil dari tangan Hans.
"Enough, mummy! Mummy boleh overdose!"
"Biarkan aku overdose! Biar aku mati! Bagi balik!!!"
Hans melarikan botol tadi, lalu dicampak jauh mengenai dinding. Habis hancur berkecai.
"Mummy tolonglah jangan buat kerja bodoh! Mummy kena terima semua yang berlaku! Kita move on, mummy..." Hans cuba mendakap mummy nya yang sedang menangis.
Mendengar kata-kata Hans, Helen bagaikan dirasuk semula.
"Terima kau cakap??? Terima semua ni?! Terima apa yang dia buat dekat kita?" jerkah Helen pada Hans.
"Kau pun sama kan? Kau pun sama macam mereka! Kau nak aku terima semua ni? Terima hidup aku diperbodohkan macam ni?!" Helen memukul bahu Hans berkali-kali. Hingga anaknya itu menganduh kesakitan.
"Bukan, mummy! Sakit...mummy! Bukan macam tu maksud Hans!"
"Kau nak sebelahkan bapak kau?! Kau nak mengajar aku ya, Hans?!!" tanpa menunjal pula kepala Hans. Tak cukup dengan itu, di menampar-nampar lengan anak terunanya itu.
"Kalau kau tak nak hidup dengan aku, kau boleh keluar! Kau boleh pergi ikut bapak kau! Aku tak perlukan kau!!!"
Patah seribu hati Hans mendengar rintihan ibunya. Dia tidak punya siapa-siapa lagi selain mummy. Meski pun mummy selalu marahkan dia, mana mungkin dia meninggalkan orang yang sudah bersusah payah membesarkan dia dari kecil?
"I'm not leaving you! Hans takkan tinggalkan mummy! Hans janji! I'm sorry, mummy!" Hans cuba meraih tangan ibunya, meminta simpati.
Air mata Helen terus gugur berlinangan ketika Hans memeluknya. Dia penat. Setiap kali ingin menamatkan riwayat hidup, dia dihalang oleh Hans.
Dia tidak berniat membenci darah daging sendiri, tetapi dia juga tidak betah melihat Hans hidup dalam keluarga yang berpecah belah. Helen merasakan dirinya seorang ibu yang gagal.
"Hans sayangkan mummy!"
Terima kasih dear readers sebab sabar tunggu update :) - EH
Share this novel