11: Telefon

Romance Series 15498

Dari jendela bilik bacaan, Hans mengintai kelibat isterinya bersama Andy. Thia kelihatan tidak ceria. Sepertinya Andy yang lebih banyak berbicara. Sambil memeluk tubuh, dia memerhatikan lagi gelagat Thia.

Sepanjang mereka menjadi suami isteri, dia dan Thia tidak pernah mesra. Tidur sekatil pun cuma sekali. Itu pun tanpa kerelaan Thia. Mengingatkan kejadian itu, hati Hans kembali dipagut rasa bersalah.

Cynthia yang dahulu dia kenal, berbeza dengan yang sekarang ini. Thia dahulu suka tersenyum, dan senyumannya mampu menggoyahkan jiwa mana-mana lelaki yang memandang. Thia yang dahulu lebih lantang bersuara. Thia dahulu lebih pandai bergaya.

Thia yang kini lebih banyak diam membisu. Sehari-harian, hobinya termenung sendiri. Jawab soalan pun sepatah-sepatah. Susah untuk dia menatap wajah itu kerana Thia asyik mengelak. Ah, mungkin sebab dia bukan jenis mudah ramah dengan orang seperti Andy. Kadang-kadang hati Hans dicuit rasa cemburu.

Satu keluhan kecil terlepas jua dari bibirnya. Hans melabuhkan punggung ke kerusi kulit bersebelahan meja kerjanya. Laci meja paling bawah ditarik. Barang-barang milik Thia ada tersimpan di situ. Hans menarik keluar sebuah kotak bersaiz sederhana yang berada di hujung dalam laci.

Sudah lama dia tak menjenguk isi kotak itu. Kali terakhir dia membuka kotak itu, pelbagai perasaan yang bercampur-baur singgah di hati. Hans mengeluh lagi. Kotak dibuka, dan beberapa foto Thia yang diambil lebih sepuluh tahun lepas dikeluarkan.

Foto yang diambil secara curi-curi tanpa pengetahuan wanita itu ditatap penuh minat, seperti sebelumnya.

"Beautiful..." bisik Hans perlahan.

Hujung bibir Hans sedikit menaik. Dia paling suka foto Thia yang memakai uniform pasukan sorak ragbi kolej mereka. Thia kelihatan sangat comel dengan skirt pendek dan rambut yang diikat tocang.

Hans masih ingat bagaimana dia gigih curi-curi menangkap gambar Thia dari tempat duduk penonton yang agak jauh. Hasilnya, wajah remaja Thia yang tiada cacat cela itu berjaya dirakam walaupun agak kabur. Psiko? Mungkin.

Namun senyuman Hans mati bila teringat bagaimana tindakan bodohnya itu juga menjadi punca dia kecundang. Serta-merta Hans melempar kembali gambar itu ke dalam kotak. Perasaan marah kembali menjengah. Tragedi hitam itu kembali berlegar di benak tanpa dia pinta.

"Aku ingat apa yang kau dah buat dekat aku, Thia... Kenapa kau buat aku macam tu? Apa salah aku? Salah ke aku suka kau Thia?!!!"

"Argh!!!" Kotak yang dipegang dibaling ke lantai. Fikiran Hans berkecamuk lagi kali ini.

..

Andy membuntuti langkah Thia ke dapur. Lega apabila Thia ingin menerima cadangannya. Misi memikat Tuan Hans lah katakan. Semestinya melalui perut dahulu!

"Awak nak masak apa ni?" tanya Andy penuh minat.

"No idea. Awak tahu makanan favorite Hans?"

Thia tergaru-garu kepala yang tak gatal. Langsung tak ada idea dia bab-bab masak ni.

"Chicken curry. Awak pandai buat?" seingatnya Hans bukanlah seorang yang terlalu memilih makanan. Tapi tuannya itu sangat sukakan makanan Asia, lagi-lagi kari ayam.

"Er...alamak! Saya kena google dulu resepinya kalau macam tu."

"Apa susah-susah, saya kan ada?" kening Andy terangkat-angkat, ingin meyakinkan Thia bahawa dia tidak kurang hebat dalam bab memasak.

"Awak pandai masak?" tanya Thia, tak percaya.

"Of course. Bahan-bahan pun cukup ni, biar saya ajar awak. Nak?"

"Nak!"

"Ok. Awak masak nasi dulu. Saya sediakan bahan-bahan." Andy sudah memakai apron yang sedondon dengan Thia. Tiba masanya untuk mempamerkan kehebatannya yang ramai tak tahu.

Dari menumis hinggalah siap hidangan kari, Thia di sebelah Andy melihat penuh perhatian. Andy menjadi guru memasak yang mengarahkan itu ini, dan Thia hanya menurut tanpa bantahan. Dia kagum dengan kebolehan jejaka kacukan cina itu. Rupa-rupanya Andy memang mahir memasak sejak zaman belajar lagi. Harapnya apa yang diajar Andy hari ini dapat dia ingat dan amalkan di masa akan datang.

"Siap." Thia siap menghidangkan nasi, kari ayam dan sayur campur di atas meja.

Andy tersengih melihat gelagat Thia yang berkobar-kobar. Jakob yang kebetulan melalui ruang makan itu sampai terhendap-hendap. Semerbak bau hidangan yang memenuhi ruang makan itu. Lalu dia terhenti apabila Thia memanggilnya.

"Jakob. Nak rasa?"

Jakob pandang Thia dan Andy bergilir-gilir. Demam ke? Tiba-tiba Thia baik dengan dia hari ni. Selalunya mereka tak sependapat.

"Andy yang masak, saya tolong je." kata Thia sambil menghulur lagi pinggan yang dah berisi sedikit nasi dan lauk.

Biarlah hari ini dia nak berbaik dengan Jakob. Mana tahu kalau lelaki itu pun lembut hati selepas ini. Kurang sedikit tekanan hidup Thia.

Jakob menyambut pelawaan itu. Andy juga tumpang senang. Di samping mereka berbual-bual kecil, tiba-tiba ada suara kuat kedengaran.

"Argh!!!" sayup kedengaran suara milik Hans hingga ke dapur.

Disusuli dengan bunyi barang berselerakkan. Thia, Jakob dan Andy memandang sesama sendiri. Jakob segera bangun dari situ memandangkan dia juga sudah siap makan.

"I'll go." ujar Thia, membuatkan Jakob dan Andy berpandangan. Biar betik!

Tak sempat Andy nak menahan, Thia sudah melangkah keluar dari situ. Jakob hanya membiarkan, walaupun dia juga gusar kalau Hans makin naik angin. Tapi siapalah dia nak menghalang, mana tahu kalau Hans sejuk hati melihat wajah isteri. Terus tak jadi mengamuk?

Thia berjalan perlahan ke bilik kerja milik Hans. Jantung rasa dah jatuh ke perut. Memang berani mati kali ini. Hajatnya ingin mengajak Hans makan. Pesanan Andy yang sebelumnya meyakinkan dia.

Sampai bila nak saling membenci dan bermasam muka? Lama lagi dia bakal tinggal di rumah ini. Harap-harap tindakannya kali ini dia dapat melembutkan hati si suami yang maha beku itu.

Daun pintu yang sedikit terbuka ditolak. Thia nampak Hans sedang duduk di meja kerja sambil menunduk memegang kepala. Sakit kepala kah?

Hans angkat wajah ketika mendengar bunyi pintu terkuak. Punca kemarahan dia tadi tiba-tiba muncul di depan mata. Entah apa perlu dia rasakan. Sebetulnya dia ingin marah, tapi wajah naif Thia menahannya dari naik angin. Hans mengeluh lagi. 'Only you make me feel this way, Cynthia...'

"Kau nak apa?" keras suara Hans bertanya. Mata dilarikan dari terus memandang Thia.

"Nak ajak awak makan." Thia berkata perlahan.

"Ada lauk favorite awak." katanya lagi apabila melihat Hans masih pegun di meja.

"Aku ada suruh kau masak ke?"

Thia terdiam sebentar. Dalam hati sudah mengutuk-ngutuk Hans. Salah ke kalau dia cuma hendak ajak makan? 'Hari tu kau bukan main suruh aku buat kerja rumah?!'

"Tak ada." jawab Thia pendek.

Malas nak berbalas kata, wajah ditundukkan ketika Hans sudah bangun dari meja dan berjalan ke arahnya. Jantungnya mula buat hal. Apalah yang Hans tak puas hati lagi kali ini.

"Kalau aku teringin makan benda lain?"

Hans memeluk tubuh dan memandang tepat ke arah Thia. Wanita itu mendongak dengan wajah berkerut. Hanya beberapa inci jarak yang memisahkan mereka. Hans terasa ingin memeluk Thia. Semua sebab riak wajah Thia yang 'innocent' itu. 'Jangan, Hans. Not now!'

"Saya boleh cuba masakkan."

Kurang puas hati dengan jawapan yang diberi, Hans pandang pula isterinya atas bawah. Seram sejuk Thia rasakan apabila mata nakal Hans merenung ke arah tubuh badannya. Serta merta Thia teringatkan memori hitam beberapa hari yang lalu. Bencilah! 'Dasar pervert!'

"Saya keluar dulu." Thia sudah mahu keluar dari situ, tetapi Hans pula bertindak menghalang jalannya.

"Siapa cakap kau boleh keluar?" Hans senyum sinis melihat muka gelabah Thia. Baru usik sikit!

"Awak jangan berfikiran kotor boleh tak?!" Thia menolak dada Hans yang bukan main dekat dengannya. Benci betul bila Hans dah bertukar jadi miang begini.

"Aku ada cakap apa-apa ke?"

"Dah tu awak pandang saya macam tu kenapa?"

"Suka hati aku lah! Bini aku. Kau ingat aku nak buat apa?"berpanjangan pula sesi soal-menyoal mereka.

Thia akhirnya mengalah dan tak membidas lagi. Penat kalau bertikam lidah dengan Hans.

"Kalau aku nak pun, aku ada hak. Lagipun kau ingat aku selera sangat ke pandang kau?" Hans menjengil mata.

Dia mula menyusun bicara. Sengaja nak bagi hati Thia berasap. Bila dilihatnya Thia seperti tidak akan membalas, dia sembur lagi kata-kata pedas.

"Sepatutnya kau layan suami kau elok-elok. Senangkan hati suami. Ni tak, senyum pun payah. Ada isteri macam tak ada guna. Kerja kau menyusahkan aku je memanjang."

Thia mencebik. Macam mana nak senyum kalau Hans selalu sakitkan hati dia? Tidak sedarkah bagaimana layanan lelaki itu terhadapnya? Siapa saja yang boleh tahan?

"Kau nak marah aku?" sindir Hans bila melihatkan Thia masih membisu. Dia tahu dalam hati Thia membuak-buak perasaan ingin melawan.

Thia akhirnya memilih untuk diam. Memang tak sah kalau satu hari Hans tak sakitkan hati dia. Sudahnya dia hanya menghantar kepergian Hans dari situ dengan ekor mata. Hilang sahaja susuk Hans, dia melepas keluh berat. Dada diusap perlahan.

"Sabar, Thia." Nampaknya baru permulaan misi dia dah diserang bertubi-tubi.

Thia tak jadi melangkah keluar bilik setelah perasan akan barang-barang yang berselerakkan. Dia mendekati meja kerja Hans. Mata membulat apabila terperasan sesuatu.

"Phone aku!"

Laci meja yang terbuka dihampiri, dan Thia nampak telefon bimbitnya ada di dalam situ. Setelah memastikan tiada siapa yang melihat, Thia cepat-cepat mengambil telefon itu dan menyelitnya masuk ke dalam poket seluar yang dipakai.

Berdetak hebat jantungnya kerana takut tertangkap. Laci ditolak kemas, dan Thia pantas beredar keluar.

..

Thia menjenguk ke arah dapur, memerhatikan Hans yang sedang makan sambil berbual serius dengan Jakob dan Andy. Pasti tentang kerja. Sempat dia korek cerita dari Andy, tentang pekerjaan Hans. Setiap hari ada sahaja perkara baru yang dia tahu tentang Hans.

Suaminya merupakan seorang perunding hartanah yang berjaya. Tak hairanlah kalau pendapatannya sebulan mencecah belasan ribu. Setakat nak bayar hutang-hutang dia yang lepas, celah gigi je kot!

Thia tersedar dari lamunan ketika melihat Hans sudah bangun dari meja makan, diikuti oleh Jakob dan Andy. Thia cepat-cepat beredar ke ruang tamu. Dia buat-buat mengemas meja kopi di situ ketika sudah kedengaran suara lelaki-lelaki itu semakin mendekat.

Hans hanya menjeling Thia beberapa saat sebelum dia dan Jakob keluar dari rumah. Seperti faham soalan yang bermain di fikiran Thia, Andy yang keluar paling akhir sekali sempat meninggalkan pesan.

"Kami nak keluar jumpa klien kejap. Take care."

"Ok." laju Thia mengangguk. Memang dia nantikan saat ini.

Dengar sahaja bunyi deruman enjin kereta meninggalkan perkarangan rumah, Thia berlari anak ke tingkat atas.

Kali terakhir dia melakukan tindakan berani mati, teruk juga akibat yang diterimanya. Tapi kali ini jiwanya meronta-ronta ingin mencuba nasib. Dengan penuh harapan, Thia menghidupkan telefon bimbitnya yang berjenama Samsung itu.

Hatinya tak duduk diam, mengharapkan ada sinar di hujung terowong. Sudah berkira-kira untuk menghubungi seseorang yang bisa membantunya keluar dari situ.

"Yes!!!" Bersinar-sinar mata Thia ekoran terlalu teruja saat telefonnya berjaya dihidupkan.

Jarinya laju menekan ikon kenalan. Nasibnya malang apabila mendapati seluruh kenalan yang sebelum ini disimpan sudah dihapus. Begitu juga dengan peti masuk pesanan. Kosong semuanya.

"What the..." Lebih teruk lagi apabila hampir semua aplikasi sosial di dalam telefon itu juga hilang. Thia mendecit kuat. Tak lain tak bukan mesti kerja Hans! Sepertinya Hans ingin dia benar-benar lenyap dari pengetahuan semua orang. Sampai hati lelaki itu!

"Sial kau, Hans! Kau memang melampau! Argh!"

Thia mundar-mandir sambil mencuba menghidupkan mobile data pula. Signal telefon dalam keadaan penuh, tetapi tidak ada satu pun notifikasi atau mesej yang masuk. Hampa dan terkilan, dia akhirnya terduduk di birai katil.

"Kenapa malang sangat nasib aku..." rintih Thia bersama keluhan panjang, hingga ada air jernih yang mengalir di celah mata.

BEEP BEEP

Bunyi pemberitahuan itu mengejutkan Thia.

Battery low.

Tangisan dikesat dengan belakang tangan, Thia cuba mengambil nafas bertenang. Pasti ada jalan lain, dia cuma perlu berfikir dengan tenang. Setelah merenung skrin telefon bimbit itu beberapa saat, tangan digerakkan untuk menekan ikon log panggilan.

"Oh, God!" Thia kembali bersemangat ketika melihat ada beberapa buah nombor tanpa nama di ruangan panggilan keluar.

Mata dipejam, Thia cuba mengingat kembali orang-orang yang pernah dia hubungi kebelakangan ini.

Mama. Pilu rasanya mengenangkan mama yang sudah pergi buat selama-lamanya.

Papa. Ah, lelaki tak guna tu tak layak lagi digelar papa! Jantan dayus! Sampai ke hari ini, papa langsung tak ambik tahu soal dia.

Julie. Ya, Julie teman baik merangkap bekas teman sepejabatnya. Dia antara individu yang sempat Thia hubungi akhir-akhir ini.

Thia berteka-teki sendiri antara beberapa nombor di senarai log panggilan. Dengan secebis doa, dia menekan nombor yang dirasakan milik Julie.

Berdebar-debar rasanya bila panggilan berjaya disambung. Tak lama kemudian, panggilan diangkat.

"Julie!" Thia terlebih dahulu menyapa.

"Cynthia?" Suara Julie kedengaran di hujung talian. Thia meraup wajah syukur.

"Julie, aku ni Thia!"

"Oh my God, Thia! Are you okay? Mana kau pergi? Aku cuba contact kau tak dapat-dapat. Kau kat mana ni?" Julie yang juga terkejut menerima panggilan itu melontarkan soalan bertubi-tubi.

"Aku pun tak tahu aku kat mana Julie, but i need your help! Panjang ceritanya."

Thia kesuntukkan masa. Terlalu banyak perkara yang terjadi hinggakan dia tak tahu mahu memulakan cerita dari mana.

"What?! What happened to you?Kau jangan buat aku risau! Kau bagitahu aku kau kat mana sekarang! Apa dah jadi ni, Thia?"

"Aku dikurung. Somewhere but i don't know. Aku akan hantar location, kau boleh datang tak? Please, Julie you need to save me. I need to get out of here!"

"Sure–"

"Not that easy, Cynthia..."

Thia tersentak. Dia kenal suara itu. Wajah dipalingkan lambat-lambat ke belakang. Terasa kedua belah lututnya lembik. Susuk tubuh yang paling dia takuti kini memandangnya tajam.

Thank you readers, sudi menunggu update. - EH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience