Dada Emma berombak lemah. Tubuhnya sedang dilap dengan kain basah oleh Thia. Sambil itu Thia tak henti berdoa agar ada keajaiban berlaku. Keadaan Emma sudah semakin tenat. Hanya mata berkelip tanpa daya, memandang anak kesayangan yang masih setia di sisi.
Dia tahu Thia sedang menahan diri dari menangis. Pegangan Thia pada tangannya dieratkan beberapa kali, cuba memujuk hati anaknya yang sedang rawan.
"Mama jangan tinggalkan Thia. Thia dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni." kali ini dia tak mampu lagi menahan empangan mata yang semakin banjir.
Emma juga menangis. Pedih mendengar luahan hati Thia. Hatinya memang tidak tenang melihat keadaan Thia semenjak anak gadisnya itu ke mari. Wajah Thia yang suram meyakinkan dia bahawa Thia tidak bahagia. Pasti semua ini angkara Hans.
'Maafkan mama, Thia.'
"Thia masih perlukan mama. Thia tak kuat sorang-sorang, ma." Air matanya mengalir lebat. Semangatnya hilang entah ke mana.
Tak tahu apa nasibnya selepas satu-satunya tempat dia mengadu pula direntap pergi. Sungguh Thia tak kuat.
"Kalau mama tak ada, siapa nak jaga Thia? Siapa nak masakkan untuk Thia? Siapa yang akan jadi tempat mengadu Thia? Mama tak boleh pergi. Thia tak izinkan mama pergi."
Thia berterusan melarikan pandangan, tapi tangan tetap merangkul erat si ibu. Hatinya luluh melihat Emma yang membisu tak mampu membalas kata-katanya.
Seketika Thia teringatkan pula perlakuan Hans ke atasnya. Akan selamatkah dia di bawah jagaan suaminya? Usia perkahwinan mereka baru nak mencecah satu minggu, tapi perasaan Thia sudah cukup terseksa.
Dia tidak tahu apa yang menyebabkan Hans begitu benci padanya. Kalau benci kenapa Hans mengambil dia sebagai isteri? Apa muslihat lelaki itu? Apa dendam Hans pada dia?
..
Emma melihat dari jauh Hans mendekati Thia yang lena di atas sebuah kerusi sofa berdekatan. Sejak lelaki itu masuk ke sini, Thia langsung tak berkutik.
Hans perasan akan pandangan Emma, lalu dibalas dengan senyum sinis lebar. Sambil Hans bergerak ke belakang sofa, tangannya bermain-main di atas lengan Thia. Tetapi gadis itu tetap tak bergerak. Memang betul-betul tidur mati!
Emma ingin menghalang, tetapi suaranya tersekat di kerongkong.
'Jangan kau sentuh anak aku!'
Hans sedikit menunduk menyamai ketinggian Thia, lalu dikucup kepala isterinya yang ketiduran sambil mata tak lepas dari memandang Emma. Puas hati melihat orang tua itu makin marah.
'Bangun Thia!'
Pandangan Emma kini tercemar dengan aksi tak senonoh Hans ke atas anak perempuannya. Tangan Hans yang tadinya mengusap lembut kepala Thia kini sedang merayap ke arah dada gadis itu yang masih berbalut pakaian.
Thia masih belum sedar. Kesempatan itu Hans gunakan untuk menyeksa perasaan Emma sepuasnya. Di hadapan ibu mertuanya, dia mengucup leher Thia perlahan. Bukan salah pun, Thia kan isteri dia.
Jijik melihat Thia diperlakukan begitu, Emma memejam mata dan cuba meredakan gelodak amarah. Dia benci melihat Hans mencabul kehormatan Thia sesuka hati. Tak terbayang apa lagi yang lelaki itu mampu lakukan di belakangnya. 'Celaka kau, Hans!'
Badan Thia sedikit menggeliat setelah dirasakan ada sesuatu yang menyentuh bahagian lehernya. Hans sedikit berundur, tak mahu mengejutkan Thia. Nasib baik dia masih dapat mengawal nafsunya. Cukuplah dahulu untuk hari ini. Masih ada peluang di hari-hari lain.
Pandangan Hans kembali dihalakan pada Emma. Susahnya hendak menatap wajah Emma. Hatinya penuh dengan kebencian terhadap wanita itu. Dalam langkah malas, dia menapak juga ke birai katil Emma.
"Tak mati lagi? Liat betul nyawa kau." serentak itu mata orang tua itu terbuka luas.
Seperti sebelumnya, wajah benci ditayangkan pada si menantu yang tak dianggap.
"Atau kau happy sangat sebab dapat jumpa anak kesayangan kau?"
"Mesti terseksa rasanya kan? Terlantar, bisu, tak mampu buat apa-apa. Tapi sekurang-kurangnya, sakit kau sekejap je. Sakit aku dengan mama aku dulu? Bertahun-tahun, Emma. Bertahun-tahun mama aku menderita sebab kau..."
Hans sudah sedia maklum oleh doktor yang merawat Emma. Wanita itu menghidap penyakit jantung, dan keadaannya begitu lemah saat ini. Dia tahu usia Emma sudah tidak panjang.
Emma hanya menjeling. Dadanya semakin sakit. Sakit dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Hans. Dan sakit kerana tidak boleh melawan.
"Tapi tak apa lah... Yang penting, Cynthia dah jadi milik aku sepenuhnya. Jadi kau tataplah wajah anak kesayangan kau ni puas-puas. Sebab lepas ni aku pun tak tahu nasib dia macam mana."
"Aku janji, dan kau jadi saksi kata-kata aku Emma. Aku akan pastikan Thia rasa apa yang aku rasa selama ni. Macam mana sakitnya jadi mangsa keadaan. Itu belum termasuk lagi apa yang Thia dah buat dekat aku. Aku takkan lepaskan Thia selagi aku tak buat dia sengsara!"
Hans juga pernah berjanji pada diri sendiri suatu ketika dahulu. Thia akan menerima balasan yang setimpal atas perbuatannya. Dia akan pastikan Thia ingat satu-persatu apa yang gadis itu pernah lakukan padanya. Dia akan mengingatkan Thia siapa dirinya yang sebenar. Tak lama lagi.
..
Air mata Thia semakin deras mengalir. Menggigil seluruh tubuhnya ketika melihat sekumpulan jururawat sedang melakukan CPR ke atas mamanya.
Awal pagi tadi dia dikejutkan dengan bunyi dari mesin pernafasan Emma. Apabila denyut nadi Emma gagal dikesan, dia segera berlari keluar meminta bantuan dari jururawat yang sedang bertugas.
"M-mama...! Jangan tinggalkan Thia! Mama, come on!" kaki Thai menghentak-hentak lantai ibarat anak kecil, sambil air matanya tak henti mengalir.
Andy yang sudah tiba di tepinya juga melihat ke dalam bilik wad. Doktor masih berusaha menyelamatkan Emma. Setelah berkali-kali defibrillator dilekapkan ke dada wanita itu dan Emma masih tidak menunjukkan respon positif, jururawat di situ saling berpandangan.
Doktor Ronald yang ditugaskan untuk Emma sejak hari pertama menggeleng kepala perlahan. Andy menunduk sugul, dia tahu apa yang dimaksudkan walaupun butir bicara doktor itu tak dapat dia dengar.
Ketika berpaling ke arah Thia di sebelah, gadis itu sudah melorot jatuh ke lantai.
*********************************************************
Pagi yang dingin dan suram buat Cynthia. Hujan bercucuran sejak semalam, masih belum berhenti. Cynthia meratap penuh sayu di samping kubur Emma. Selesai sudah pengebumian ibu tercinta, tetapi gadis itu masih tidak mahu pergi dari situ. Andy di sebelah masih setia memayungi Thia dari hujan lebat.
Thia menangis semahunya, berharap waktu akan terhenti. Kehilangan mama merupakan perkara paling ditakutinya. Hidupnya kini sebatang kara. Pada siapa lagi Thia ingin menumpang kasih?
"Thia... jom balik." Andy mengajak lagi kali ini. Walaupun telah dipujuk beberapa kali, Thia masih tidak mahu berganjak.
"Kenapa nasib saya macam ni Andy?" soal Thia lemah, wajahnya kosong tak bereaksi.
"Tuhan lebih sayangkan mama awak." Andy membalas dengan jawapan cliche.
"Saya tak kuat..." Thia mencengkam dada yang terasa sesak. Kejamnya takdir yang harus dia jalani.
"Saya tahu awak sedih Thia. But life has to go on."
"Awak tak faham apa yang saya rasa! Saya rasa hidup saya kosong..." Thia menepuk dada berkali-kali, sampai dia terasa sakit. Air mata sudah kering akibat menangis.
"Ya, saya takkan faham. Tapi awak tak boleh berterusan macam ni. Awak nampak lemah dan tak sihat. Kita balik ya?" Andy perasan wajah Thia yang semakin pucat dan tak bermaya. Dia bimbang kalau Thia jatuh sakit.
"Woi!" laungan suara Jakob dari dalam kereta kedengaran. Andy mengangkat tangan membuat isyarat supaya menunggu. Mesti Hans sudah naik angin.
"Thia let's go, we don't have much time."
"I don't wanna go, Andy! Saya nak mama!"
Kedegilan Thia akhirnya memaksa seorang lelaki berbadan tegap, berpakaian serba hitam untuk turun mengheretnya pulang. Semakin kuat tangisan Thia apabila Hans sudah merentap dia kasar pergi dari situ.
"Susah betul kau nak dengar cakap aku ya, Thia!" cukuplah dia berlembut dengan Thia sebelum ini.
"Sakitlah!" Thia sempat meronta kecil sebelum badannya ditolak masuk ke dalam kereta.
Andy kasihan melihat nasib Thia. Sudahlah baru kehilangan ibu, terpaksa pula hidup dengan suami yang garang. Ketika kereta sudah bergerak meninggalkan perkarangan kubur pun, tangisan Thia masih kedengaran. Andy turut bersimpati melihat keadaan Thia.
.
Suasana sepanjang perjalanan sunyi tanpa bunyi kecuali esakan Thia. Gadis itu masih termenung dan sesekali menyeka air mata yang tak henti-henti.
"Shut that fuck up, Thia." Hans merengus keras. Pandangan tajam dihadiahkan ke gadis sebelahnya.
Thia menahan sedu-sedan, wajah dilarikan dari pandangan Hans. Selain sedih meratapi kepergian mama, dia juga takut dengan kehidupannya selepas ini. Jujurnya, dia ingin lari. Dia tak mahu terus hidup dibelenggu begini.
Akal Thia ligat mencari-cari helah. Kalau dia tidak lepaskan diri hari ini, entah bila lagi dia dapat melihat dunia luar. Tanpa berfikir panjang lagi, Thia memulakan muslihat. Tangisan dikesat, lakonan dimulakan. Apa nak jadi, jadilah!
"Uwekk!!!"
Serentak Jakob dan Hans berpandangan sesama sendiri. Mereka dapat mengecam suara Thia dari belakang sana.
Wajah Hans berkerut melihat Thia yang sibuk menutup mulut. "Kenapa pulak kau ni?"
"Saya... nak muntah! Uwekk!" Thia memicit kepala yang tak sakit. Wajahnya yang memang pucat dikerutkan agar terlihat tidak sihat. Ini baru langkah pertama!
"Please, i need to go to the toilet!" Thia memberanikan diri menyentuh lengan Hans, meminta simpati lelaki itu.
"Menyusahkan la perempuan ni!" Hans mendengus tapi tidak juga menepis pegangan Thia.
Tak lama kemudian cermin antara pemandu dan penumpang diturunkan. "Find the nearest toilet, Jakob."
Tidak sampai lima minit perjalanan, mereka sampai ke sebuah hentian. Kereta diparkir dihadapan sebuah tandas awam di situ.
Andy turun dan membukakan pintu. Thia pula keluar dengan tergesa-gesa. Rancangannya ini tak boleh gagal. Ini adalah jalan tersingkat yang dapat dia fikirkan. Sambil itu mata Thia melilau memandang sekeliling. Mujur Andy tak perasan akan tindakannya.
Sampai di hadapan tandas, Andy memesan agar Thia cepat mengurus diri manakala dia akan menunggu di luar. Sementara itu dia nyalakan sebatang rokok.
Thia buat-buat bunyi muntah beberapa kali sambil membuka pili air. Setelah itu dia mundar-mandir seketika di dalam tandas. Keadaan di luar tandas agak sunyi. Sekeliling tandas awam itu adalah hutan. Tetapi mujurlah hari masih siang, walaupun hujan rintik-rintik.
'Betul ke apa aku buat ni?' dalam nekad, suara hatinya masih mencari kepastian. Detak jantungnya kini, hanya Tuhan yang tahu.
Kalau dia berjaya melarikan diri, dia ingin ke mana? Tinggal dengan siapa?
Thia meraup wajah berkali-kali. Nafas cuba diatur tenang. Soal lain ditolak tepi. Harapnya, dia akan terjumpa sesiapa yang sudi membantunya. Moga nasib menyebelahinya kali ini. Yang penting, LARI!
Thia menjengul sedikit kepala, mengintai ke arah luar. Andy masih leka berjaga di luar tandas tanpa mengetahui rencana Thia. Kebetulan Andy sedang berdiri membelakanginya, Thia melangkah setapak keluar. Tanpa membuang masa lagi, Thia memecut ke arah belakang tandas. Ya, ke arah hutan!
Andy yang terdengar bunyi tapak kaki lekas berpaling. Rokok yang masih berbaki separuh dicampak ke tanah. 'Jangan-jangan?'
Andy yang mulai cemas menerjah masuk ke dalam tandas wanita. Satu persatu tandas dijengah, tetapi bayang Thia tak ada. Sah! Memang Thia dah larikan diri!
"Damn!"
.
Langkah kedua, lari dan selamatkan diri!
Thia memecut sepantas habis, sesekali dia menoleh ke belakang. Sewaktu terdengar namanya dilaung, Thia mula merasakan ingin menangis. Langkah yang dari tadi tidak berhenti membuatkan dia semakin semput.
Kali ini, dia benar-benar rasa hendak muntah. Peluh merenik di dahi, Thia cuba menahan sakit kepala yang mulai menyerang. Di hadapannya hanyalah hutan tebal yang entah mana penghujungnya.
"Fuck!"
Langkah manusia mulai kedengaran semakin hampir. Thia menoleh kiri kanan mencari tempat sembunyi. Dia sudah kehabisan tenaga. Nafas semakin kencang, Thia cuba mendapatkan sebatang pohon besar untuk berselindung.
Malang tak berbau, kaki Thia tersadung, lalu dia tertumus ke tanah. Pandangannya lantas kabur manakala kepalanya berpusing-pusing. Telinganya dapat menangkap bunyi sekumpulan manusia, dan pandangannya yang tak jelas sempat melihat beberapa susuk tubuh manusia.
"Kau memang cari nahas dengan aku, Cynthia!"
Maaf ya kalau lambat update, kadang-kadang tak sempat hehe terima kasih para pembaca yang setia tunguu :) - EH
Share this novel