Thia memerhati kiri kanan. Nampaknya tak ada bayang Hans di mana-mana. Kepalanya terjengul pula ke bahagian luar rumah. Kereta milik Hans ada di parkir.
Thia mendecit perlahan. Tapi mana agaknya suami dia pergi? Selepas dia berjaya mengelak dan lari dari Hans semalam, Thia langsung tak keluar bilik. Kali terakhir dia lihat Hans, lelaki itu mendengus dan wajahnya merah, barangkali kerana menahan marah. Dah orang cakap stop, tak faham bahasa jugak!
DUM DUM DUM
Thia yang baru ingin menapak ke dapur terdengar bunyi muzik yang sayup-sayup. Tebaknya, mungkin Hans berada di mini gym di bahagian tingkat atas. Ya, rumah tu siap ada gim lagi ok!
Baik dia cepat-cepat selesaikan tugasnya sebelum lelaki itu keluar. Misi dia pagi ini adalah untuk membersihkan sisa kopi yang tumpah di bilik kerja Hans semalam.
Kain lap dibawa dari dapur, dan Thia masuk perlahan-lahan ke bilik kerja Hans yang pintunya sedikit terbuka. Keadaan bilik itu agak bersepah. Dengan keluhan halus, Thia menapak ke arah meja dan membersihkan tumpahan kopi yang nampaknya sudah kering.
Usai itu, matanya tertancap ke arah laci meja yang pernah dia geledah. Teringat lagi bagaimana dia 'dihukum' setelah mengambil telefon bimbitnya dari dalam situ. Sudahnya, telefon ke mana, dia pula kemana. Hans memang jahat!
Kali ini hati Thia tergerak untuk mengintai sekali lagi ke dalam laci itu. Ada sebuah kotak yang rasanya dia tak pernah lihat.
"Apa ni..." gumam Thia perlahan, perasaan ingin tahu membuak-buak!
Kotak itu diambil dan dibuka perlahan. Serentak itu juga mulutnya melopong kecil. Jantung mulai tak duduk diam.
"Gambar aku?" foto-foto dia waktu zaman kolej dikeluarkan.
Pelbagai soalan menerjah minda. Bagaimana foto-foto itu boleh ada di sini? Siapa punya kerja? Siapa Hans sebenarnya? Apa yang dia tidak tahu?
Bukan itu sahaja. Ada juga beberapa keping kertas yang sudah renyuk dan pudar tulisannya. Ingatan Thia bagaikan dipaksa-paksa ketika membaca isi kandungan surat itu.
Hans menjejak masuk ke bilik kerjanya dengan keadaan bermandi peluh. Melihat Thia yang duduk kaku mencangkung di sisi meja, dia lorek senyum sinis. Ketika kehadirannya disedari Thia, wanita itu pantas berdiri.
"Hans..."
"Cynthia..." Hans merapati Thia yang jelas kebingungan. Senyuman Hans ibarat mengejek Thia yang masih membisu.
"Hans, macam mana..." nafas ibarat tersekat-sekat, Thia kembali bungkam.
"Kau dah lupa?" bisik Hans sambil menyentuh lembut bahu Thia dari belakang.
Thia tak menjawab, tapi otaknya ligat cuba menghadam apa yang baru dilihat. Dia ingat-ingat lupa.
"Aku ingat semuanya Thia. Takkan kau dah lupa? Nak aku ingatkan kau?" tanya Hans perlahan dekat telinga Thia, lalu sisi lengan isterinya yang bagai patung cendana itu diusap-usap.
'Ya Hans, tolong jelaskan pada aku!' bisik hati Thia. Dia tidak mampu berfikir lagi.
"My first letter to you..." Hans mengambil kertas dari tangan Thia.
Walaupun ayatnya cuma beberapa baris, tangan Hans cukup ketar sewaktu menulisnya. Berdebar membayangkan reaksi Thia, namun keberanian cuba dipasakkan dalam hati. Belum cuba belum tahu.
Tatkala bait-bait surat itu dibaca kembali, Hans dapat rasakan betapa luka yang lama ibarat berdarah lagi. Perasaannya pada Thia ikhlas, kerana itu dia nekad. Namun tak sangka tindakannya itu akhirnya menjerat diri sendiri.
.
.
.
.
.
FLASHBACK
10 tahun yang lalu...
Tamat sahaja kelas, pelajar mula keluar berpusu-pusu menuju loker terbuka yang terletak di luar makmal komputer. Begitu juga dengan Cynthia. Tote bag putih ditarik malas dari loker, serentak itu juga sebuah paperbag jatuh ke lantai. Thia mengeluh lalu membongkok untuk mengambilnya.
Dua orang rakan perempuannya di sebelah sudah menjeling-jeling. Divya, salah seorang rakan berbangsa India mula mengusik.
"Third surprise of the day...Wah! Ramai juga ya peminat Miss Cynthia ni."
Hari ini merupakan Valentine's Day. Untuk gadis yang tak punya teman lelaki macam Thia, ada juga hadiah yang dikirim oleh peminat. Pagi tadi dah dapat bunga ros, okey lah. Dia suka. Tapi kali ni, ada coklat dan patung teddy bear kecil.
Sekeping surat yang terselit dalam paperbag ditarik keluar. Dibaca laju lalu akhirnya Thia menggeleng kepala. Gila agaknya si pengirim ni. Jiwang habis!
To the girl of my dreams, Cynthia... When I caught a glimpse of your smile for the first time, it was perfection. You are the most beautiful girl I have ever seen and I knew that I had to get to know you better.
You’re cute and smart, any guy would be lucky to have you. I just wanted to tell you that I’ve been thinking about you all day and how much you mean to me. I hope that this little gift will brighten up your day.
-H
Berkerut dahi Thia. Siapa pulak si H ni? Hulk? Dah la bagi coklat. Menggemukkan. Teddy bear? Ingat dia kanak-kanak ke nak main teddy bear? Apa kelas! Coklat dihulurkan kepada Divya. Malas dia ingin ambil pusing.
"Kau nak?"
"Kau tak nak?" tanya Divya balik sambil menyambut pemberian Thia. Rezeki jangan ditolak.
"Malaslah aku nak layan. Jom la weh, lapar la." surat tadi Thia ronyokkan lalu dilempar beserta dengan paperbag ke dalam tong sampah berdekatan makmal.
Dari jauh Hans memerhatikan gerak geri gadis kesukaannya. Hancur hati melihat Thia membakulsampahkan pemberian dia. Setelah kelibat Thia dan rakan-rakan hilang sepenuhnya, Hans menapak ke arah tong sampah.
Surat yang dikarang penuh rasa itu dikutip kembali. Sayu hati mengenangkan pemberiannya langsung tak dihargai.
"Tak apa, Hans. Lain kali kau cuba lagi." walaupun kecewa, Hans sempat membisikkan kata-kata semangat dalam hati. Takkan sekali ditolak dia terus nak putus asa?
*
"A-awak? H?" Thia menunduk lemah. Dia mulai ingat momen yang sudah sedekad lalu itu.
"Akulah H tu." dagu Thia dipaut Hans supaya mendongak, lalu dia pandang tepat ke wajah yang agak ketakutan itu.
"Maaf, saya tak tahu." Thia cuba melarikan pandangan.
Kesal. Sesungguhnya besar salah dia kepada Hans. Tetapi kepalanya terlalu sakit untuk mengingatinya kembali.
"Kau mana nak pandang mamat selekeh macam aku ni."
Thia agak tersentak. Tapi itu dulu. Hans yang kini suaminya sangat lain. Tidak selekeh seperti dulu. Bahkan dia langsung tak mengecam Hans ketika pertama kali berjumpa. Kecil sungguh dunia ini!
"Saya betul-betul minta maaf."
"And you think it's enough?"
Sekali lagi Thia terkedu. Kepalanya digeleng kiri kanan perlahan. Tahu tidak mudah Hans untuk memaafkan dia. Pantaslah Hans tidak pernah melayan dia baik-baik. Rupanya lelaki itu berdendam.
"Second letter. Aku tak sempat bagi pun, tapi kau dah reject dulu." Hans angkat pula satu lagi surat yang lain. Kecewa lagi dia buat kali yang kedua.
.
.
.
.
.
FLASHBACK
"Hey! Hey you!" Thia menarik belakang sweater lelaki misteri itu.
Tak sempat mahu melarikan diri, Hans berpaling takut-takut ke arah Thia. Dilihatnya gadis itu merenung dia begitu tajam! Walaupun sedang marah, wajah Thia tetap ayu pada pandangannya.
"Apa ni? Apa yang kau letak dalam loker aku hah?!" tanya Thia tanpa basa-basi. Tak sangka hari ini dia berpeluang untuk bersemuka dengan 'secret admire'nya ini.
"I-It's a gift..." tunduk memandang jari sendiri.
"Gift apa? From you? Stop it! I don't want it." Thia menolak kasar beg kertas berwarna merah hati itu ke dada Hans.
"Saya cuma nak wish birthday awak."
"Aku tak nak lah! Kau tak faham bahasa ke? Kau siapa hah? Kau orang yang sama letak surat dalam loker aku bulan lepas kan?" suara Thia mulai meninggi sehingga menggamit perhatian pelajar-pelajar lain yang turut berada di situ.
Masing-masing melihat aneh, ada juga yang berbisik sesama sendiri. Kedua teman Thia, Divya dan Victoria yang sedari tadi menjadi pemerhati sudah gelak-gelak sakan. Hans jadi malu. Mujur wajahnya agak tertutup dengan hoodie yang dipakai. Keyakinannya sudah hilang.
"Saya cuma nak berkawan dengan awak, Cynthia. Kalau awak tak sudi, tak apa. Tapi ambil lah hadiah ni, saya ikhlas." Hans mencuba nasib lagi, walaupun dia mula menyesal dengan tindakannya tadi.
Thia pandang Hans atas bawah. Wajah Hans langsung tak menarik minatnya. Jauh beza dengan pelajar lelaki yang lain yang lebih bergaya. Dah la pakai spek besar, baju dan seluar gedoboh, bercakap pun asyik tertunduk-tunduk.
"Aku tak nak! I don't want to be friends with you so stop sending me stuffs. Ok?" tegas Thia.
"Sorry." Hans menekur lantai dengan perasaan malu dan sedih.
"Cermin diri kau tu dulu." bisik Thia dengan nada perlahan, namun cukup jelas dan membuat hati Hans bagai disiat-siat.
"Jom lah girls." Malas berdrama panjang lagi, akhirnya Thia dan teman-teman pergi meinggalkan Hans terkulat-kulat sendiri.
"Dia nak ngorat kau kot tu, Thia!" usik Victoria si gadis berambut merah.
"Mamat selekeh macam tu? Euw... tolonglah. Korang kenal dia ke?" Thia buat muka geli.
"Lupalah nama dia apa, tapi dia senior kelas Calculus sekali dengan aku. Tapi dah 2 kali repeat. Budak sem 7 kot." jawab Victoria.
"Loser macam tu nak minat kau, tak payah la Thia! Ramai lagi yang elok dalam kampus ni." sampuk Divya pula.
Thia mengangguk setuju.
Maaf ya, sis agak kekeringan idea huhu.. harap sabar menunggu update selanjutnya. Thank you dear readers muahh - EH
Share this novel