Emir dan Inara menanti bot di jeti Kuala Besut. Sampai sahaja di lapangan terbang Kota Bahru, Kelantan tadi mereka menaiki teksi sehingga ke jeti Kuala Besut. Mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian.
" Okay tak? " soal Emir pada Inara.
Inara kelihatan letih saja. Lagi-lagi sekarang sudah tengahari. Cuaca sangat panas ditambah dengan orang ramai yang juga ingin menanti bot untuk ke Pulau Perhentian.
" Nara okay jer " jawab Inara dia tersenyum kecil.
Emir mengangguk. Beberapa minit selepas itu, bot pun tiba. Emir memegang erat tangan Inara. Katanya nanti Inara hilang memandangkan orang ramai. Berbunga-bunga hati Inara apabila diperlakukan seperti begitu oleh Emir. Terasa diri disayangi sangat.
Tepat jam 3 petang, mereka tiba di Pulau Perhentian. Sampai sahaja di sana, Emir dan Inara terus check in chalet yang berhampiran dengan area Coral Bay.
Inara terus merebahkan badannya di atas katil. Kepalanya begitu pening ketika ini. Ketika naik bot tadi, dia terkena mabuk laut. Banyak kali juga dia muntah. Mujur di dalam begnya ada sediakan plastik.
" Are you okay? " soal Emir.
Inara mengangguk lemah. Matanya dipejamkan semula.
" Tak tahu pulak yang Nara mabuk laut " Emir melabuhkan punggungnya di birai katil.
" Nara pun tak sangka. Sebelum ni okay jer " .
" Nara rehatlah dulu. Saya nak keluar sekejap. Nak tengok pemandangan kat sini. Kalau ada apa-apa, telefon saya".
Inara mengangguk perlahan. Emir pula terus berlalu keluar daripada bilik mereka.
Inara membuka matanya. Dia mengambil telefon di sebelah untuk melihat jam. Sudah pukul 5 petang. Emir masih belum pulang. Lama jugak dia tidur.
Dia tersenyum sendiri apabila mengenangkan Emir yang mengambil berat tentangnya tadi. Jelas riak kerisauan di wajah Emir apabila Inara tiba-tiba sahaja muntah.
Mata Inara terpandangkan sesuatu di atas meja kopi. Dia mendekati meja kopi itu. Terdapat secawan teh o limau panas dan panadol. Juga ada sekeping kad.
Get well soon. Tea ni baik untuk hilangkan rasa mual Nara. Kalau sakit kepala tak hilang lagi, makanlah panadol ni.
Lebar senyuman Inara membaca kad itu. Tak sangka Emir yang sebelum ni bersikap dingin dengannya tiba-tiba boleh berubah menjadi seorang lelaki yang sangat prihatin.
" Abang Emir buat Nara makin angau" kata Inara sendiri.
Dia meneguk sedikit teh o limau itu.
" Ermm sedap " .
Share this novel