BAB 20

Romance Completed 14890

" Saya minta maaf sebab tak temankan Nara tadi. Kalau saya temankan Nara mesti semua ni takkan jadi " kesal Emir.

Rasa bersalah menyelubungi dirinya ketika ini. Inara tidak membalas. Dia masih lagi dalam ketakutan. Teresak-esak dia menangis.

" Nara jangan takut okay? Saya ada dengan Nara. Saya akan make sure tak ada sesiapa berani sentuh Nara lagi" sambung Emir lagi.

" Janji ? " .

" Iya saya janji " Emir mengangguk perlahan.

Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi Inara.

" Nara tidur dulu okay? Dah lewat ni. Esok Nara ikut saya pergi lawat site, lepas tu kita terus balik KL. Saya tahu Nara tengah takut sekarang ni " .

Inara mengangguk. Dia rasa tenang apabila Emir berkata begitu. Dia terus membaringkan tubuhnya. Emir mengambil selimut dan menutup separuh tubuhnya.

" Good night " ucap Emir.

Dia menarik nafas lega kerana Inara tidak apa-apa. Mujur dia sempat datang membantu Inara. Patutlah dia rasa tidak sedap hati jer tadi. Rupanya ada sesuatu yang buruk berlaku pada Inara. Dia memandang Inara yang sudah nyenyak tidur. Jatuh kasihan dia melihat gadis itu. Andai sahaja dia menemani gadis itu tadi pasti Inara tidak akan diapa-apakan.

" Maafkan saya Nara " rambut yang menutup wajah Inara diselak ke belakang.

Emir terpandangkan parut yang berada di hujung dahi Inara. Dia baru perasan parut itu adalah parut lama. Dahi Inara terhantuk pada tiang pangkin sewaktu dia kecil dahulu. Emir yang tidak sengaja menolaknya ketika itu. Dia tidak sangka kesan daripada luka itu menyebabkan parut kekal hingga sekarang.

Perlahan-lahan Emir mendekatkan wajahnya dengan wajah Inara. Dia mengucup lembut kesan parut itu.

" Jangan..tolong jangan apa-apa kan aku..." mata Inara masih terpejam tapi bibirnya menuturkan kata-kata itu. Berkerut-kerut wajahnya.

" Nara, jangan takut. Saya ada dengan awak " Emir membaringkan tubuhnya. Dia menarik Inara ke dalam pelukannya. Inara sudah tidak meronta lagi.

Malam itu Inara lena tidur berbantalkan lengan Emir. Kepalanya rapat di dada Emir.

" Nara okay? " soal Emir pagi itu.

Selepas mereka solat subuh tadi Inara hanya diam. Emir takut kalau-kalau Inara masih fobia dengan kejadian semalam.

" Nara okay. Nara minta maaf sebab dah menyusahkan abang " .

" Nara tak perlu minta maaf. Saya yang salah sebab tak temankan Nara semalam. Kalau saya ada, mesti tak jadi macam tu " .

Inara tersenyum kecil.

" Bukan salah abang. Benda pun dah nak jadi kan. Tapi abang ni terror jugak kan. Sampai terbaring lelaki semalam tu abang kerjakan " Inara ketawa. Wajahnya kelihatan ceria sudah tidak seperti semalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience