" Sedapnya Nara masak " puji Datin Alya.
Ketika itu mereka di meja makan, menikmati hidangan makan malam yang dimasak oleh Inara. Inara memasak lauk kegemaran Emir, ayam masak lemak cili padi.
" Biasa-biasa jer mama " balas Inara rendah diri.
" Kalau hari-hari macam ni, boleh gemuk papa " sampuk Datuk Lukman pula.
Inara dan Datin Alya ketawa kecil. Emir pula seperti tidak berminat hendak berbual sama. Dia diam saja sambil meneruskan makan. Dia akui Inara memang pandai masak. Jarang gadis sebayanya pandai masak. Lagi-lagi di zaman moden hari ini. Memang payah untuk mencari isteri yang pandai masak.
" Sedap tak abang? " soal Inara.
Emir hanya mengangguk perlahan. Ikutkan hatinya dia ingin buat tidak tahu saja. Tetapi memandangkan Datin Alya dan Datuk Lukman ada sekali, dia terpaksa juga memberi respons.
" Emir, Emir tahu kan minggu depan Emir kena pergi lawat site baru kita dekat Pulau Perhentian? " soal Datuk Lukman.
" Tahu papa " Emir mengangguk.
" Lawat site? Alang-alang, boleh lah kau orang berdua honeymoon sekali dekat Pulau Perhentian tu " cadang Datin Alya.
Inara hanya tersenyum nipis.
" Tapi mama, Emir pergi atas urusan kerja. Kesian pulak dekat Nara nanti" Emir sengaja mencari alasan.
" Apa salahnya Emir. Lawat site sehari jer. Bukannya lama pun. Nara ikut Emir sekali ya? " sokong Datuk Lukman.
Inara memandang Emir. Mata mereka bertentangan seketika.
Mata Inara meliar memerhati sekeliling bilik Emir. Matanya tertarik pada bingkai gambar yang berada di atas almari solek. Dia mengambil bingkai itu. Gambar ketika Emir masih kecil. Senyuman terukir di bibirnya. Lagi-lagi apabila dia teringat kenangannya dengan Emir ketika mereka masih kecil.
Pintu bilik terbuka. Emir terus melangkah masuk. Inara meletakkan semula bingkai gambar itu. Inara duduk di birai katil.
" Tengok apa tu? " soal Emir.
" Nara tengok gambar abang waktu kecil-kecil dulu " jawabnya.
Emir tidak menjawab. Dia terus merebahkan badannya di atas katil. Dia perlukan tidur yang cukup memandangkan esok dia dan Inara akan pergi ke Pulau Perhentian.
" Abang, abang tak kisah kan Nara ikut abang esok? " soal Inara.
Dia rasa serba salah pula. Datin Alya dan beriya menyuruh Emir membawa Inara bersama. Inara takut kalau dia menjadi beban untuk Emir nanti.
" Kalau saya tak bagi pun, Nara ikut jugak kan " jawab Emir.
Inara tersenyum nipis. Emir sudah mula mengubah panggilannya. Dia membahasakan diri dia dengan panggilan 'saya'.
" Boleh Nara tanya satu soalan? " soal Inara.
" Hmm " .
" Abang ikhlas dengan perkahwinan ni? Abang ikhlas terima Nara? " soal Inara sambil memandang Emir.
Emir tidak menjawab. Matanya sudah terpejam rapat. Inara tahu Emir hanya berpura-pura tidur kerana mahu mengelak daripada menjawab soalan itu. Dia mengeluh perlahan.
Share this novel