BAB 6

Romance Completed 14799

" Emir borak apa jer tadi dengan Inara? " soal Datin Alya.

Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Emir yang memandu kereta. Datin Alya duduk di bahagian belakang manakala Datuk Lukman duduk di sebelah pemandu.

" Tak ada apa pun " jawab Emir acuh tak acuh.

" Tadi papa tengok macam banyak jer benda yang diborakkan. Takkan lah tak borak apa-apa? " soal Datuk Lukman pula.

" Banyak gaduh adalah " jawab Emir selamba.

" Gaduh? Emir ni tak sudah-sudah kan. Daripada kecil sampailah dah besar, asyik nak bergaduh jer dengan Nara tu. Mama tengok Nara tu baik jer. Emir yang suka cari pasal " marah Datin Alya.

" Ma, Emir rimas lah dengan dia. Daripada kecil sampai sekarang, Emir kena hadap dia " .

" Apa salahnya? Mana tahu nanti sampai ke tua Emir hadap muka dia sebab dia yang jadi wife Emir " .

" Oh my god, seriously ma? Emir tak nak. Cukup-cukup lah dia ganggu ketenangan Emir selama ni " .

" Kalau dah jodoh Emir " sambung Datuk Lukman.

Emir diam. Selagi di bantah, selagi itu Datin Alya tidak sudah-sudah menceritakan soal Inara.

Inara menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia memandang ke arah siling. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri apabila terkenangkan Emir. Kenapalah lelaki itu tidak pernah melihat cintanya selama ini.

IPhone 6s nya diambil dan jarinya pantas menaip mesej untuk dihantar kepada Emir. Sebelum Datin Alya pulang, Inara sempat meminta nombor telefon Emir padanya. Nasib baiklah Datin Alya tidak banyak menyoal.

To : Abang Emir ?
Assalamualaikum. Dah tidur ke?

Beberapa minit selepas itu telefon bimbitnya berbunyi. Inara cepat-cepat membuka mesej daripada Emir.

From : Abang Emir ?
Siapa ni?

Inara mengeluh perlahan. Itu jer yang dia balas?

To : Abang Emir ?
Inara yang paling cantik.

Beberapa minit kemudian masih tiada balasan daripada Emir. Inara agak kecewa. Akhirnya dia terlelap sendiri.

" Morning mama, papa " ucap Emir sebaik tiba di meja makan.

Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Datin Alya.

" Morning " jawab Datin Alya dan Datuk Lukman.

" Mama, mama ada bagi nombor telefon Emir pada Inara ke? " soal Emir.

Datin Alya tersenyum kecil.

" Ha'ah mama ada bagi pada Inara semalam. Kenapa? " .

Emir menggeleng perlahan. Dia sudah mengagak Datin Alya yang memberikan nombor telefon dia pada Inara.

" Wah kek batik. Mama buat ke? " soal Emir.

Sepotong kek batik yang berada di dalam pinggan disuapkan ke dalam mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience