BAB 15

Romance Completed 14890

" Abang Emir bangun cepat " .

Emir menggosok-gosok matanya. Dia tersentak melihat Inara yang sedang berdiri di hadapannya. Emir terus duduk.

" Kau buat apa dalam bilik aku ni? Nara kau cuba perangkap aku ea? Kita kat mana ni? " soalnya cemas sambil matanya meliar memerhati sekeliling bilik.

Pecah ketawa Inara melihat wajah Emir yang gelabah itu

" Abang ni kenapa? Bila masa pulak Nara nak perangkap abang? Semalam kita dah nikah. Abang lupa ke? " .

Emir meraup wajahnya. Dia lupa semalam dia sudah sah bernikah dengan Inara.

" Pukul berapa sekarang ni? " soalnya.

" Pukul 6. Abang pergilah mandi, kita solat subuh berjemaah " .

Tanpa berkata apa-apa Emir terus bangun dan menuju ke kamar mandi. Inara hanya tersenyum melihat perlakuan suaminya itu.

Inara mengemas baju-baju. Satu persatu dia lipat dan masuk ke dalam beg. Emir yang sedang berdiri di balkoni hanya memandang. Pukul 12 tengahari nanti mereka akan check out hotel. Selepas sarapan, mereka berdua naik semula ke bilik memandangkan Inara masih belum mengemas lagi pakaian mereka.

" Abang " panggil Inara.

Emir tidak menjawab. Tetapi dia memandang ke arah Inara.

" Semalam kan ada orang tu tidur peluk Nara " Inara ketawa kecil.

Wajah Emir sudah berubah.

" Si..siapa? " soalnya.

" Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu " Inara mencebikkan bibirnya.

Wajah Emir merah. Dia menoleh ke arah lain.

" Jangan nak perasan sangat. Tu 'terpeluk' jer " kata Emir.

" Eleh yelah tu. Kalau nak peluk, peluk jer lah. Nara tak kisah pun " .

Emir pula yang malu mendengar Inara berkata begitu. Sedangkan Inara hanya selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pulang sahaja daripada hotel, Emir terus memandu ke rumah Datin Alya dan Datuk Lukman. Mereka akan tinggal di situ terlebih dahulu.

" Assalamualaikum " Inara terus melangkah masuk ke dalam rumah.

" Ishh beg dia tinggalkan. Nak suruh aku bawak lah ni " rungut Emir.

Dia membawa beg pakaian mereka masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumsalam. Haa dah sampai pun pengantin baru ni " Datin Alya mendapatkan menantunya itu.

" Hai ma. Papa mana? " soal Inara.

" Papa keluar sekejap. Jumpa kawan katanya " .

" Ohh. Mama, sekejap lagi Nara ingat nak masak. Boleh tak? " .

" Boleh tu memang boleh. Tapi Nara kan masih penat. Takpa mama boleh masak. Mak Mah pun ada " .

" Takpalah ma. Nara okay jer. Nara masak ea? " .

" Okaylah. Masak yang simple-simple pun okay. Mir, bawak Nara masuk bilik " kata Datin Alya sebaik melihat Emir masuk ke dalam rumah.

Emir terus melangkah ke tingkat atas. Inara cepat-cepat mengejar langkah suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience