BAB 14

Romance Completed 14890

" Abang tak mengantuk lagi? " soal Inara.

Kakinya diatur menuju ke arah katil.

" Belum " .

" Nara mengantuk. Nara tidur dulu ea" Inara terus membaringkan badannya di sebelah Emir. Selimut ditarik.

" Kau..kau tidur sini ke? " soal Emir.

" Ha'ah lah. Katil ni kan besar. Kenapa? " soal Inara semula.

" Kau tak takut ke? " soal Emir lagi.

" Takut? Takut kenapa pulak? " dahinya berkerut seribu.

" Yelah aku kan lelaki. Kau pulak perempuan. Kau rasa? " .

Inara tersenyum nipis.

" Kita kan dah nikah. Untuk apa Nara takut? Nara isteri abang. Abang berhak ke atas Nara " jawab Inara tenang.

Emir pula tidak senang duduk mendengar jawapan Inara.

" Abang masih belum nak tidur? " soal Inara apabila Emir diam.

" Belum. Kau tidurlah dulu " .

" Okay. Selamat malam. Jangan tidur lewat sangat " pesan Inara sebelum melelapkan matanya.

Ikutkan hatinya memang dia ingin berborak lebih panjang dengan Emir. Tetapi matanya sudah tidak tahan lagi. Lagipun setelah seharian dia melayan tetamu, tenaganya hilang. Dia terlalu letih hari ini. Tidak mengapa. Dia masih punya banyak masa lagi bersama dengan Emir.

Emir menjeling sekilas ke arah Inara yang sudah pun lena. Terdengar dengkuran halus daripada Inara.

" Cepat betul kau lena. Baru letak kepala terus tidur " kata Emir sendiri.

Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas almari kecil sebelah katil. Matanya terus dilelapkan memandang dia juga sangat letih hari ini.

Sayup-sayup kedengaran suara azan subuh daripada telefon bimbit Emir menyedarkan Inara daripada tidurnya. Dia terkejut saat membuka mata. Tangan Emir erat merangkul pinggangnya. Keadaan mereka sangat dekat ketika ini.

Inara memandang lama wajah Emir yang masih lagi lena tidur.

" Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kerana jodohkan aku dengan orang yang paling aku cinta " Inara tersenyum kecil.

Walaupun Emir masih belum boleh menerimanya, Inara yakin suatu hari nanti hati Emir pasti akan terbuka juga untuknya. Dia sanggup menanti. Inara mengalihkan tangan Emir yang melingkar di pinggangnya. Dia bangun dan terus membersihkan diri.

Selepas siap mandi, Inara menuju ke katil untuk mengejut Emir. Suaminya itu masih lena tidur. Penat sangat agaknya.

" Abang, bangun. Dah subuh ni " kejut Inara.

Dia tidak menyentuh Emir kerana dia sudah mengambil wudhuk tadi.

" Abang Emir bangun " suaranya dikuatkan lagi.

" Ermm. Kejap mama " jawab Emir. Matanya masih lagi tertutup rapat.

" Mama? " Inara ketawa kecil. Pasti Emir menyangka Datin Alya yang mengejutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience