BAB 7

Romance Completed 14890

" Bukan mama yang buat. Aunty Syifa yang bagi dekat mama. Katanya ada buat lebih " jelas Datin Alya.

Emir mengangguk. Dia mengambil lagi kek batik yang berada di dalam pinggan. Rasa kek batik itu lebih sedap berbanding kek batik yang pernah dia makan sebelum ini.

" Sedap sangat mama. Pandai aunty Syifa buat. Rasa kek batik ni tak sama macam kek batik yang Emir pernah makan sebelum ni " .

Datin Alya tersenyum kecil.

" Bukan aunty Syifa yang buat kek tu. Inara yang buat " .

Wajah Emir terus berubah. Langsung tidak menyangka kek batik itu hasil air tangan Inara bukannya Puan Syifa. Selama ini dia mengangap Inara itu seorang yang manja dan tidak tahu buat apa-apa.

" Kenapa? " soal Datin Alya.

Emir menggeleng perlahan. Dia menghirup teh o panas yang berada di dalam cawan.

" Dah ready nak masuk kerja? " soal Datuk Lukman.

Hari ini adalah hari pertama Emir bekerja di syarikat papa nya sendiri. Sebenarnya dia mahu bekerja di syarikat yang lain, tetapi Datuk Lukman menyuruhnya kerja dengan Mega Holdings sahaja. Lagipun dia sudah tua. Sekurang-kurangnya nanti Emir boleh mengambil tempatnya.

" Insya Allah papa " jawab Emir.


" Jemputlah duduk Alya " pelawa Puan Syifa.

Datin Alya memang kerap berkunjung ke rumah kawan baiknya itu. Memandangkan di rumah hanya tinggal dia dengan pembantu rumahnya sahaja. Jadi bila dia bosan dia akan datang ke rumah Puan Syifa. Mereka berkawan sejak zaman universiti lagi.

" Nara mana? " soal Datin Alya.

Selalunya Inara berada di rumah. Memandangkan dia sudah habis belajar dan menanti untuk konvokesyen.

" Oh Nara tak ada. Dia keluar dengan kawan dia sekejap. Katanya nak cari barang. Biasalah budak-budak zaman sekarang. Shopping lah tu " .

Datin Alya ketawa kecil.

" Nara dah ada boyfriend? " .

" Boyfriend? Tak ada. Jangan haraplah daddy dia tu nak bagi dia bercinta " .

" Baguslah kalau tak ada boyfriend lagi. Sebenarnya macam ni Syifa, aku suka sangat dengan Nara tu. Cantik, lemah lembut. Dia membesar pun depan mata aku. Aku kenal sangat dengan dia " .

" Aik lain macam jer kau ni. Kenapa?".

" Aku ingat nak kahwinkan dia dengan Emir. Kau setuju? " .

" Kahwin? Nara tu muda lagi. Perangai pun bukannya matang sangat. Macam mana nak jadi isteri orang? " .

" Alah Syifa. Tu semua boleh belajar lepas kahwin nanti. Kau izinkan tak Nara kahwin? " .

" Aku tak kisah lagipun aku kenal Emir tu. Tapi tu lah. Kau kena tanya tuan badan sendiri " .

Datin Alya tersenyum lebar mendengar persetujuan sahabatnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience