Emir masih tidak boleh melelapkan mata. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Namun matanya masih belum lelap. Dia termenung sendiri.
Permintaan Datin Alya sangat berat untuk dia tunaikan. Mana mungkin dia berkahwin dengan Inara. Sejak daripada kecil dia tidak sukakan gadis itu gara-gara Inara perhatian Datin Alya padanya hilang. Sekarang ni Datin Alya menyuruhnya untuk berkahwin dengan Inara pula.
Dengan berat hati tadi dia terpaksa bersetuju kerana Datin Alya merayu kepadanya agar menunaikan permintaannya itu.
" Ya Allah semoga apa yang aku lakukan ini adalah jalan yang terbaik".
Beberapa bulan kemudian...
Sedar tidak sedar lagi dua bulan Inara dan Emir akan disatukan dalam ikatan perkahwinan. Setelah berbincang, mereka memutuskan untuk terus bernikah tanpa bertunang.
Hari ini Inara dan Emir akan ke butik perkahwinan untuk mencuba baju kahwin mereka. Inara adalah orang yang paling teruja.
Dia memilih untuk memakai blouse berwarna biru gelap dan dipadankan dengan seluar slack berwarna putih. Rambutnya diikat kuda.
Selepas puas dengan penampilannya Inara terus mencapai tas tangannya dan berlalu turun ke tingkat bawah.
" Amboi awalnya siap anak dara ni " tegur Puan Syifa.
Inara tersenyum kecil.
" Mestilah mummy. Nara dah janji dengan abang Emir nak pergi fitting baju. Kesian pulak abang Emir nak kena tunggu Nara nanti " jawabnya.
" Mummy doakan yang terbaik untuk anak mummy ni " pipi Inara dicubit perlahan.
Inara tersenyum kecil.
" Thank you mummy ".
Pin..pin..
" Haa dah sampai dah pun. Nara pergi dulu ya " katanya sebaik melihat kereta milik Emir sudah berada di hadapan rumah.
Selesai bersalaman dengan Puan Syifa, Inara terus berlalu pergi.
" Hai abang " tegur Inara sebaik masuk ke dalam kereta.
Muka Emir seperti biasa, langsung tiada senyuman.
" Ada RM 300 ? " soal Emir tiba-tiba.
" Ermm kenapa? " soal Inara semula.
" Kalau tak ada, pakai seatbelt tu " .
Inara mencebik. Dia terus menarik tali pinggang keledar.
" Abang ni asyik diam jer. Bosan lah " rungut Inara apabila sejak daripada tadi Emir hanya diam.
Radio juga tidak dibuka. Kata Emir dia tidak suka bising-bising.
" Suka hati lah " jawab Emir selamba.
" Lepas kahwin Nara make sure abang jadi seorang yang banyak cakap macam Nara " Inara tersenyum sendiri.
" Jangan nak haraplah " .
" Kita tengok lah nanti " .
Emir tidak membalas lagi. Matanya hanya fokus pada pemanduan. Apa yang Inara perasan, sikap Emir tidak seperti dulu. Walaupun layanannya masih dingin, dia sudah tidak sedingin dahulu. Kalau dulu, tiap kali Inara bercakap dengannya langsung dia tidak layan.
Share this novel