BAB 13

Romance Completed 14890

Selesai saja majlis resepsi, Inara dan Emir terus melangkah ke bilik mereka. Datin Alya dan Datuk Lukman sudah pulang ke rumah mereka sendiri. Begitu juga dengan Puan Syifa dan Encik Hisham. Hanya Inara dan Emir yang bermalam di hotel malam ini.

Sampai sahaja di bilik, Inara dan Emir berebut ingin masuk ke dalam kamar mandi. Masing-masing tidak mahu mengalah. Lagak mereka seperti kanak-kanak kecil sahaja.

" Abang bagilah Nara masuk dulu. Abang kan lelaki, mengalah lah sikit " kata Nara tidak puas hati.

" Eh mana boleh. Aku yang dapat dulu. Kau tunggu kat luar dulu " Emir menolak lembut badan Inara supaya keluar daripada kamar mandi.

Inara tidak mengalah. Dia mengeraskan tubuhnya agar Emir tidak dapat menolaknya. Emir juga tidak mahu mengalah. Mereka saling menolak badan masing-masing agar salah seorang keluar daripada kamar mandi. Entah di mana silapnya, Inara hampir tergelincir. Emir pantas menahan tubuh Inara supaya dia tidak terjatuh.

Mereka berdua terdiam seketika. Mata Inara dan Emir saling merenung antara satu sama lain. Wajah mereka sangat dekat ketika ini. Inara dapat merasai hembusan nafas Emir. Inara cepat-cepat bangun dan berdiri semula.

" Bagi aku masuk dulu " Emir menolak tubuh Inara keluar dan cepat-cepat menutup pintu kamar mandi.

Inara seakan terpaku seketika. Dia duduk di birai katil. Jantungnya berdegup laju. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

Emir menyandarkan tubuhnya pada pintu kamar mandi. Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup laju ketika ini. Kejadian yang terjadi antara mereka sebentar tadi membuatkan dia malu untuk berhadapan dengan Inara.

" Kenapa dengan aku ni? " soalnya sendiri.

Selepas mandi, Inara duduk di hadapan meja solek. Rambutnya disikat. Sedikit losyen disapukan pada tangannya. Matanya sempat menjeling ke arah Emir yang sedang baring di atas katil. Tangannya sibuk bermain dengan telefon.

" Abang " panggil Inara. Dia menoleh memandang Emir.

" Hmm " jawab Emir namun matanya masih pada skrin telefon.

" Boleh tak lepas ni kalau abang jangan bahasakan diri abang 'aku' lagi. Kasar sangat lah " .

" Okay apa. Dah tu nak suruh aku bahasakan diri aku apa? Baby? Honey? Darling? Ucuk? " Emir mengangkat wajah memandang Inara.

Inara ketawa kecil.

" Untuk permulaan abang boleh tukar dengan bahasakan diri abang 'saya'. Lepas tu slow-slow lah cuba bahasakan diri 'abang' pulak " .

" Tengoklah nanti " jawab Emir acuh tak acuh. Matanya menghadap skrin telefon semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience