BAB 18

Romance Completed 14890

Inara berjalan sendirian menuju ke pantai. Tadi dia sudah menghubungi Emir untuk menanyakan di mana lelaki itu berada. Dia menyuruh Emir menantinya di sana.

" Abang " Inara melambaikan tangannya ke arah Emir.

" Dah sihat ke? " soal Emir. Dia mendekati Inara.

" Dah. Thank you untuk tea yang sedap and panadol tu " ucapnya.

Emir hanya mengangguk perlahan. Kemudian matanya dihalakan memandang laut yang luas terbentang.

" Abang tunggu apa kat sini? " soal Inara.

" Matahari terbenam. Sekarang ni dah nak dekat senja. Sekejap lagi matahari terbenam lah " jawab Emir.

Inara mengangguk.

" Abang, boleh Nara tanya sesuatu? " .

" Apa dia? " .

" Abang percayakan perkahwinan tanpa cinta boleh bahagia? " .

Emir menoleh seketika ke arah Inara.

" Macam mana nak cipta kebahagiaan kalau tanpa cinta? " soal Emir semula.

Inara agak kecewa dengan jawapan Emir. Emir seolah-olah masih tidak boleh menerima perkahwinan mereka.

" Tapi kita boleh cuba kan? Pupuk cinta tu " .

" Tak semua cinta boleh dipupuk. Ini melibatkan soal hati " jawab Emir.

Inara mengetap giginya mendengar jawapan Emir.

" Bagi Nara, cinta itu ibarat seperti tanaman. Perlukan waktu untuk tumbuh. Kalau kita tak jaga dengan sebaiknya tanaman tu, perlahan-lahan dia akan kering dan mati. Sama seperti cinta. Kalau kita tak cuba untuk pupuk dan biarkan cinta tu macam tu jer, cinta tu akan mati dan terus hilang " .

Emir diam. Mendalam kata-kata Inara. Dia tahu Inara maksudkan cintanya pada dia. Dia sendiri tidak tahu kerana masih keliru dengan perasaannya sendiri.

" Abang, matahari terbenam " kata Inara.

Emir terus menoleh. Mereka sama-sama menikmati pemandangan matahari terbenam. Selain mereka berdua, ada juga pasangan lain yang turut menikmati pemandangan itu. Inara cemburu melihat mereka. Seandainya hubungan dia dan Emir juga sama seperti hubungan pasangan yang lain.

" Abang, Nara ingat malam ni nak pergi Long Beach. Nak tengok pertunjukan api. Jom kita pergi sana malam ni " ajak Inara.

Selepas perbualan mereka petang tadi, Emir lebih banyak mendiamkan diri.

" Awak pergi jer lah. Malam ni saya nak rehat. Esok saya nak pergi lawat site dekat area sini " jawab Emir.

Dia sudah merebahkan badannya di atas katil. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

" Alah jom lah abang. Seronok tau. Tak best lah kalau Nara pergi seorang-seorang jer. Abang tak kesian kat Nara? " Inara cuba memujuk.

" Kalau nak pergi, pergi jer lah. Jangan nak paksa-paksa orang boleh tak? " suara Emir mula meninggi.

Inara terdiam. Bukan niatnya untuk memaksa Emir.

" Takpalah kalau abang tak nak pergi. Nara pergi dulu, kalau ada apa-apa abang call lah Nara " Inara mencapai telefon dan beg duitnya sebelum berlalu keluar.

Emir dihurung rasa bersalah. Rambutmu diraup kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience