" Abang Emir! " jerit Inara sebaik melihat Emir yang sedang duduk di tepi kolam.
Emir mengeluh perlahan.
" Hai abang Emir " Inara tersenyum lebar memandang Emir.
Emir buat tidak tahu saja. Malas dia mahu melayan anak kawan mama nya itu. Sebab itu dia malas jika mama nya mengajak dia datang ke rumah kawan baiknya itu. Kanak-kanak bernama Inara itu tidak sudah-sudah menganggu ketenangannya.
" Kau nak apa ha? " soal Emir kasar.
Wajah Inara yang ceria tadi sudah bertukar suram. Bibirnya mencebik-cebik seperti mahu menangis.
Emir menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Habislah dia kalau Inara menangis. Pasti dia akan dimarahi oleh Datin Alya.
" Janganlah menangis " suara Emir tidak sekasar tadi.
" Abang Emir marah Nara " .
" Tak. Aku tak marah. Kau janganlah menangis " .
Inara tersenyum lebar mendengar kata-kata Emir.
" Abang jom main masak-masak " ajak Inara.
" Tak nak lah. Kau ni tak habis-habis dengan main masak-masak kau kan. Tak ada benda lain ke nak buat? " .
" Alah jom lah abang Emir. Bukan selalu Nara boleh main dengan abang Emir. Jom lah abang Emir " pujuk Inara.
" Kau ni tak faham bahasa melayu ke? Ke kau ni pekak? Kan aku dah cakap yang aku tak nak main. Jangan paksa aku lah " .
Mata Inara mula berkaca.
" Abang Emir jahat! " kanak-kanak berusia 8 tahun itu terus berlari masuk ke dalam rumah semula.
" Hishh menyusahkan jer " Emir merengus geram.
" Mummy! " Inara berlari mendapatkan Puan Syifa.
" Kenapa ni sayang? " soal Puan Syifa yang sedang rancak berborak dengan Datin Alya.
" Abang Emir marah Nara " adunya. Teresak-esak dia menangis.
" Dah jangan nangis. Nara kacau abang Emir tu yang abang Emir marah. Lain kali Nara jangan kacau abang Emir lagi okay? " pujuk Puan Syifa.
Bukannya dia tidak tahu Inara memang suka menganggu Emir dan memaksa Emir bermain dengannya.
" Emir ni memang nak kena tahu. Emir oh Emir " panggil Datin Alya.
Emir mengeluh perlahan. Dia sudah mengagak pasti Inara mengadu pada mama nya. Lambat-lambat Emir melangkah ke arah mereka semua.
" Ada apa mama? " soal Emir.
" Kenapa Emir marah Nara? Emir ni memang nakal kan " .
" Mana ada Emir marah dia ma. Dia yang paksa Emir main masak-masak dengan dia. Emir tak nak main " .
" Apa salahnya kalau Emir main dengan Nara. Pergi jer main dengan Nara " arah Datin Alya.
Share this novel