Selepas menyaksikan pertunjukan api, Inara berjalan pulang ke chalet. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Terlalu leka melihat pertunjukan api, Inara tidak sedar waktu sudah lewat. Pasti Emir sudah tidur. Dia melihat telefon, tiada panggilan atau mesej daripada Emir.
" Hai. Seorang jer ke? " tegur seorang lelaki.
Inara hanya mengangguk. Takut dia melihat lelaki di hadapannya ini.
" Jom saya temankan awak " ajak lelaki itu.
" Takpa-takpa. Saya dah nak balik dah ni " kata Inara. Dia mempercepat langkahnya.
" Eh kejap lah. Awal lagi. Jom lah kita minum-minum dulu. Lepak-lepak ke " lelaki itu menahan Inara.
" Saya tak nak. Saya nak balik. Tolong jangan halang laluan saya " .
" Alah jom lah kita lepak-lepak sekejap. Boleh berkenalan " .
" Tak nak. Awak jangan kacau saya lah. Saya jerit nanti " Inara mula naik angin apabila lelaki di hadapannya ini tidak faham bahasa.
" Oh nak jerit? Jeritlah kalau berani " lelaki itu terus merangkul pinggang Inara.
" Ehh lepaslah! Apa kau buat ni ha?!" Inara meronta-ronta ingin dilepaskan. Namun lelaki itu makin erat memeluk pinggangnya.
" Tolong! Tolong! " jerit Inara.
Walaupun dia tahu mustahil ada orang akan membantunya kerana kawasan itu sunyi dan hanya ada beberapa orang pelancong asing.
Lelaki itu galak ketawa melihat Inara yang cuba untuk melepaskan diri.
" Lepaslah! Lepaskan aku! " dia memukul-mukul tangan lelaki itu. Namun langsung tidak berkesan. Wajahnya sudah basah dengan air mata.
Seorang lelaki datang untuk membantu. Dia terus menendang lelaki itu. Terus terlepas pelukannya. Inara cepat-cepat lari.
Emir menumbuk muka lelaki itu. Tidak cukup dengan itu, perut lelaki itu turut menjadi mangsa tumbukannya. Lelaki itu terbaring lemah kerana dibelasah teruk oleh Emir.
" Abang! " Inara terus memeluk Emir.
Dia bersyukur Emir datang di saat yang tepat. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu apa nasibnya nanti.
" Abang..Nara takut " tangisannya dilepaskan di dada Emir.
" Shut...jangan menangis. Saya ada. Awak tak perlu takut. Jom kita balik" Emir mengesat air mata Inara.
Mereka beriringan jalan pulang ke chalet. Inara mengenggam erat tangan Emir. Dia takut kalau-kalau lelaki tadi datang semula.
Sampai sahaja di bilik mereka, Emir menyuruh Inara duduk di atas katil. Dia mengambil segelas air kosong dah dihulurkan pada Inara.
" Nara minum ni dulu " .
Inara terus minum tanpa membantah. Dia menghulurkan semula gelas itu pada Emir.
Share this novel