Inara dan Emir berjalan beriringan masuk ke dalam butik Kayla. Datin Alya yang memilih butik itu. Katanya baju-baju pengantin di situ semuanya cantik-cantik. Inara dan Emir hanya ikut tanpa membantah.
" Hai. Selamat datang " sapa pekerja butik itu saat Inara dan Emir melangkah ke dalam butik.
" Thank you. Saya Inara. Nak fitting baju yang kami tempah last month " .
Emir hanya diam. Matanya meliar memerhati sekeliling butik.
" Oh cik Inara ya. Jom saya tunjukkan baju tu " ajak pekerja butik itu.
" Okay. Jom abang " panggil Inara.
Emir hanya mengikut.
" Ini baju untuk resepsi " Amy menghulurkan sehelai gaun pengantin berwarna ungu lembut.
Inara dan Emir membuat majlis pernikahan dan majlis resepsi serentak. Kata Inara lebih jimat masa. Emir juga setuju majlis pernikahan dan majlis resepsi digabungkan pada hari yang sama. Majlis di pihak lelaki itu pula masih belum dirancang. Datin Alya dan Datuk Lukman merancang untuk buat besar-besaran memandangkan cuma Emir satu-satunya anak mereka.
" Thank you. Saya pergi try dulu ya " Inara terus melangkah masuk ke dalam fitting room.
" Ini pulak untuk encik " sepasang tuxedo berwarna kelabu dihulurkan pada Emir.
" Thanks " Emir menyambut huluran itu dan terus masuk ke dalam fitting room yang lagi satu.
" Abang tak nak makan? " soal Inara.
Selepas pulang daripada fitting baju mereka tadi, Inara mengajak Emir makan terlebih dahulu. Lagipun perutnya sangat lapar kerana masih belum menjamah apa-apa makanan lagi sejak daripada pagi tadi.
Emir hanya menggeleng. Dia hanya memesan jus epal untuk basahkan tekak.
" Thanks tau teman Nara makan " ucap Inara.
Dia juga hairan apabila Emir langsung tidak membantah ketika dia mengajak Emir untuk singgah di restoran. Selalunya ada saja alasan Emir.
" Nanti kau mengadu pulak dekat mama " .
" Mana ada. Nara bukan budak-budak lah nak mengadu " bidas Inara.
Emir hanya mencebikkan bibirnya. Tiba-tiba matanya terpandangkan seorang lelaki yang berada di meja berhampiran mereka. Sejak daripada tadi dia perasan lelaki itu asyik memandang Inara.
" Kau kenal lelaki tu? " soal Emir sambil menjuihkan bibirnya ke arah lelaki itu.
Inara menggeleng.
" Kenapa? " soalnya.
" Daripada tadi dia asyik pandang kau. Aku ingat kau kenal " .
Inara tersenyum lebar.
" Abang cemburu ya? " .
" Jangan nak perasan. Dah cepat makan " .
Inara tersenyum sendiri. Eleh jealous tapi tak nak mengaku.
Share this novel