BAB 5

Romance Completed 14890

" Abang Emir, nah air " Inara menghulurkan segelas jus oren kepada Emir yang sedang duduk di tepi kolam.

Emir daripada dulu memang begitu. Tiap kali berkunjung ke rumah Puan Syifa dan Encik Hisham, dia akan duduk di tepi kolam sementara menanti Datin Alya dan Datuk Lukman.

" Thanks " jawabnya sepatah.

Inara mengambil tempat di sebelah Emir. Dia memandang lama wajah itu. Kekacakan Emir semakin terserlah. Wajahnya kelihatan lebih matang.

" Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Emir.

Ketika di meja makan tadi pun dia rasa tidak selesa apabila Inara asyik memerhatikannya. Entah apa yang ada pada wajahnya sehinggakan Inara asyik memandangnya.

" Saja. Nara kan dah lama tak jumpa abang. Dah lama Nara tak tengok muka abang " jawab Inara tanpa segan silu.

Emir agak terkedu mendengar jawapan Inara. Dia pula yang malu apabila mendengar pengakuan Inara.

" Macam mana study kat sana? Seronok tak? Abang ada gf tak kat sana? " soal Inara.

" Banyak soal lah budak kecik ni. Boleh tak diam jer? " .

" Lah kalau diam jer bosanlah. Tak seronok " .

" Diam tu lebih baik daripada bersuara " .

" Abang ni, daripada dulu tak berubah kan. Nara nak mengeratkan hubungan silaturahim. Sebab tu Nara nak ajak abang borak-borak. Abang pulak sombong sangat " rungut Inara.

" Kau ni daripada dulu tak berubah kan. Banyak soal, banyak cakap. Tak penat ke? Aku yang tengok kau ni pulak penat " bidas Emir semula.

" Tak. Tak penat pun. Okay apa jadi orang yang peramah daripada abang tu, kera sumbang " .

" Ni bukan peramah. Ni namanya penyibuk. Sibuk jer nak tahu hal orang " .

" Malas lah Nara nak cakap dengan abang ni. Kalau cari gaduh, laju jer kan " .

Emir tidak menjawab. Malas dia mahu bertekak lagi dengan Inara. Sejak daripada kecil lagi Inara tak habis-habis menganggu ketenangannya. Jus oren di dalam gelas diminum sedikit.

" Bila abang start kerja? " soal Inara.

" Tadi kata malas nak cakap dengan aku. Tak payah lah cakap lagi " .

Inara menarik muncungnya. Bercakap dengan Emir memang tidak pernah tak sakit hati.

" Kenapa abang ni tak suka sangat dengan Nara ha? Dengan orang lain abang okay jer. Bila dengan Nara, asyik nak marah jer " .

" Tak ada sebab. Memang benda tu automatik jer " .

" Abang benci Nara? " soal Inara lagi.

Emir tersenyum sendiri.

" Kenapa suka tanya soalan yang dah tahu jawapannya? " .

Inara menjeling geram ke arah Emir. Ikutkan hatinya mahu saja dia menolak Emir ke dalam kolam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience