" Abang, Nara tanya ni " .
Emir melelapkan matanya. Sengaja dia berpura-pura tidak dengar. Inara terus melangkah ke arah katil. Dia duduk di birai katil.
" Abang, Nara tanya ni. Jawablah " tubuh Emir digoncang perlahan.
" Kalau aku nervous, tak adalah sekali lafaz jer tadi, berkali-kali lafaz jadinya. Nasib baiklah nama kau satu perkataan jer " jawab Emir. Matanya masih dilelapkan.
Inara tersenyum sendiri.
" Nara rasa macam mimpi jer kahwin dengan abang " .
Emir membuka matanya. Dia terus duduk.
" Rasa macam mimpi? " soalnya.
Inara mengangguk perlahan. Emir tiba-tiba mencubit pipi Inara.
" Auchh. Abang sakitlah! " marah Inara. Pipinya digosokkan.
" Tadi kata macam mimpi. So aku nak sedarkan kau. Tak mimpi kan? " .
Inara tersenyum lagi. Asyik tersenyum jer kerjanya.
" Pergi tukar baju. Kita solat jemaah " songkok yang dipakai tadi diletakkan di atas kepala Inara. Emir terus turun daripada katil dan menuju ke kamar mandi.
Inara ketawa kecil. Emir membuatnya semakin angau.
Selepas menunaikan solat maghrib, Inara dan Emir bersiap-siap untuk majlis resepsi mereka sebentar lagi. Majlis resepsi mereka diadakan di Seri Pacific hotel. Datin Alya telah menempah khas bilik untuk mereka berdua. Mereka akan bermalam di sini malam ini. Pada awalnya Datin Alya ingin menempah untuk tiga hari tetapi Emir membangkang. Katanya sehari sudah cukup.
Inara sudah pun siap disolek oleh Raudhah. Gaun pengantin berwarna ungu lembut telah tersarung di tubuhnya. Rambutnya yang panjang telah di sanggul kemas. Inara membetulkan sedikit crown dan veil yang berada di atas kepalanya.
Emir juga sudah lengkap berpakaian tuxedo berwarna kelabu. Dia kelihatan begitu kacak.
" Hensemnya suami Nara ni " puji Inara.
Ketika itu hanya mereka berdua yang tinggal di dalam bilik. Emir hanya diam. Dia membetulkan reben yang terletak pada tuxedo nya.
" Abang, cantik tak Nara? " soal Inara.
Dia berpusing-pusing di hadapan Emir sambil mengembangkan gaunnya.
" Boleh tak jangan nak perasan? " .
Inara mencebikkan bibirnya.
" Abang kena ingat tau, atas pelamin nanti abang kena senyum. Jangan buat muka kerek abang tu " pesan Inara.
Rasanya dah berpuluh kali dia pesan benda yang sama pada Emir.
" Berapa kali nak cakap? " .
" Nara cuma ingatkan abang jer " jawabnya.
" Ya isteriku sayang, atas pelamin nanti suami mu ini akan senyum selebar yang mungkin. Macam ni " bibir Emir mengukir senyuman pada Inara.
Inara terpaku seketika. Ini pertama kali Emir senyum sebegitu padanya. Dan yang paling penting tadi Emir memanggilku sayang? Berbunga riang hatinya.
Share this novel