BAB 21

Romance Completed 14890

Emir tersenyum nipis. Lega hatinya apabila melihat Inara ketawa.

" Mestilah. Saya kan memang terror " jawab Emir.

Inara mencebikkan bibirnya.

" Terima kasih sebab selamatkan Nara semalam. Kalau abang takda, tak tahu lah apa nasib Nara semalam " .

" Sama-sama. Lagipun Nara kan memang tanggungjawab saya " .

" Nara kemas-kemas barang dulu ea. Sekejap lagi kita lawat site lepas tu terus balik KL " .

Inara mengangguk.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Emir dan Inara terus pergi ke rumah Puan Syifa dan Encik Hisham. Mereka bercadang untuk bermalam di sana pula. Lagipun Emir masih lagi cuti.

" Assalamualaikum mummy, daddy " .

" Waalaikumsalam. Lah Nara dengan Emir rupanya. Mari masuk " ajak Puan Syifa.

Emir dan Inara bersalaman dengan Puan Syifa.

" Daddy mana mummy? " soal Emir.

" Dadddy tak balik lagi office. Sekejap lagi baliklah tu. Awalnya kau orang berdua balik KL " .

Inara tersenyum kecil.

" Saja balik awal. Rindu kat mummy " jawab Inara.

Dia tidak mahu Puan Syifa tahu hal yang terjadi semalam.

" Ada-ada jer lah Nara ni " .

" Mummy dah masak? Kalau belum jom lah Nara tolong mummy masak " .

" Haa boleh jugak. Mummy pun baru jer nak masak tu " .

" Abang naik atas dulu ya. Nara nak tolong mummy " beritahu Inara pada Emir.

Emir mengangguk.

" Oh ya Nara ada charger handphone? Saya tertinggal charger handphone dekat chalet " soal Emir.

" Ada. Abang cari dalam laci almari solek Nara " .

" Okay " Emir terus melangkah ke tingkat atas.

Manakala Inara dan Puan Syifa terus ke dapur.

Emir melangkah ke dalam bilik Inara yang kini sudah menjadi biliknya juga. Dia membuka laci almari solek Inara untuk mencari charger handphone.

Sebuah album berwarna ungu menarik minatnya. Lagi-lagi apabila tertera namanya dan Inara. Emir megambil album itu. Dia terkejut saat melihat di dalam album itu penuh dengan gambar-gambar dia dan Inara ketika mereka masih kecil sehinggalah sudah sekolah menengah.

Terselit helaian kertas pada album itu. Emir mengambil surat itu dan membacanya

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah menyatukan aku dengan lelaki yang paling aku cintai daripada dulu sehinggalah kini dan insya Allah buat selama-lamanya. Rasa macam tak percaya bila abang Emir jadi suami aku. Rasa macam mimpi pun ada.
Walaupun abang Emir masih belum mampu terima Nara, Nara harap suatu hari nanti pintu hati abang terbuka juga untuk terima Nara seadanya dalam hidup abang. Nara sayangkan abang sangat-sangat.

- Inara yang paling comel -

Emir terkedu membaca surat itu. Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Inara muncul di muka pintu.

" Abang buat apa tu? " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience