BAB 3

Romance Completed 14890

13 tahun kemudian...

" Mummy " Inara memeluk pinggang Puan Syifa yang sedang memasak itu.

" Ya Allah budak bertuah ni. Dah tak ada kerja ke? Meh tolong mummy masak " .

" Mummy masak banyak-banyak ni untuk apa? " soal Inara. Pelukan dilepaskan.

Pelik apabila Puan Syifa masak dalam kuantiti yang agak banyak harini. Padahal mereka bertiga saja dalam rumah ini.

" Aunty Alya dengan uncle Lukman nak datang. Dia orang dinner dengan kita malam ni " jawab Puan Syifa.

" Yeke mummy? Tak sabarnya nak jumpa aunty Alya. Dah lama Nara tak jumpa dia " .

" Nara nak jumpa dia ke jumpa Emir ni? " soal Puan Syifa menyakat.

" Alah bukannya abang Emir ada. Dia kan dekat UK tu. Entah bila agaknya nak balik kan " .

Tamat sahaja tingkatan lima, Emir menyambung pelajarannya di UK. Sejak itu Inara tidak berjumpa lagi dengannya kerana Emir jarang pulang ke Malaysia. Datin Alya dan Datuk Lukman yang selalu ke UK melawat anak tunggalnya itu.

" Siapa kata Emir masih kat UK? " .

Inara terkejut.

" Abang Emir dah balik Malaysia ke mummy? " soal Inara seakan tidak percaya.

" Ha'ah. Dah dua hari dia balik Malaysia. Tapi mummy tak sure lah kalau malam ni dia dinner sekali dengan kita ke tak " .

Inara rasa mahu melompat apabila mendengar khabar gembira itu. Sudah lama dia menanti kepulangan Emir.

" Mummy, mummy tanyalah aunty Alya nanti abang Emir ikut ke tak. Tak pun mummy pujuk aunty Alya supaya dia bawak abang Emir datang sekali malam ni " .

" Amboi. Dah tak sabar sangat ke nak jumpa abang Emir tu? " soal Puan Syifa.

Inara tersenyum sendiri.

" Mestilah Nara tak sabar mummy. Mesti abang Emir makin hensem kan mummy " .

" Dah lah asyik berangan jer. Daripada berangan macam ni, baik tolong mummy. Nara pergi buatkan kek batik. Aunty Alya ada request nak makan kek batik yang Nara buat " .

Inara memang hebat dalam membuat kek batik. Walaupun penyediaan kek batik senang sahaja, kek batik yang Inara buat rasanya lain daripada yang lain.

" Demi bakal mak mertua Nara, Nara sanggup buat " .

Puan Syifa menjulingkan matanya ke atas. Anak daranya itu tak habis-habis berangan.

Inara mula menyediakan bahan-bahan yang ingin digunakan untuk menbuat kek batik. Hatinya berbunga riang. Lagi-lagi apabila mengetahui Emir sudah pulang ke Malaysia. Selepas ini dia sudah boleh berjumpa dengan Emir lagi.

' Abang Emir, tunggu Nara okay ' .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience