BAB 11

Romance Completed 14890

Inara sudah pun siap disolek oleh Raudhah, MUA yang terkenal kerana solekannya yang sangat cantik. Datin Alya yang memilihnya sebagai jurusolek untuk Inara.

" Nara dah cantik, jadi saya makeup natural jer untuk tambahkan lagi seri" kata Ruadhah.

Inara tersenyum kecil. Dia melihat wajahnya di cermin. Agak berbeza.

" Terima kasih " ucapnya.

" Nara, dah ready? " soal Puan Syifa yang baru saja melangkah ke dalam bilik Inara.

Inara terus menoleh ke arah Puan Syifa.

" Insya Allah mummy. Doakan Nara " .

" Mummy sentiasa doakan yang terbaik untuk anak mummy ni. Nara kena ingat, Nara dah nak jadi isteri orang. Buang perangai budak-budak tu ya " pesan Puan Syifa.

Inara tergelak kecil. Puan Syifa membetulkan sedikit tudung yang dipakai oleh Inara. Untuk majlis akad nikah, Inara memakai tudung.

" Cantik anak mummy ni " pipi Inara disuap perlahan.

" Macam mummy lah kan " .

Mereka berdua sama-sama ketawa.

" Aku terima nikahnya Inara Binti Hisham dengan mas kahwin sebanyak RM 500 tunai " .

Dengan sekali lafaz Inara bergelar isteri kepada Emir. Air mata gembirnya mengalir. Puan Syifa dan Datin Alya juga turut menangis.

Majlis pernikahan mereka hanya dihadiri keluarga terdekat saja memandangkan tetamu yang lain akan hadir pada majlis resepsi mereka malam nanti.

" Tahniah sayang " ucap Datin Alya.

" Terima kasih mama " .

" Ingat pesan mummy, jadi isteri yang baik ya " .

" Insya Allah mummy " .

Selepas itu Emir bangun menuju ke arah Inara untuk sesi pembatalan air sembahyang. Datin Alya menghulurkan cincin kepada Emir untuk disarungkan pada jari manis Inara.

Inara menghulurkan tangan kanannya pada Emir. Emir terus menyarung cincin pernikahan mereka di jari manis Inara.

" Salam suami tu " arah Puan Syifa.

Inara terus mencium tangan Emir. Untuk pertama kalinya dia mencium tangan lelaki itu. Emir mengucup dahi Inara. Lensa kamera mula merakam saat-saat bahagia antara mereka berdua.

Inara dan Emir masuk ke bilik untuk menunaikan solat zohor. Untuk pertama kalinya Emir melangkah ke bilik isterinya itu.

Matanya meliar memerhati sekeliling bilik itu. Bilik yang dicat dengan warna ungu itu kelihatan begitu ceria. Langsung tidak kena dengan jiwa Emir yang lebih sukakan warna yang gelap.

" Abang, nervous tak waktu akad nikah tadi? " soal Inara.

Tudung yang tersarung di kepalanya mula dibuka. Emir tidak menjawab. Sebaliknya dia merebahkan badannya di atas katil Inara yang kini menjadi katilnya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience